CARI-MAL Publish time 17-11-2022 03:11 PM

Pelakon Tamil Pengsan Tak Minum Air Demi Bina Otot

Pelakon filem Tamil, Naga Shourya jatuh pengsan semasa menjalani penggambaran filem akibat dehidrasi melampau.


Memetik laporan Indiatimes, aktor berusia 33 tahun itu turut mengalami demam virus sehingga dikejarkan ke Institut Gastroenteologi Asia (AIG), India.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/17/151045uhiwqpkj6iwqrmqd.jpgTOI




Difahamkan, Shourya mengamalkan diet ketat selama tiga hari tanpa mengambil sebarang cecair.


Aktor ini sedang dalam usaha untuk membina otot bagi menjayakan filem berjudul NS24.


Shourya mengamalkan diet ketat selama tiga hari.


Dalam pada itu, Shourya dipaksa tenaga produksi untuk tidak minum air selama beberapa hari supaya dapat menghasilkan six pack.


Bagaimanapun selepas dikejarkan ke hospital, Shourya kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.


"Suhunya meningkat dan dia pengsan akibat dehidrasi, tetapi kini semuanya semakin baik.


"Dia kini sedang berehat dan sedang bersiap sedia untuk masuk semula ke set penggambaran tidak lama lagi," katanya.


Shourya sebelum ini pernah membintangi beberapa buah filem termasuk Krisha Vrinda Vihari, Varudu Kaavalenu dan Lakshya.




Sumber: mStar




Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

Page88 Publish time 29-11-2022 01:17 AM

This is a harmful practice actors use to get the "perfect abs" look.
Pages: [1]
View full version: Pelakon Tamil Pengsan Tak Minum Air Demi Bina Otot


ADVERTISEMENT