mattzzx Publish time 22-11-2022 01:57 PM

Wanita Vietnam direman 7 hari siasatan kes bunuh

https://assets.bharian.com.my/images/articles/mya_1669096409.jpg
Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan mengangkat mayat mangsa kes bunuh yang di temui di sebuah apartmen dekat Taman Bukit Delima, di sini, malam tadi. - NSTP/Azrul Edham

SEREMBAN: Seorang wanita warga Vietnam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di sebuah unit apartmen, di Taman Bukit Delima, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata wanita berusia 33 tahun itu direman sehingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Perintah reman dikeluarkan Majistret Naziah Mohd Alias di Mahkamah Majistret Sivil, di sini, hari ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi itu, seorang lelaki ditemui maut dengan kesan luka pada rusuk kanan di unit apartmen berkenaan dipercayai akibat pergaduhan dengan seorang wanita.


Nanda berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah berkenaan, selain terdapat kesan darah di beberapa lokasi di dalam kediaman itu.

"Pihak kami menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di apartmen itu yang memaklumkan terdapat kematian di lokasi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami menemui satu mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan terlentang dan kesan darah pada lantai. Terdapat seorang wanita berada di lokasi dalam keadaan panik dan kesedihan," katanya.

Nanda memaklumkan, siasatan lanjut pada mayat dan lokasi kejadian mendapati terdapat kesan luka pada rusuk kanan mangsa, selain menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

"Siasatan juga mendapati wanita ini adalah warga Vietnam berusia 33 tahun dan dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lalu. Bagaimanapun kami akan membuat semakan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

"Daripada maklumat awal yang kami terima daripada orang awam di sekitar lokasi, mereka memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dan wanita berkenaan kira-kira jam 9 malam," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/11/1029789/wanita-vietnam-direman-7-hari-siasatan-kes-bunuh
Pages: [1]
View full version: Wanita Vietnam direman 7 hari siasatan kes bunuh


ADVERTISEMENT