mattzzx Publish time 22-11-2022 02:28 PM

3 lembu dipercayai dibaham harimau membimbangkan penternak di Kluang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm228lembu_1669096524.jpg
TIGA ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau di Felda Ulu Belitong dan Felda Ulu Dengar di Kluang Johor. FOTO ihsan Mohammad Syafii

Kluang: Sekurang-kurangnya tiga lembu mati dipercayai dibaham harimau hujung minggu lalu di sekitar Felda Ulu Belitong dan Felda Ulu Dengar di sini.

Pemilik haiwan ternakan berkenaan, Mohammad Syafii Jowahir, 30, berkata dia menyedari dua anak lembu jantan miliknya itu mati dengan bekas gigitan di leher kira-kira jam 9 pagi Ahad lalu di dalam kebun milik keluarganya itu di Felda Ulu Belitong.

"Saya dia tidak menanam bangkai lembu itu kerana bimbang haiwan buas berkenaan akan mencari dan memburu lembu lain," katanya yang memiliki kira-kira 50 lembu.


Katanya, dia membuat laporan polis mengenai kejadian namun sudah dihubungi oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menasihatinya supaya berjaga-jaga.

"Setakat ini saya mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memerhatikan kawanan lembu saya dan membiarkan mereka bebas di dalam kebun, bukannya dikurung dalam kebun berpagar elektrik.

"Pada waktu malam saya membuat unggun api bagi menakutkan haiwan buas supaya tidak menghampiri kawasan kebun dan kawanan lembu milik saya," katanya.

Katanya, dia yakin haiwan buas berkenaan adalah harimau berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui di sekitar bangkai ternakannya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin ketika dihubungi berkata, pasukannya sedang menyiasat kes berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian berkenaan hingga mendapat perhatian ramai.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/906983/3-lembu-dipercayai-dibaham-harimau-membimbangkan-penternak-di-kluang
Pages: [1]
View full version: 3 lembu dipercayai dibaham harimau membimbangkan penternak di Kluang


ADVERTISEMENT