ctA Publish time 27-10-2010 01:36 PM

CINTA BEE dan DAISY [U]

Post Last Edit by ctA at 3-12-2010 00:04

BAB1Kereta pacuan empat roda itu meluncur laju meredah arus jalan raya yang tidak berapa sibuk. Tidak seperti waktu pagi yang menuntut kesabaran yang tinggi. Jumlah pengguna jalan raya yang semakin banyak dari hari ke hari membuat Wilda semakin meluat untuk keluar ke mana-mana. Kalau keluar saja. Pasti tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Perjalanan lima minit menjadi 10 minit. Lagi teruk,sampai 15 minit. Apakan daya, kalau tak keluar, tak bekerjalah dia nampakgayanya.Cuaca di luar agak panas. Wilda yang tadinya asyik dengan tiupan angin yang selari dengan kelajuan
keretanya menekan punatdi pintu kereta dan cermin keretanya tertutup secara automatik. Tangannya dialihkan pula pada butang penghawa dingin kereta. Dipusingnya pula pengawal putaran penghawa dingin kereta. Rasa dingin mula menjalar pada tubuh dan wajahnya.Adoi, mak. Sejuknya. Keringlah kulit aku macam ni.Hatinya merungut sambil jemarinya mengusap pipi sebelah kirinya.Diaterus menekan pedal minyak sehingga kelajuan mencecah 90 kilometer per jam walaupun kelajuan yang tertera pada papan tanda hanya sekitar 70 kilometer perjam. Dia iangin cepat sampai ke destinasi. Tadi, baru sepuluh minit dia keluar makmal, dia mendapat panggilan dari Haze dan Awin. Pecah rumah! “Apa yang hilang?” “Tiga laptop. Laptop aku, Awin dan adik Awin. Nasib baik LCD aku tak diangkutnya sekali ” Haze tenang. Sedangkan suara Awin di sebelah Haze yang sedang menangis menyapa telinga.“Tak larat nak angkut agaknya. Dahla rumah korang tu tingakat 15. Lift tu pun lembap. Tak sempat turun, dah kena tangkap. Alamak. Awin nangis ke” Wilda menggaru kepala apabila terdengar suara Awin di belakang. Menangisi pemergian laptop Dell pinknya.“Itulah pasal. Kejap-kejap dia ok. Tapi nanti bila bercakap dengan orang lain, mulalahsuara dia berubah.” Suara Haze masih lagi tenang. Bagus juga, kalau dua-dua nangis, tak ke haru jadinya.“ok,ok. Korang pergilah buat report dulu. Nanti bila polis nak sampai, give me a call. Aku menyibuk sekali masa tu, ok.”“ok.”Pap! Telefon bimbit flip Sony Ericson ditutup.“Maaaaaaaaaaaaaaaa!”Wilda menjerit. Brek kereta ditekan kuat. Suara Haze yang tadinya dalam kepala,hilang tiba-tiba. Kereta yang dipandunya berhenti mengejut. Phew! Gila punya kereta depan ni,
tiba-tiba berhenti padahal sempat lagi jalan. Lampu isyarat belum merah lagi, baik sangat berhent itu kenapa? Gerutu hatinya.Gedegang!Arghhh!!!!!!!!!!Wildakebengangan. Dia meninjau dari cermin pandang belakangnya. Apahal la pulakkereta belakang ni buat sudden break macam aku! Kalau bawak perlahan, mesti sempat brek. Wajahnya mula kelat. Keratanya dibawa keluar dari barisan menghampiri tepi jalan. Dilihatnya, kereta di belakangnya turut sama ke tepi.Ah,sudah. Nak maki hamun ke, nak senyum dulu ke, nak cabut kasut
dulu ni. Dia merengus. Habis kereta aku!Keluar sahaja dari kereta, terus dia ke belakang. Dia cuba mengamati kesan perlanggaran tadi. Ada sedikit calar pada permukaan Vios hitam itu. Sedikit kemek jika dilihat dari dekat. Gila, nasib baik sikit je. Tapi, apahal?Bayarla. Wanitaitu turut sama keluar dari keretanya. Wajahnya kelihatan serba salah. “Maafcik. Saya hendak cepat. Tak sempat brek. Itu yang break mengejut” Suaranya lembut. “Saya pun nak cepat jugak tapi tak lah cuai!” keras nadanya. “Ya,tapi saya betul-betul tak sengaja” muka minta simpati. “All drivers would said that” Wilda angkat kening. Muka kasihan, aku benci.Wilda menghampiri pula bahagian hadapan Honda City itu pula. Calar ada permukaan kereta itu nyata tidak serius juga.“Nasibbaik tak teruk ni” semakin berlembut. Wanita itu diam lagi. Dari calar padakereta, Wilda mengalihkan matanya pada penumpang dibahagian hadapan kereta wanita ini. Seorang lelaki yang sedang menyeringai kesakitan membuatkan diatertanya-tanya.“Ituapa hal? Rasanya tak adalah terlanggar teruk, kenapa sampai macam nak kenatarik nyawa tu?” Wilda mengerut kening pada wanita itu.“Kawan saya. Kami dalam perjalanan ke hospital ni. Itu yang nak cepat. Kes gaduh.”Wanita itu semakin resah. “Macam mana ni cik? Ermm.. Saya bagi kad saya ni, cik bawa pergi bengkel, apa-apa hal,telefon je saya. Bilnya saya tanggung” wanita itu menghulurkan sekeping kad. Wilda
jadi kasihan pula. Rasa hendak marah, maki hamun tadi hilang entah ke mana. Hai, nasib baiklah perempuan, kecemasan pulaktu. Segera dia menyambut kad yang ada pada tangan wanita itu dan tanpa dipinta dia berjalan menju ke arah penumpang lelaki yang duduk di tempat duduk hadapan kereta itu. Wanita itu membontoti Wilda. “Cik,tak apalah. Tak payahlah tengok-tengok ke apa. Saya nak cepat ni,” pinta wanitaitu.
Wilda menunduk sedikit. Teruk nampaknya lelaki itu. Kalau tak, mahunya awal-awal tadi lelaki itu turun sama membela wanita itu. Boyfriend dia agaknya. “Hum...oklah Cik....” Pantas dia melihat nama yang tertera pada kad itu. “Cik, Nisa...Apa-apa hal, saya akan hubungi awak. Bilnya akan saya beri kemudian. Nak sangatbayar bil akukan!“Ok,baik, baik. Thanks cik. Saya pergi dulu. Call saya nanti.
Bye.” Wanita itu terus bergegas menuju kekeretanya. Enjin dihidupkan dan Honda City itu terus bergerak dan semakin lajusetelah melepasinya. Senangje aku bagi dia lari. Entah-entah dia tipu. Wilda mengeluh. Dia kembali kekeretanya. Dia mengerling jam di tangan. Sudah hampir jam lima. Kereta di jalan raya sudah mula banyak. Memang itu waktu kemuncak kerana waktu orang pulangdari kerja. Wildamasih termenung. Dia cuba mengingat sesuatu. Lelaki dalam kereta tadi. Dia rasa macam pernah jumpa. Mata itu... Dahi lelaki itu dipenuhi darah dan kerana itula,wajah itu sukar untuk dia cam. Di mana ya. Atau hanya Deja vu mungkin. Bukankah banyak manusia serupa dalam dunia ini. Tujuh serupa, tak mustahil duanya ada diMalaysia. Malas mahu berfikir, dia terus menghidupkan enjin kereta dan mencelah ditengah-tengah ruang yang ada antara kereta-kereta lain yang mulai laju mengejar lampu isyarat.Damansara, here I come!

ctA Publish time 27-10-2010 01:42 PM

Kau & Aku. Dia? (II)

Post Last Edit by ctA at 29-10-2010 12:27

“Hari ini sahaja, ada empat lagi kes pecah rumah yang sama di kawasan ini” peneranganInspektor Zahari tidak membuatkan mereka terkejut.
      Kawasan ini memang mereka sedia maklum sebagai kawasan panas. Baru beberapa bulan lepas, kes curi kereta. Yangterlibat adalah pak-pak hitam yang juga banyak menyewa di kawasan itu. Tapi,apa yang mereka dengar, si pesalah sudah pun diberkas. Ini, kes lain pula yang timbul.“Boleh dapat balik ke barang-barang yang hilang tu?” Awin masih tidak berpuas hati.“Buat masa ini, susah kami nak cakap. Kita tanya management, cctv pun tak berfungsi.Harap ada tapi rosak. Untuk komputer riba yang hilang tu, kalau boleh, bagisaja kami nombor siri. Mudah untuk kami kenal pasti pemiliknya kalau kami berjaya buat rampasan di kawasan-kawasan yang biasa dijadikan tempat untuk menjual barang-barang curi. Sebelum ini, di kawasan lain hasil rampasan kami,ada lagi 60 biji computer riba yang tidak dapat dikenal pasti siapa pemiliknya.Sebab itu nombor siri ni penting. Sekadar ingat rupe bentuk computer ribamasing-masing itu tidak mencukupi,” Inspektor Zahari tekun melakar kedudukan bilik dan setiap ruang dalam rumah itu. Wilda,Haze dan Awin saling bertukar pandangan. Hai, jangan haraplah hendak dapat barang-barang itu semula. Awin menjungkit bahu seolah-olah tersampai kepadanya apa yang hati Wilda bisikkan. Ketika Wilda sampai tadi, Awin tenang sahaja.Tidak pula menangis seperti sebelumnya. Mungkin juga dia sudah penat dan menyedari tangisan tidak membawa apa-apa perubahan.“SabarAwin. Bukan hak kita agaknya” Hanya itu yang mampu Wilda katakan sewaktu diamenjejakkan kaki ke rumah mangsa-mangsa itu.“Kamiye, bukan kita” Haze tiba-tiba menyampuk. Kata-kata Haze itu membuatkan Wildageram. Sempat pula Haze buat lawak masa ni. Sempat juga dilukunya kepala Haze.Padan muka!“Manaadik Awin?” Wilda perasan hanya mereka bertiga di rumah itu.“Dahbalik uni. Bas dia jam empat petang tadi. Kitorang hantar di Hentian Bas BukitJalil.“Baik!”suara Inspektor Zahari memecah kebisuan mereka. Sesudah Haze menyerahkan sehelai kertas kecil yang tertera nombor siri ketiga-tiga komputer riba itu,Inspektor Zahari terus menyimpannya ke dalam fail hitam yang di bawanya.“Dah?”Inspektor Zahari menujukan soalan itu kepada pembantunya yang ditugaskan untukmerakamkan foto-foto bilik dan lokasi yang terlibat. Kameranya segera ditutup lantasdia menganggukkan kepala.“Awakkena tingkatkan tahap keselamatan. Kalau boleh, tukar tombol pintu kepada bentuk kunci yang lebih selamat.” Inspektor Zahari memeberi peringatan.“Baik.Apa-apa hal nanti saya akan hubungi Inspektor” Haze dan Awin menghantar merekake muka pintu. Wilda turut serta berlagak seperti tuan rumah.“Haih.Malang betul nasib hari ni” Awin terus menapak ke sofa. Wilda dan Haze mengambil tempat di sebelahnya, Awin di tengah. Remote televisyen di capai.Tiada apa yang menarik di kaca televisyen buat masa ini, sekadar bunyi.“Nasib baiklah netbook aku tu murah saja”Haze mengeluh.“Murahpun, makan seribu juga. Kau seribu, Awin seribu, adik Awin seribu. Dah tigaribu. Itu baru anggaran minimum” Kata-kata Wilda membuatkan kedua-dua pasang mata itu tertumpu ke arahnya.Sebiji bantal dibaling ke muka Wilda. “Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!”Suara Awin dan Haze bergema serentak.


“Youkat mana?” lelaki itu tak sempat beri salam.“Ion the way balik rumah from Damansara”“La...you buat apa kat sana? Dah malam ni. You dah makan belum?” Ini soalan ambil berat atau soalan biasa yang semua orang pakai?“I baru lepas makanlah ni. I dinner dengan Haze and Awin. Lepas balik kerja I terus ke rumah diorang. Rumah diorang kena pecah.
Banyak juga kerugian” wilda menerangkan tanpadipinta.“Seriously?Tapi, diorang semua tak ada apa-apa kan? Duit, material, semua boleh dicari,diganti. As long as diorang tak diapa-apakan, kira Alhamdulillah” Wilda tersengih sendiri mendengar kata-kata Iffan.
“So,you dah kat mana sekarang?”“Dah nak sampai rumah dah ni”“Inak ajak you makan malam di rumah parents I esok, boleh? I nak kenalkan you dengan diorang.” Laju jantungnga berdegup. Aaaaa... Persediaan apa nak buat?First time hendak jumpa bakal mertua...“What should I... prepare... then” dia bertanya, lambat-lambat.Iffan ketawa kuat. Takut kena gulailah tu. Hai gadis....“You belajar buat teh
je la. Ayah I tu suka sangat lepas makan malam,
tonton TV, ada orang buat teh plus biskut ke apa... Favourite dia tu” tawanya masih bersisa.Jahat!“Ok....”“HeiI gurau je la. Mama I tak kisah pun kalau you tak pandai masak kea pa... Janjiyou ada effort.”
Yes!“Hehe...lega hati I dengar. Oklah You, I dah sampai rumah ni. I nak buka gate ni. Seeyou tomorrow”“I’llcall you kejap lagi, to wish you good nite”“I’llwait”































BAB2“Hei,kenapa dengan mulut you tu?” Tangannya menyentuh bibir Iffan. “Luka ni kenapa?Siapa tala you ni?”Iffanmenyentuh luka pada bibirnya. Sakit! “Tak ada apa-apa lah. Sikit je ni.” Diam.“Iyalah, kenapa? Nanti parents you tanya, apa you nak jawab? Apa I nak jawab?Nak kahwin dengan anak dia, tapi anak dia kena pukul dengan siapa pun I taktahu” Wilda mula membebel. Diamatinya bibir Iffan yang sedikit lebam. Nasibbaik sikit.“Taksakitlah. Setakat kena pukul macam ni, tak ada kesan buat I. Tak jantanlah mengaku sakit” Please...“So,betullah you kena pukul ni? Siapa pukul you ni? Bagilah tau I” Degil betullah bakal laki aku ni. Gangster ke mangsa agaknya ni?“Aduh,tak sesuailah I nak beritahu sekarang. Nanti-nanti saja Ok?”Wildamerengus. “Nak tunggu patah gigi baru beri tahu?” Wilda peluk tubuh.“Jangan peluk tubuh lah. Nanti nampak macam kita bergaduh pulak”“Youtu...”Hum...“Fan, betul ke you nak kahwen dengan I ni? Kita baru je jumpa sebulan lepas”Wilda tukar topik. Merajuk bukan makanan dia.“Hum...I dah serik bercinta Wilda. Masa I frust hari tu, I macam hilang arah. I bersyukur jumpa You semula. I rasa bila I jumpa you semula, macam satu keajaiban. Dan I tak rasa I buat keputusan yang silap. You? Kenapa you terima I?” Giliran Iffan bertanya.“Err...”Dulu kan I parnah suka kat you sekejap. Sekejap... “I... I... Sama macamyou...” Minta-mintalah dia tak tanya lagi. Sumpah, aku tak ada jawapan. “Erm...you ada contact dengan kawan-kawan you masa kat sekolah dulu?” tukar topiklagi!“Kawan-kawan?Yang mana satu. I kan ramai kawan...” Jaganlah...“Erm..kawan you tu...” Takkan tak ingat. “Ala... yang...”“Ok,kita dah sampai...”

cmf_blingblings Publish time 27-10-2010 02:02 PM

“Hariini sahaja, ada empat lagi kes pecah rumah yang sama di kawasan ini” peneranganInspektor Zaha ...
ctA Post at 27-10-2010 13:42 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


ctA, lain kali sambung aja kat rumah pertama tadi....nanti MOD bising, pindahkan ya!...Cerita bagus!!!

ctA Publish time 27-10-2010 02:05 PM

SORRY. still baru dan masih mengexplore.... huhu:sweat3: mekasey.... huhu

juliet80 Publish time 27-10-2010 02:21 PM

Reply 3# ctA


kan bagus belajar mlalui ksilapan:)

so slamat berkarya .......chaiyukk ekk tuk n3 sterusnye .....

cmf_blingblings Publish time 27-10-2010 02:23 PM

SORRY. still baru dan masih mengexplore.... huhu mekasey.... huhu
ctA Post at 27-10-2010 14:05 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

sambung lagi cerita bila2 free, maintain satu rumah utk satu story....biasalah baru2...semua org buat silap, selamat datang ke rumah penulisan    ....kasi pom pom sikit{:1_152:} {:1_152:} {:1_152:}

Jaza2008 Publish time 27-10-2010 05:28 PM

Reply 1# ctA


    kenapa tak sambung kat umah no satu tu???
tak tahu bertnya ye..karang sesat jln susahkan Mod nak suluhkan jln lak...:P
nnti jaza akan merge dgn yg satu lagi...

jingga007 Publish time 27-10-2010 09:50 PM

Mek dh merged , harap terus smbg part 3..4..and bla bla dkt sini ye. Doesnt mean new post itu utk new chapter ye :)

qimi08 Publish time 27-10-2010 10:11 PM

Mana sambungan ni.........

ctA Publish time 27-10-2010 10:37 PM

Reply 7# Jaza2008


    huhu.. okeh... curi2 je nak online ni... nanti sy explore sesiket

ctA Publish time 27-10-2010 10:39 PM

Reply 9# qimi08


    insyaallah sambung esok....

ctA Publish time 27-10-2010 11:03 PM

Antara riang dan kecewa..
antara masa kini dan akan datang..
antara idzhan dan wilda..
masa terus cuba menyatukan...

ctA Publish time 27-10-2010 11:19 PM

Post Last Edit by ctA at 27-10-2010 23:22

Tubuhnya dipusingkan ke kiri dan ke kanan. Malam pekat langsung tak mendatangkan rasa mengantuk. Penat berfikir untuk mencari perkataan untuk merumuskan pertemuan tadi? Berjaya? Gagal? Kenapa macam gagal? Kenapa macam ibu bapa Iffan tak suka aku...
Tapi, nak kata tak suka...

“Wilda betul-betul serius dengan Iffan ke?” suara lembut diiringi dengan air muka yang tawar. Maka, rasanya tak manis langsung.
“Betul auntie” Ya Allah, lajunya jantung aku ni.

Suami isteri itu berpandangan. Mana Iffan ni? Lama sangat ke dapur kenapa?
“Kalau macam tu, tak apalah. Panjang umur, Insyaallah, sampailah kami ke Nilai” Fuhh.

Lega bunyinya. Tapi, kenapa wajah itu seperti tak rela? Buruk sangat ke aku?
Atau sebab aku tak pandai masak? Wilda memeluk bantal. Kuat.

“Jangan risaulah. Kan mama dah cakap tadi diorang nak datang rumah parents you kan?” Iffan cuba memujuk semasa dalam kereta.
“Tapi expression diorang macam tak suka I...”
“Perasaan youje tu” Iffan pegang stereng kuat. Everything will be ok...



Badan dipusingkan mengadap tingkap. Banyak betul teka-teki yang tak ada jawapan. Iffan kena pukul pun dia tak tahu kenapa. Mak bapak Iffan... macam tak mesra. Dan Iffan mahukan semua ini terlalu cepat.

Kalau tak kerana mama dan abahnya yang teruja sangat hendak terima menantu, pasti dia dah minta tangguh. Sekurang-kurangnya-kurangnya awal tahun depan. Taklah tergesa-gesa sangat. Sempat lagi dia kumpul duit. Kalau boleh sesen duit mama dan abah pun dia tak mahu guna. Cukup belajar tinggi-tinggi, kerja pun puaskan hati, lebih baik guna titik peluh sendiri.

Dia pun tak kisah sangat. Iffan pemimpin pelajar. Dia yakin Iffan mampu memimpin rumah tangga juga. Lagipun, Iffan pernah dia singgah di hatinya semasa dia di tingkatan lima. Sekejap. Sebelum dia sukakan orang lain. ‘Orang lain...’
Kalau diungkit semula kisah lalu, memang dia ingat Iffan dan Syida sudah bahagia. Syida, teman sekelasnya dulu berbunga-bunga hatinya bila Iffan masuk jarum. Masa tu, Wilda dah mula rasa kalah. Iffan sukakan orang lain. Yang pasti bukan dia. Iffan yang menjadi kumbang rebutan rupanya gilakan Syida. Syida. Diulangi, Syida. Bukan dia. Apa khabar syida sekarang? Semenjak masing-masing memasuki matrikulsi berlainan, hubungannya dengan Syida renggang terus. Masa itu, penggunaan telefon bimbit baru sahaja sampai musim. Dah memang terpisah, tak sempat hendak ambil nombor telefon masing-masing.

Walau bagaimanapun , hubungan Iffan dan syida sedikit pun tak makan diri dia. Sebab, masa tu, dalam hati dia dah ada kumbang lain yang singgah. Sebab, bunga-bunga dalam hati dah mula kembang. Tapi, lain kata di hati, lain yang dia expesskan. Orang itu... di mana kau?


***
“Seorang demi seorang buat di hadapan. Mula dari soalan nombor satu. Mula dari barisan ni, Adila, Imran, lepas tu sambung belakang ikut soalan yang seterusnya...” suara Cikgu Syamsiah betul buat dia cuak. Lebih buatkan dia rasa nak ke tandas...
“Satu... dua.. dua A, dua B, tiga A.... Lapan... Syida, aku nombor lapan. Kau siap tak? Kau dapat jawapan nombor lapan tak?”

Keseimbangan Daya. Kompleksitinya sama macam panjangnya soalan.Soalan pendek, bagi dia senang. Soalan panjang, bergumpal sel-sel otak nak fikir.
“Dapat... dapat... kau jangan risau. Kakak aku yang ajar ni. Confirm betul ni” Syida berwajah yakin. Wilda sengih.
“Bagus... bagus... bestlah kakak kau ni”

Satu per satu wajah pelajar-pelajarnya diperhatikan. Dialihkan pula pandangan ke papan hitam. Dari soalan satu hingga soalan kelima, semua betul. Haih. Nampak sangat ada yang meniru. Semalam, penat dia terangkan sampaikan di akhir kelas pun dia simpulkan objektif pengajaran tidak sampai.

Bukan dia tak mahu pelajarnya menjawab betul. Cuma, dia mahukan pelajar-pelajarnya menjawab jujur. Bukan semata meniru dan menulis apa yang betul. Yang salah itukan lebih baik untuk diperbincangkan. Lebih jelas, lebih faham.

Menyedari taktik para pelajarnya yang mula mengira urutan soalan, Cikgu Syamsiah mengeluh. Ramai yang tak siap, dia tahu. Ada juga bila sudah tahu giliran nombor soalan masing-masing, mulalah berbisik-bisik cari jawapan kawan-kawan lain.Haih, dia juga pernah sekolah. Tapi, sampaigenerasi ke berapa situasi yang sama harus berulang?
“Soalan nombor tujuh saya nak Zaki yang jawab.” Muktamad. Ini yag terbaik.
“Nombor lapan ada sukarela?” cikgu Syamsiah cuba memberpeluang. “Ada? Tak ada?” dia merengus. “Ok, saya pilih”

Kenapa hati macam tak sedap ni? Wilda urut dada.

Pandangan ditebarkan ke seluruh kelas. Tunduk semuanya menatap buku latihan masing-masing. Hai, anak-anak, kenapa semua sama dengan zamanku?
“Wilda!” Automatik semua kepala yang menunduk tadi tegak semula. Dah agak!
“Ha, mana satu ni?” pandangan Wilda dan Idzhan berlaga. Antara wilda yang dipaksa atau Idzhan yang tiba-tiba bangun sukarela. Wilda telan liur. Tolonglah bukan aku...
“Sayalah...” Idzhan terus maju ke hadapan.
“Nasib baik ada penyelamat...” Cikgu Syamsiah menggeleng. Thanks, cikgu. Itu dialog saya tu. Wilda duduk.

Penyelamat...

We were given: Two hands to hold. To legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find.

Dah jumpa... (?)

Jaza2008 Publish time 28-10-2010 08:09 AM

Mek dh merged , harap terus smbg part 3..4..and bla bla dkt sini ye. Doesnt mean new post itu utk ne ...
jingga007 Post at 27-10-2010 21:50 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    thanks mek...;P
smlm dah nak balik sbb tu xsmpat nak gode2....hehehe
lagipun smlm satu hari server DC...tapi DC Cari je..
yg lain2 tak pulak....geram..geram..

jingga007 Publish time 28-10-2010 02:47 PM

Reply 14# Jaza2008


    heheeh , jgn isau , mek akan sentiasa berada di samping jaza gitu :P ;P

qimi08 Publish time 28-10-2010 03:45 PM

Sambung lagi...

fazss Publish time 28-10-2010 04:38 PM

ReplyJaza2008


    huhu.. okeh... curi2 je nak online ni... nanti sy explore sesiket
ctA Post at 27-10-2010 22:37 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    ok la tu.. setiap orang sentiasa belaja kan... perasaan NAK yang penting.. :sweat3:
welcome n..nice story...:C
just nak bgtau..macam banyak error typing banyak.. bila ada masa edit la k...:D

ctA Publish time 28-10-2010 09:03 PM

BAB 3

Sebaik sahaja melangkah keluar dari klinik itu, telefon bimbitnya bergetar. Silent!
“Yup”
“Han, dah buka jahitan?”
“Dah, thanks banyak-banyak Nisa. Luka-luka aku pun dah kering”
Tiada balasan dihujung talian.
“You’re still there?”
“I am”
Idzhan ketap bibir. Seperti sudah habis untuk dibicarakan.
“Lunch sama?” Haruslah dia tak nak.
“You don’t love me Han...”Tiba-tiba...
Idzhan mengusap rambut ke belakang.
“Tanda terima kasih, Nisa.”
“We were having a big quarrel sebelum insiden tu Han. Aku tak sedia untuk jumpa kau” Malu. Cinta Han bukan milik dia. Bertepuk sebelah tangan! Nisa gigit bibir.
“Tak nak jumpa aku lagi?Kitatak pernah krisis macam ni Nisa. Kita kan rapat sebelum ni.” Pintukereta di buka.
“Sorry. Mungkin aku agak emosional. Aku dah campurkan dua jenis hubungan yang berbeza. Love and friendship. Bagi aku masa. Aku malu berhadapan dengan kau”
“Dan maafkan aku andainya kebaikan aku menyebabkan kau salah faham...” dan aku patut buang perkataan ‘andai’. It really happend.
“It’s ok Han. Aku syukur kau dah semakin sihat. Biarlah kita macam ni dulu. Tapi, aku harap kau jaga diri ok. Aku tak nak kejadian yang sama menimpa kau” kau masih ambil berat tentang aku Nisa.
“Insyaallah. Aku harap tak jumpa lelaki itu lagi” Mana mungkin.
“I’ve nothing to say. Hanya nak tanya khabar kau saja. Take care ya. Bye” Telefon dimatikan.
“Bye” Idzhan tahutiada siapa yang mendengar.



        Sebaik sahaja sampai di rumah, Idzhan tidak segera naik ke bilik. Dihenyakkan punggung ke sofa lalu dicapainya remote televisyen. Seperti biasa tiada apa yang akan menarik perhatiannya untuk ditonton. Rancangan reliti TV, berita, drama, semuanya tidak cukup menarik fokusnya. Memang kebelakangan ini, fikirannya lebih banyak melayang kepada perkara-perkara lain. Baru dua hari lepas, jahitan pada dahinya dibuka. Tidak dapat tidak ada sedikit kesan parut bekas jahitan yang tinggal. Kenangan kena hantuk kuat pada tiang besi elektrik tepi jalan. Mujur doktor scan, tak ada darah beku. Mujur juga parut itu terlindung dek anak rambut.
        Bunyi bising dari dapur menarik perhatinnya. Man dah balik!
        “Man, air satu!” jeritnya kuat.
        “Siap bos!” suara balasan dari dapur buat dia tergelak kecil. Nasibla kau Man, dapat housemate macam aku.
        “Dah macam firaun dah kau ni aku tengok” Man tergelak sambil menghulurkan segelas jus kepada Idzhan dan mengambil tempat duduk di sofa kulit itu.
        Idzhan ketawa. Diteguknya jus oren pekat itu rakus. Rasa sejuk mengalir di tekaknya. Nikmat sungguh.
        Gila! Macam tiga hari tak minum. Man geleng kepala.
        “Macam mana mamat tu? Kau nak buat report tak?” Man membuka topik perbualan.
        “Kau nak aku cakap pada polis tu, dia pukul aku sebab kami berebutperempuan?” Matatak dialihkan dari kaca televisyen.
        “Dah tu, kau nak biarkan saja ke?” Man masih tak puas hati. Melampau betul mamat tu. Nak bergaduh, bawak geng, gila tak jantan!
“Aku nak tengok apa lagi yang dia nak buat. Tapi, dia kata dia dah nak kahwin dengan perempuan tu” Idzhan meraup muka. Ada peluang lagi ke aku? Barapa peratus?
        “Ada masa lagi. Dia takkan kahwin dalam masa dua tiga bulan ni kot.” Man cuba berfikiran positif.        “Nisa macam mana?”
        Tiba-tiba wajah Nisa muncul dalam kepala. Cantik orangnya. Sebaya. Sama-sama jurutera. Sama tempat kerja, cuma jabatan lain-lain.Sama-sama buat kerja kasar tapi hati lembut sangat tu. Sensitif memang tak ada yang boleh lawan. Yang penting, bab-bab emosi, Nisalah drama queennya.
        Nisa paling rapat dengan dia. Pergi makan dengan Nisa, outstation selalunya dengan Nisa juga. Nisa memang ambil berat pasal dia. Dan dia memang dah agak, kalau lelaki dan perempuan berkawan, mesti akan timbul bab hati dan perasaan. Tidak dia, Nisa. Dan Nisa memang ada hati pada dia. Dah lama rupanya. Tapi hati dia memang ada satu nama. Semenjak dia belajar apa itu rindu, sampailah sekarang, rindu itu sama sahaja isipadunya. Err.. mungkin dah bertambah sedikit... atau ...banyak kot.
        Minggu lepas, sebelum insiden tu, dia dan Nisa bergaduh dalam kereta. Semuanya kerana dia jadi stalker kepada seseorang. Segala jenis laman web sosial yang wujud sekarang ini, semua dia search nama gadis itu. Wajib setiap hari. Dia rindu sangat pada gadis tu. Hari-hari, kalau boleh, dia nak tahu gadis tu buat apa, statusnya, dan... foto-fotonya. Dengan hijabnya sekarang yeng nampak lebih trendy dan menyerlahkan bentuk mukanya. Alahai...sejuknyalah mata aku tengok dia. Rezeki siapalah agaknya dia...
       Dan Tuhan nak tunjuk agaknya. Terkantoi pula dekat Nisa yang dia ni stalker yang tegar. Atau boleh dikatakan stalker yang setia sebab dia hanya stalk Wilda.
“Bai...”
        Melayang terus bayangan Wilda. Memang Man yang ada dihadapannya sekarang. Terencat sungguh...
        “Dia tak tahu lagi bangunan pejabat Wilda tu satu kawasan dengan ofis kitorang. Kalau dia tahu, kau rasa-rasa meletup tak?”
        “Kau tu layan dia baik sangat. Romantik tak bertempat. Kalau tak suka, tak payah bagi dia harapan”
        Aku? Bagi harapan? Bila masa bro...
        “Aku anggap dia macam kawan baik aku. Mana aku sangka dia ada hati kat aku” ok, aku tipu. Aku boleh agak sebenarnya...
        “Sekarang apa strategi kau?”
        Idzhan meneguk jus di tangan. Sejuknya sudah hilang.
        “Tak ada buat masa sekarang. Tapi aku akan pastikan aku akan pintas mamat tu dari rosakkan Wilda. Aku akan pastikan itu” Idzhan meyakinkan dirinya sendiri.
        “Bagus. Jangan harap mimpi dan berangan semata-mata” Man mengingatkan
        “Hei. I believe that the dreams are the only lies that can be realized.”
        “Mungkin aku akan lebih percaya lepas kau buktikannya” Man terus berlalu ke dapur membawa sekali gelas kosong Idzhan.

ctA Publish time 28-10-2010 09:04 PM

Post Last Edit by ctA at 28-10-2010 21:06

*********
      “Macam mana kau boleh dapat A dalam Fizik padahal soalan sesenang tu pun kau tak boleh buat?” Idzhan duduk di sebelah Wilda semasa gadis itu berseorangan di perhentian bas.
      Dari tadi dari tempat parkir motosikal, dia sudah nampak Wilda yang sedang menunggu. Sengaja dia duduk di motosikalnya untuk memerhati gelagat Wilda. Sekejap-sekejap, dia membaca buku di tangan, sekejap-sekejap dia melihat jam tangannya. Tak lama selepas tu pula, dia bersandar pada tiang pondok menunggu bas sambil memandang kereta yang lalu lalang. Bosan sangatlah tu gamaknya. Tak tahan melihat gelagat wilda yang beraksi sama sehingga setengah jam lamanya, dia menghidupkan motosikalnya dan berhenti betul-betul di hadapan Wilda.
      Masa itu, pipi Wilda dah memerah. Comelnyalah gadis sebelah aku ni.
      “Otak aku bukan otak Einstein.” Dia tahu Wilda geram.
      “Mungkin otak aku lah yang otak Einstein agaknya” Idzhan cuba membakar. Payah sangat ke aku nak cakap aku ni sebenarnya dah lama ada hati kat kau Wida.
      “Mungkin” Wilda malas melayan. Baru tadi rasa Idzhan macam penyelamat, sekarang rasa macam Idzhan tengah bakar sate. Terbakar terus hatinya.
      “Kalau kau belajar dengan aku mungkin kau boleh jadi macam aku?” Idzhan menduga.
      Ya Allah, pandai sangat ke kau ni? Tangki riak sangat ni kenapa? Tempat duduknya dah mula panas. Idzhan yang duduk di sebelahnya tidak langsung di pandang. Sepatah perkataan yang keluar dari mulut pemuda itu menyapa telinganya, dia menjawab sambil mata tak lepas dari memandang jalan.
      “Kau ingat kau seorang je ke yang boleh selesaikan soalan macam tu. “
      “Kesnya bukan aku yang dapat selesaikan atau tak, tapi, kau yang tak dapat selesaikan. Kau kena cari mentor yang baik. Baik kau buktikan yang keputusan kau tahun lepas adalah A yang bermaruah” Idzhan sengih.
      Kacak pula mamat ni tiba-tiba. Kenapa aku tak perasan? Kenapalah aku asyik ikut belakang Iffan tu. Orang cakap, kalau lelaki tu sakitkan hati kita, maknanya...
Suasana sunyi mengambil tempat. Dua-dua membisukan diri. Lama pulak tu. Si teruna sibuk membelek-belek kunci motor di tangan apabila gurauannya tadi tidak sedikitpun mendapat reaksi si gadis. Si gadis pula, mata masih lagi memerhatikan suasana jalan raya. Mungkin lebih baik dari menatap wajah si teruna yang mendebarkan zat-zat jiwa.
      “Adik!” Idzhan petik jari. “Kau tengok apa?” Pandangan mata Idzhan memanah terus dalam matanya. Pap! Jatuh ke hati terus. Tak sempat hendak disambut.
      Baliklah cepat... Gelisah dia bertambah parah.
      “Ada orang cakap, kau suka Iffan.”
      Hah?
      “Standard lah tu. Stok yang satu sekolah nak tempah kalau boleh. Ada rupa, ada gaya, pandai pulak belajar, kira oklah kan kalau nak buat idola...” Apa hal lah pulak aku melalut sampai ke situ ni... Idzhan garu kepala.
      “Mana ada...” sikit-sikitlah... tapi sekarang tiba-tiba hati aku dah lain ni... Kalau tak, tak adanya aku blushing macam ni. Hati Wilda merintih. Tiba-tiba tau. Kau ada jawapan tak?
“Eh, kau balik dengan apa ni? Nak aku hantar?” pandangannya dihalakan ke langit. Matahari petang sudah terlindung di sebalik awan. Gelap.
         Dialog nak tolong hantarkan Wilda balik tu, memang dia tak rancang. Memang ikhlas nak tengok Wilda sampai rumah dengan selamat daripada dia tinggalkan Wilda seorang diri di sini semata-mata nak elakkandiri dia sendiri dan motornya kebasahan.
         “Tak apa... aku tunggu bas saja. Sekejap lagi datang kot. Kau baliklah dulu. Aku okay, dah selalu macam ni.” Wilda mula gelisah namun di hadapan Idzhan dia cuba berlagak biasa. Memanggelap. Dah lama tidak hujan di waktu petang. Tiba-tiba hari ini mendungnya lain macam. Kala itu, dia berharap bas segera sampai. Takut keseorangan pada waktu begini, apatah lagi dalam hujan. Pasti umi risau. Getus hatinya.
         “Tak apa kalau tak naik motor dengan aku...” Bukan muhrim Idzhan... entah dari mana suara itu datang. “Aku boleh temankan kau di sini saja” Idzhan menawarkan diri, ikhlas.
         “Eh, tak apa! Kau baliklah dulu. Menyusahkan kau nanti” Haish.. lain pula yang keluar dari mulut ni.
         “La, tak apalah. Tak tergamak aku nak tinggalkan kau seorang di sini. Tengok, semua orang dah balik. Jalan pun dah lengang. Lain kali balik rumah cepat ya cik Adik,jangan bersidai di sekolah lama-lama. ” sengaja ditekan perkataan adik itu.            
      “Pandainya tak juga” kali ini nadanya lebih perlahan. Malangnya, Wilda tetap dengar. Berdesing telinganya.
      “Ok, tak perlu perli-perli aku macam tu. Kau baliklah dulu, It’s okay” Memang dia tidak ikhlas tuturkan itu. Dan dia tahu Idzhan tahu.
      “Kalau kau tak sudi tak apa. Anggap sahaja aku ni stranger yang sedang tunggu bas jugak” Idzhan langsung menyarung helmet ke kepala.
      “Dengan helmet kat kepala tu?”
         Ketawa...

fazss Publish time 29-10-2010 09:20 AM

iffan bertumbuk ngan izhan ker??:dizzy:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: CINTA BEE dan DAISY [U]


ADVERTISEMENT