mattzzx Publish time 21-11-2022 02:12 PM

Djokovic semakin bernafsu buru kejuaraan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/asl_1669001565.jpg
DJOKOVIC bersama trofi dimenanginya. FOTO EPA

Turin: Novak Djokovic berkata tiada 'zon akhir' untuk kariernya selepas muncul juara Final ATP tertua awal pagi tadi sekali gus menyamai rekod enam kemenangan Roger Federer pada kejohanan akhir musim itu.

Pemain berusia 35 tahun itu menggunakan pengalamannya untuk mudah menundukkan pemain Norway berusia 23 tahun, Casper Ruud 7-5 6-3 di Turin.

"Tiada zon akhir, seperti yang mereka panggil dalam bola sepak Amerika.

"Saya tidak mempunyai pemikiran atau idea mengenai bagaimana saya mahu menamatkan kerjaya saya," kata pemenang kejuaraan utama 21 kali itu kepada pemberita.


"Saya tidak tahu mengenai masa depan, tetapi saya tahu bahawa apa yang saya semat dalam fikiran adalah sentiasa mahu memenangi trofi, mencipta sejarah sukan ini, bersaing di peringkat tertinggi di seluruh dunia dan memberikan keseronokan kepada peminat sukan. Itulah yang mendorong saya."

Djokovic kurang satu kejuaraaan utama di belakang Rafa Nadal dari Sepanyol, yang memegang rekod memenangi 22 gelaran Grand Slam.

Pemain Serbia itu tidak dapat beraksi di Terbuka Australia dan Amerika Syarikat tahun ini kerana keengganannya untuk mendapatkan vaksin Covid-19.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2022/11/906545/djokovic-semakin-bernafsu-buru-kejuaraan
Pages: [1]
View full version: Djokovic semakin bernafsu buru kejuaraan


ADVERTISEMENT