CARI-MAL Publish time 21-11-2022 02:53 PM

Pelanggan Sentap Kena 'Sound' Dengan Rider Grab Sebab Buat Pesanan Masa Hujan

Tular luahan hati seorang pengguna Facebook mendakwa dirinya dimarahi seorang penghantar makanan.


Jelas pelayar yang menggunakan nama Teamsecret Min menerusi laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, rider tersebut berang dengan dirinya apabila tetap membuat pesanan makanan walaupun cuaca hujan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/21/145201yi0yfndfuodwaywk.jpgGambar hiasan




Namun, tegas wanita ini, dia sudah membuat pesanan itu lebih awal ketika cuaca masih baik.


Bukan itu sahaja, wanita ini juga mendakwa dirinya diberi amaran oleh rider itu yang panas hati kerana terpaksa menghantar makanan dalam cuaca buruk.


Dia yang berasa kesal dengan sikap rider tersebut mula mempertikaikan tugas lelaki itu yang sepatutnya menerima sahaja pesanan pelanggan tidak mengira waktu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/21/145214wfrwhc6r9fpplnwc.jpgAdd Image Caption Here





Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi netizen setelah ia tular. Rata-rata mula mempersoalkan sikap rider terbabit kerana pernah melalui situasi sama sebelum ini.


Walaupun ada yang bersimpati dengan nasib pengguna ini, terdapat segelintir yang memahami situasi penghantar makanan itu apabila terpaksa menghantar pesanan ketika hujan.




Sumber: mStar






Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

saviour_09 Publish time 21-11-2022 02:56 PM

aik

masa pkp dulu bukan main peliiss la order time hujan upah tinggi yadayada

sekarang dah demand ke? :lol:

Eva_yy_Ellin Publish time 21-11-2022 03:35 PM

Hari tu rider-rider ni juga yang kata "tak apa, order je makanan masa hujan." Pelanggan rasa serba salah tapi disebabkan rider sendiri yang bagi greenlight, pelanggan pun mula la order tak kira cuaca. Tapi kan...bukan rider boleh pilih order ke? Kalau tak nak hantar masa hujan, jangan la ambil job tu.

eyansss Publish time 21-11-2022 03:44 PM

rezeki aku dapat rider yang faham bila tiba2 hujan padahal masa order cuaca ok je…dan disebabkan rider baik, aku bagi tips kat diorang…cuma sekali dalam sejarah hidup aku bagi rider 1 bintang sebab ntah bawak moto macam pelesit ke apa sebab habis makanan tumpah terkeluar semua dari bekas…semua tau…kalau sikit2 boleh sabar lagi…pastu dia nampak je makanan dah terkeluar habis tapi dia boleh letak je kat tembok pastu blah cepat2…hawau betul…

ladybugz Publish time 21-11-2022 04:14 PM

ok lg tu. i kena hamun sbb kononnya i x bg alamat dgn lengkap. masalahnya grab apps yg problem masa tu. i x sempat nk respond die dah letak telefon. kalau x lengkap rider tu boleh je call i tanya kan? kenapa nk hamun?? ada rider siap conteng kata2 carut kat i punye rumah. fikirkan kesian kerja diorg i malas nk report sedangkan boleh je cek cctv rumah. yg lain semuanya ok so far, baik2 semuanya. pernah je ada yg silap hantar pun ok ja. takda la nak marah2 pun. ada yg siap hantar lewat berjam2 pun i ok ja sbb die dah hantar msg nk brenti solat dulu etc. walaupun makan sampai dah sejuk n lemau. tp rider2 yg samseng ni harapnya cari pekerjaan lain la. x sesuai kerja mcm ni. hantar makanan dlm hujan pun x boleh? hmm

gangerina Publish time 21-11-2022 09:20 PM

yg order tu t20 ke.. tanya je...

gekkou Publish time 21-11-2022 09:59 PM

rider kalau tak nak deliver time hujan
tak perlu accept job
customer pun perlu ke nk hina b40, tak berjaya bagai
perlu ke stoop so low kalau berstatus t20?

SedihPedih Publish time 22-11-2022 09:24 AM

i pernah place order, bila confirm few minutes later tiba2 cuaca berubah. I dh tekan utk cancel tp grab ckp x boleh sb dh prepare. So rider tu hantar time hujan lebat la juga. I siap nk pergi ke rider cepat2 amik, tp adik tu baik kasi isyarat i tgu ja kt tpt berteduh. Mmg i mohon maaf la sb mmg hujan lebat tiba2. So since adik tu baik, harusla dek kerana rasa bersalah i kasi tips. Rasa bersalah sebab ia hanya secangkir kopi yg dihantar.

So ni sebenarnya attitude rider tu sendiri. Kalau dia msg utk tangguh hantar pun boleh. I rasa customer pun risau dia ride time2 hujan kan?

electricopop Publish time 22-11-2022 11:19 AM

Ayooo kekwat lak dia ek now.

mellohirivulet Publish time 24-11-2022 10:05 AM

Pada hari yang sama, beberapa penumpang memberi komen, "Tidak mengapa, hanya memesan makanan ketika hujan." Pengguna menganggap semuanya salah, tetapi selepas penunggang memberi kebenaran, slime rancher 2pembeli membuat pesanan tanpa mengira keadaan di luar. Itu benar, tetapi bukankah penunggang perlu menentukan urutannya? Jangan terima kedudukan itu jika anda lebih suka kekal kering daripada menghantarnya dalam hujan.

Tunan Publish time 27-11-2022 08:28 PM

Tak boleh reject order ke
Iols slalu kena reject atas sbb2 trafik dan cuaca

SonicSiLandak Publish time 27-11-2022 08:58 PM

rider duduk PKNS ke???

waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

{:1_563:}

rbmy Publish time 30-11-2022 02:42 PM

Eva_yy_Ellin replied at 21-11-2022 03:35 PM
Hari tu rider-rider ni juga yang kata "tak apa, order je makanan masa hujan." Pelanggan rasa serba s ...

ye sebab mereka dpt komisen lebih.
kdg kesian juga kat rider ni..
serba salah.

jas7512 Publish time 1-12-2022 04:01 PM

Rider2 grab ke foodpanda kat ganu ni baik2...bg je i order waktu hujan sbb dia kata mrk blh dpt duit..tapi i bglah tips kat mrk dan selalu bg rating tinggi..org berbudi kita berbahasa

kakigojes Publish time 2-12-2022 12:23 PM

SedihPedih replied at 22-11-2022 09:24 AM
i pernah place order, bila confirm few minutes later tiba2 cuaca berubah. I dh tekan utk cancel tp g ...

Baik betul akhlak u… me like!

orangbiasaje Publish time 2-12-2022 09:05 PM

Selalu kalau time tunggu order tetiba hujan, sy mesej rider tak apa lambat, pandu selamat, and kalau diorang sampai kat depan rumah, berteduh la dulu (siap pasang extra atap zink kat depan). Setakat ni takde yang mulut tajam la, atau mungkin adik rider2 n9 ni mmg sopan , hihihi.

ReginaGeorge Publish time 4-12-2022 12:44 AM

Rider ni pon… semua kerja memang ada cabaran.

bungarose Publish time 4-12-2022 07:08 AM

Da mendung gitew, bagi ler tips lebey kat rider
Kesian juger rider rides dalam hujan
Basah demi kita nak makan

Cokoro Publish time 4-12-2022 07:49 AM

Tak prnh lg kne marah dgn rider. Rider curi mknn brbuka puasa tu pernah :'(

sarahmirza Publish time 4-12-2022 08:26 AM

Sedih bila baca komen budak2 muda yang buat kerja rider as full time job.
Ko kalau kerja rider, ko tau cuaca tak mengizinkan ko tak payah amik order.
Atau ko dah amik order, tetiba hujan ditengah jalan, ko kena redho la Tuhan uji ko dalam waktu ko mencari rezeki..

Tapi full time rider ni, bila depa jenis tak fikir untuk jangka masa panjang, tak fikir masa depan, hidup depa berkiblatkan duit ribu riban.... Itu yang jadi panas hati bila diuji sedikit kesusahan (cth hujan).

Pages: [1] 2
View full version: Pelanggan Sentap Kena 'Sound' Dengan Rider Grab Sebab Buat Pesanan Masa Hujan


ADVERTISEMENT