CARI-MAL Publish time 17-11-2022 04:27 PM

Selalu Kritik Dan Sebar Kebencian, Jim Carrey Diharamkan Jejak Kaki Ke Rusia

Aktor Jim Carrey menjadi antara 100 warga Kanada yang diharamkan menjejakkan kaki mereka di Rusia.


Berita itu diperoleh selepas diumumkan oleh Kementerian Luar Negeri Rusia, lapor AFP.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/17/162738p4f1v6k6zzvxoqu3.jpgMARCA




Agensi sama melaporkan Carrey diharamkan masuk ke Rusia kerana terkenal dengan sikap tegas dan kritikan yang dilemparkan kepada negara tersebut.


Dia malah dilabelkan sebagai salah seorang individu yang membentuk kebencian dan bersifat anti-Rusia yang agresif.


Bersama Carrey dan 100 warga Kanada lain yang diharamkan masuk Rusia adalah penulis novel The Handmaid's Tale, Margaret Atwood.


Bintang filem The Mask itu bagaimanapun bukan satu satunya pelaku seni yang diharamkan menjejakkan kaki ke Rusia.


Sebelum ini, dua orang aktor berkaliber iaitu Ben Stiller dan Sean Penn juga telah diharamkan bertandang ke Rusia selepas mengkritik tindakan terkutuk menyerang Ukraine.


Stiller malah sempat bertemu dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Jun lalu sebagai tanda sokongannya kepada negara tersebut.


Penn pula diketahui telah menghasilkan filem dokumentari ketika Rusia menyerbu Ukraine pada 24 Februari lalu.


Pemenang dua kali Oscar duajuga ikut berjalan kaki bersama warga Ukraine untuk berlindung ke negara terdekat pada hari-hari pertama serangan Rusia.




Sumber: Gempak






Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

Supersirap Publish time 23-11-2022 10:18 PM

Suka tengok dia berlakon, seorang pelakon yang serba boleh

Page88 Publish time 29-11-2022 01:25 AM

Love his acting.
Pages: [1]
View full version: Selalu Kritik Dan Sebar Kebencian, Jim Carrey Diharamkan Jejak Kaki Ke Rusia


ADVERTISEMENT