mattzzx Publish time 17-11-2022 03:59 PM

Sambutan wira buat Bagnaia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bg_1668657214.jpg
BAGNAIA cipta sejarah Itali.

Rom: Juara baharu MotoGP Francesco Bagnaia dan Ducati meneruskan pesta kemenangan mereka dengan memenuhi undangan Presiden Itali, Sergio Mattarella di Rom semalam.

Bagnaia menghadiahkan kemenangan pertama Ducati di MotoGP sejak Casey Stoner pada 2007 selepas menang perlumbaan terakhir di Valencia awal bulan ini.

Dia muncul pelumba pertama negaranya menjuarai kelas perdana yang menggunakan jentera Itali sejak Giacomo Agostini pada 1972.

"Saya berterima kasih kepada Presiden yang mengundang kami ke Quirinale. Ia satu penghormatan yang tidak disangka," kata Bagnaia.


"Tahun ini kami berjaya mencapai keputusan luar biasa yang sangat membanggakan. Kami menang Kejohanan Dunia MotoGP, pelumba Itali bersama motosikal Itali selepas 50 tahun kemenangan Giacomo Agostini yang menunggang MV Agusta.

"Kejayaan ini hasil kerja keras saya dan pasukan sejak beberapa tahun lalu. Kami bersama memperbaiki jentera dan kami sangat bangga dengan apa yang kami lakukan."

Bagnaia muncul pelumba Itali pertama menjuarai Moto GP sejak kejayaan mentornya, Valentino Rossi pada 2009. Ducati turut memenangi kategori pengeluar musim ini selain kejohanan Superbike Dunia yang dimenangi Alvaro Bautista.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/11/904756/sambutan-wira-buat-bagnaia

HabukBesi Publish time 17-11-2022 04:01 PM

{:heroo{:thumbo
Pages: [1]
View full version: Sambutan wira buat Bagnaia


ADVERTISEMENT