Raline Publish time 21-11-2022 12:41 PM

90 minit bakal saksi kebangkitan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/MINIT-90-1536x1026.jpg
BARISAN pemain TFC belum menyerah kalah menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia dan bakal memanfaatkan perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

90 minit bakal saksi kebangkitan

TERENGGANU FC (TFC) tidak akan mengibarkan bendera putih menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di laman sendiri malam ini.

Pengendali TFC, Mohd. Nafuzi Zain berkata, beliau optimis skuad kendaliannya mampu bangkit dalam 90 minit meskipun ketinggalan 1-3 menerusi agregat.

Menurutnya, kehadiran pu­luhan ribu penyokong sen­diri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin diharap menjadi tonik terbaik untuk skuad Sang Penyu meneruskan kemaraan ke final.

“Peluang masih terbuka dan TFC akan bangkit. Saya pasti pemain-pemain juga tidak mahu menyerah kalah.

“Masih ada 90 minit dan kami tahu apa yang perlu dilakukan. TFC bertekad untuk meningkatkan prestasi malam esok (ini),” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mohd. Nafuzi berkata, misi skuad Sang Penyu ialah menghasilkan gol awal bagi membangkitkan semangat selain berdisiplin ketika bertahan.

Nada keyakinan sama turut dikongsi ketua pasukan, Kipre Tchetche yang mahu rakan-rakan sepasukannya mengulangi pencapaian me­langkah ke final Piala Malaysia empat tahun lalu.

Jelas penyerang kelahiran Ivory Coast itu, tiada misi mustahil untuk TFC memburu tiga gol, sekali gus mengatasi kelebihan agregat dimiliki juara Piala Malaysia 33 kali itu.

Menurut Tchetche, TFC perlu menggandakan teka­nan dan serangan dengan skuad Gergasi Merah dijang­ka mengamalkan corak per­mainan bertahan serta serangan balas.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11/21/90-minit-bakal-saksi-kebangkitan/

HabukBesi Publish time 22-11-2022 11:24 AM

menang tapi kalah ;P final nanti JDTSEL :lol:
Pages: [1]
View full version: 90 minit bakal saksi kebangkitan


ADVERTISEMENT