mattzzx Publish time 21-11-2022 11:13 AM

Acosta tolak tawaran ke MotoGP

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/acosta11_1668922719.jpg
ACOSTA ketika beraksi di Valencia. FOTO AFP

Madrid: Pelumba sensasi Moto2, Pedro Acosta mengesahkan dia menolak tawaran menyertai pasukan di kelas MotoGP pada 2023 kerana berasakan belum bersedia.

Permata KTM itu menikmati musim pertamanya di Moto2 dengan meyakinkan apabila muncul antara pelumba paling menyerlah dan terpantas sekali gus menguatkan khabar angin mengaitkannya berhijrah ke MotoGP musim depan.

Selepas muncul juara dunia Moto3 pada 2021, nama Acosta sudah pun menjadi sebutan di kalangan pasukan di MotoGP selepas dia sering mencabar kedudukan podium dan meraih kemenangan.

Walaupun bekas rakan sepasukan Acosta, Augusto Fernandez sudah membuat keputusan untuk berhijrah ke MotoGP dari Moto2 pada tahun depan, Acosta berkata dia juga sebenarnya boleh berbuat demikian.


"Ada kemungkinan untuk melangkah ke MotoGP pada 2023, tetapi saya tidak berasa bersedia.

"Saya fikir segala-galanya mempunyai masa yang tepat dalam hidup. Saya perlu melakukan dengan baik dalam kelas yang saya sertai sekarang sebelum bersedia ke MotoGP," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/11/906231/acosta-tolak-tawaran-ke-motogp
Pages: [1]
View full version: Acosta tolak tawaran ke MotoGP


ADVERTISEMENT