Raline Publish time 21-11-2022 01:03 PM

Pelakon Power Rangers meninggal dunia

Pelakon Power Rangers meninggal dunia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1121rsjason_1668997104.jpg
Jason David Frank


New York ; Pelakon Jason David Frank, 49, yang melakonkan watak Tommy Oliver atau Power Ranger Hijau pada era 1990-an meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan pengurusnya, Justine Hunt tanpa menyatakan butiran dan sebab kematiannya. Dia juga memohon privasi keluarga serta rakannya dihormati.

Walter Emmanuel Jones yang melakonkan watak asal Power Ranger Hitam bersama Frank dalam Mighty Morphin Power Rangers turut terkejut dengan pemergian rakannya itu.

"Hati ini sayu apabila kehilangan seorang lagi ahli keluarga istimewa kami," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Pada 2001, Thuy Trang yang melakonkan Power Ranger Kuning meninggal dunia akibat nahas jalan raya ketika berusia 27 tahun.

Mighty Morphin Power Rangers mengisahkan lima remaja yang menyelamatkan bumi daripada penjahat.

Ia mula diperkenalkan pada 1993 sekali gus mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

Pada awal musim pertama, watak Tommy Oliver lakonan Frank digambarkan sebagai penjahat. Kemudian, dia menyertai Power Rangers sebagai Ranger Hijau dan menjadi watak paling popular dalam rancangan itu.

Walaupun asalnya watak itu bukan dikekalkan lama, Frank kemudian dihidupkan kembali memegang watak Ranger Putih dan menjadi ketua kepada kumpulan terbabit.

Antara filem dibintanginya termasuk Mighty Morphin Power Rangers : The Movie dan Turbo: A Power Rangers Movie. Mendiang turut membuat kemunculan khas dalam filem terbitan semula Power Rangers pada 2017.

Frank juga aktif dalam aktiviti seni pertahanan diri pada sekitar 2009 dan 2010.

Portal TMZ sebelum ini pernah melaporkan isteri Frank iaitu Tammie memfailkan cerai terhadapnya pada Ogos lalu.

Frank meninggalkan empat anak, satu daripadanya bersama Tammie manakala tiga lagi anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Shawna Frank.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/rap/2022/11/906514/pelakon-power-rangers-meninggal-dunia

SonicSiLandak Publish time 27-11-2022 01:59 PM

sedih jason dengan kimberly

:'(

Page88 Publish time 29-11-2022 01:21 AM

He used to be my crush. Rest In Peace.

Page88 Publish time 29-11-2022 01:21 AM

He used to be my crush. Rest In Peace.
Pages: [1]
View full version: Pelakon Power Rangers meninggal dunia


ADVERTISEMENT