mattzzx Publish time 22-11-2022 01:49 PM

Kampung Batu Papan 2 hampir 50 kali dilanda banjir kilat sejak setahun lalu

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm228anjiee_1669091592.jpg
CHONG Yok Fon menunjukkan rumah penduduk yang sering mengalami banjir kilat apabila hujan lebat di Kampung Batu Papan 2, di sini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Lebih 50 keluarga di Kampung Batu Papan 2 di sini, mendakwa kampung mereka sudah dilanda hampir 50 banjir kilat sejak setahun lalu dan ia cukup meresahkan.

Penduduk turut mendakwa, masalah banjir kilat itu berlarutan sejak lima tahun lalu.

Setiap kali hujan melanda lebih dua jam, kampung akan terputus hubungan manakala rumah penduduk, terutama di kawasan rendah, akan dinaiki air.


Penduduk, Chong Yok Fon, 50, berkata, mereka sudah terlalu penat kerana bukan saja terpaksa membersihkan rumah malah kerugian besar.

"Sekarang musim hujan, jadi sangat memenatkan sebab terpaksa membersihkan rumah selain menanggung kerugian harta benda yang rosak.

"Tahun ini sahaja, hampir 50 kali kami terpaksa menghadapi banjir kilat, walaupun air cepat surut tetap memberi kesan kepada rumah.

"Keadaan jambatan besi di kampung ini juga semakin teruk kerana sering tenggelam akibat banjir kilat," katanya ditemui.

Bagi Chong Lip Meng, 48, dia berharap supaya masalah yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan segera.

"Kejadian banjir 2014 pun masih meninggalkan kesan kepada penduduk dan kami berharap ia tidak berulang.

"Penduduk harap pihak berkaitan dapat kenal pasti punca masalah dan naik taraf longkang atau sistem perparitan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau sedia maklum dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Batu Papan 2.

"Masalah ini perlu diteliti dan langkah proaktif perlu diambil segera supaya punca sebenar banjir kilat ini dapat dikenal-pasti.

"Pihak berkaitan disaran tidak lagi bertangguh dalam hal ini memandangkan monsun timur laut akan melanda dalam masa terdekat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/906943/kampung-batu-papan-2-hampir-50-kali-dilanda-banjir-kilat-sejak-setahun-lalu
Pages: [1]
View full version: Kampung Batu Papan 2 hampir 50 kali dilanda banjir kilat sejak setahun lalu


ADVERTISEMENT