mattzzx Publish time 22-11-2022 01:50 PM

Mulanya nak jual kereta, berakhir kena samun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm228samun_1669088560.jpg
KENDERAAN Mercedes Benz C200 yang disamun dan dilarikan lima suspek berjaya ditemui. FOTO ihsan Polis

Iskandar Puteri: Lima lelaki ditahan polis semalam kerana disyaki menyamun pemilik kereta mewah gara-gara tidak puas hati ketika proses jual beli kenderaan itu Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata semua suspek berumur 21 hingga 56 tahun itu ditahan jam 6.50 petang di sekitar Taman Setia Indah, di sini.

"Tangkapan susulan laporan polis yang dibuat pemilik kenderaan, lelaki berusia 33 tahun pada Rabu lalu, kira-kira jam 1.20 pagi berkenaan kes samun melarikan kenderaan di Jalan Indah 15/3 Taman Bukit Indah, di sini.


"Kesemua suspek ditahan bersama barang kes iaitu kereta Mercedes Benz C200. Suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu.

"Punca kejadian dipercayai disebabkan salah seorang suspek tidak berpuas hati berkenaan jual beli kenderaan mewah itu ketika perbincangan menyebabkan berlaku pergaduhan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rahmat, pengadu turut mengalami kecederaan di kepala akibat pergaduhan itu.

"Salah seorang daripada suspek disabitkan atas kesalahan mengikut Akta Pertubuhan kerana terdapat tatu bercorak 'burung pheonix' di lengan kanan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/906919/mulanya-nak-jual-kereta-berakhir-kena-samun
Pages: [1]
View full version: Mulanya nak jual kereta, berakhir kena samun


ADVERTISEMENT