attokz Publish time 29-10-2010 11:02 AM

Puisi Sains : Potret Alam

* sesekali layan puisi sains. Asyik metafora mentah melayan perasaan pun letih juga. Nikmati dengan matahati~

+++ Potret Alam +++

Dari tabir wajah alam
melakar sepi di pinggir langit kirmizi
sayup bergema gaung guruh dalam mendung
menceritakan duka lara dan tangis derita
alam mayapada

Kerakusan manusia
mencetuskan gas klorin, nitrogen monoksida
kloro floro karbon dan tetrakloro metena
meleraikan ikatan padu tiga atom oksigen
membongkar dan menebuk ozon di stratosfera
hingga mengizinkan ultra ungu tembus ke bumi
menzahirkan gejala barah kulit dan melanoma
haba terperangkap mencairkan bongkah ais di kutub
merealitikan kesan rumah hijau
merangkumkan kepanasan
dalam sfera dunia

Manusia tambah tamak haloba
termonuklear menjadi mainan
puas menyeru dari peranchis ke china
seluruh jagat hentikan keangkuhan
namun tak jua tertempa kedamaian
berkurun lamanya manusia menderita
Chernobyl berpuaka memuntahkan lahar sengsara
manusia termutasi genetik terganggu replikasi

Dalam raungan hujan tenggara
dalam lolongan angin selatan
semuanya menghadiahkan kesengsaraan
hilang sudah kicauan unggas
tenggelam sudah oryza sativa
kuncup sudah mimosa pudica
pupus sudah pantera tigris
sebuah kehilangan atas nama kerakusan
penerokaan teknologi
demi kemajuan hakiki

AttOkz Dikulgai
Tingkat 63, Menara 1
KLCC - 230304

assafdiyah Publish time 30-10-2010 09:56 PM

aiii banyak nya tak faham istilah sains tu....:dizzy: bawak2 terang sikit.. bukan orang sains almaklumnya... cfc, ozon, nitrogen tu taula...

apa ke benda ni...

langit kirmizi
Chernobyl ( gunung berapikan ? )
tenggelam sudah oryza sativa
kuncup sudah mimosa pudica
pupus sudah pantera tigris

Goldkey Publish time 30-10-2010 10:11 PM

aiii banyak nya tak faham istilah sains tu.... bawak2 terang sikit.. bukan orang sains almakl ...
assafdiyah Post at 30-10-2010 21:56 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


langit kirmizi --- tempat kot
Chernobyl ( gunung berapikan ? ) -- tempat di Russia
tenggelam sudah oryza sativa-- sejenis tumbuhan
kuncup sudah mimosa pudica-- semalu
pupus sudah pantera tigris-- harimau belang

assafdiyah Publish time 30-10-2010 10:21 PM

langit kirmizi --- tempat kot
Chernobyl ( gunung berapikan ? ) -- tempat di Russia
tenggelam ...
Goldkey Post at 30-10-2010 22:11 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

wah wah terror cikgu kunci... tima kasih ....nah bunga....{:1_149:} puisinya best tapi tak faham istilah sains nya...

attokz Publish time 1-11-2010 10:05 AM

Post Last Edit by attokz at 1-11-2010 10:07

aiii banyak nya tak faham istilah sains tu.... bawak2 terang sikit.. bukan orang sains almakl ...
assafdiyah Post at 30-10-2010 21:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Terima kasih kerana membaca puisi sains ini.
Ok, untuk menjelaskan beberapa terma/perkataan yang tidak difahami :

1. langit kirmizi = langit berona merah (hampir senja)
2. Chernobyl = Nama tempat di Soviet Union (Russia) ~ tapi puisi ini merujuk kepada peristiwa letupan teras projek percambahan nuklear yang berlaku pada 25 April 1986 yang mengakibatkan hampir 340,000 orang menghidapi kanser dan mutasi genetik. Para saintis melabelkan peristiwa ini di stage 7 dalam bencana nuklear.
3. Oryza Sativa = nama saintifik untuk padi
4. Mimos Pudica = nama saintifik untuk semalu
5. Panthera Tigris = nama saintifik untuk Harimau Belang

* Saya memang aktif menulis puisi sains sejak zaman sekolah menengah lagi. Ada juga nota pelajaran dalam bentuk puisi untuk subjek biologi (bab Darah) dan subjek Fizik (bab Atom) yang saya tulis bagi memahami lebih lanjut subjek tersebut.

Terima kasih sekali lagi kerana membaca puisi ini.

attokz Publish time 1-11-2010 10:05 AM

langit kirmizi --- tempat kot
Chernobyl ( gunung berapikan ? ) -- tempat di Russia
tenggelam ...
Goldkey Post at 30-10-2010 22:11 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Terima kasih kerana membantu menerangkan puisi ini.
:P

assafdiyah Publish time 1-11-2010 10:10 AM

Terima kasih kerana membaca puisi sains ini.
Ok, untuk menjelaskan beberapa terma/perkataan yang...
attokz Post at 1-11-2010 10:05 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

dasyat nya... orang sains berjiwa puisi.. maknanya dengan puisi senanglah nak ingat fakta kat sekolah yer... ?itulah kan kita cenderung kepada apa yang ada pada diri kita... :)

attokz Publish time 1-11-2010 10:15 AM

dasyat nya... orang sains berjiwa puisi.. maknanya dengan puisi senanglah nak ingat fakta kat se ...
assafdiyah Post at 1-11-2010 10:10 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Tak tau, tapi rasanya lebih mudah igt dengan puisi.
:P
Nnt kalau senang, saya akan cuba kongsikan disini. Tajuknya Kemandirian Elektron.

assafdiyah Publish time 1-11-2010 10:19 AM

Tak tau, tapi rasanya lebih mudah igt dengan puisi.

Nnt kalau senang, saya akan cuba kongsika ...
attokz Post at 1-11-2010 10:15 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Kemandirian Elektron

tajuk pun dah tak faham... nanti bagilah maksud2 istilah sains nya... takdelah jenuh nak bertanya.. betul tak ? :)

attokz Publish time 1-11-2010 10:39 AM

Kemandirian Elektron

tajuk pun dah tak faham... nanti bagilah maksud2 istilah sains nya... ta ...
assafdiyah Post at 1-11-2010 10:19 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
ahh, itu kena prosakan puisi tu.
Insya Allah.
:P
Pages: [1]
View full version: Puisi Sains : Potret Alam


ADVERTISEMENT