mattzzx Publish time 17-11-2022 11:33 AM

Bola gol 'tangan tuhan' Maradona dilelong RM10.83 juta

https://assets.bharian.com.my/images/articles/17mara_1668651937.jpg
Bola digunakan ketika jaringan 'tangan tuhan' Maradona dilelong melebihi RM10 juta.

LONDON: Bola yang digunakan ketika perlawanan Diego Maradona melakukan jaringan 'tangan tuhan' dijual dengan nilai RM10.83 juta (2 juta pound).

Pengadil, Ali Bin Nasser memutuskan untuk menjual bola yang disimpannya sejak England tewas 2-1 di suku akhir pada Piala Dunia Mexico 1986.

Legenda Argentina, Maradona yang berusia 60 tahun pada 2020, sering berkata, dia menjaringkan gol berkenaan dengan 'sedikit tandukan Maradona, sedikit sentuhan tangan tuhan'.

Dia juga meledak 'jaringan terbaik abad' pada perlawanan itu, dengan melepasi lima pemain England dan penjaga gol, Peter Shilton.


Nasser, 78, sebelum itu menegaskan pandangannya mengenai jaringan berkenaan yang terhalang dan dia mengikuti peraturan FIFA dengan melakukan semakan ke atas penjaga garisan sebelum membuat keputusan.

Baru-baru ini, pengadil itu menerima kritikan kerana menjana wang daripada keputusannya itu untuk mendapatkan kekayaan.

Namun ketika ditanya, dia berkata: "Saya tetap akan menjualnya. Saya tidak kisah mengenai apa yang kamu fikirkan."

Legenda England, Gary Lineker juga tampak kurang berminat dengan tindakan berkenaan.

Bekas penyerang The Three Lions yang bermain ketika perlawanan berkenaan di Mexico berkata:

"Bagaimana pengadil boleh mendapat bola?. Saya amat teruja yang dia akan mendapatkan wang."

Sebelum penjualan berlaku, jurulelong, Graham Budd menganggarkan bola Adidas Azteca yang separa kempis - satu-satunya yang digunakan di sepanjang tempoh 90 minit perlawanan - mungkin bernilai antara RM13.53 juta (2.5 juta pound) hingga RM16.24 juta (3 juta pound).

Namun, kerana bidaan RM10.83 juta tidak mendapat memenuhi harga rizab, proses rundingan perlu dijalankan.

Jurucakap kepada jurulelong selepas jualan berkata: "Ia dijual dengan harga RM16.24 juta tetapi tidak memenuhi harga rizab. Sekarang terdapat rundingan antara pihak pembida dan penjual untuk melihat sama ada harga berkenaan boleh diterima." - Agensi
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/11/1026978/bola-gol-tangan-tuhan-maradona-dilelong-rm1083-juta
Pages: [1]
View full version: Bola gol 'tangan tuhan' Maradona dilelong RM10.83 juta


ADVERTISEMENT