mattzzx Publish time 21-11-2022 11:12 AM

Verstappen juara aksi penutup musim

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-ABUDHABI__1668956214.jpg
VERSTAPPEN muncul juara di Abu Dhabi. FOTO Reuters

Abu Dhabi: Max Verstappen muncul juara perlumbaan penutup musim di Grand Prix (GP) Abu Dhabi untuk merakamkan rekod 15 kemenangan dalam tahun penuh bermakna.

Verstappen bukan sahaja mempertahankan kejuaraan dunia yang diraih tahun lalu malah turut membantu Red Bull muncul juara kategori pengeluar.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc meraih tempat kedua untuk merangkul naib juara keseluruhan sekali gus mengetepikan rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez.

Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel menduduki tempat ke-10 dalam perlumbaan kali ke-299 dan yang terakhir buatnya.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/11/906422/verstappen-juara-aksi-penutup-musim
Pages: [1]
View full version: Verstappen juara aksi penutup musim


ADVERTISEMENT