CARI-MAL Publish time 16-11-2022 08:49 PM

Rasa Tak Adil Pada Keluarga 35 Tahun Kerja Tak Henti, Aamir Khan Akhirnya Cuti Panjang

Bintang Bollywood, Aamir Khan baru baru ini hadir dalam sebuah acara yang dianjurkan oleh salah seorang teman baiknya, di Delhi, India.


Dalam acara yang dihadirinya itu, Aamir berkongsi mengenai karier dan perancangan masa depannya.


Salah satunya, pesohor itu mengatakan akan mengambil cuti panjang dari dunia seni.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/16/204833lt5rjsibueobk5jo.jpgFoto: The Economic Times




“Apabila saya bekerja sebagai pelakon filem, saya terlepas banyak perkara dalam hidup saya.


“Sepatutnya saya akan terbabit dengan sebuah karya selepas filem Laal Singh Chaddha selesai.


“Tajuknya Champions. Skrip sangat menarik dan ia sebuah naskhah yang baik. Tapi saya memutuskan untuk berehat.


“Saya mahu menghabiskan masa bersama ibu, keluarga dan anak anak saya,” ujar Aamir Khan seperti dilaporkan Hindustan Times.


Meski demikian, Aamir mengatakan syarikat miliknya, Aamir Khan Productions akan bekerjasama dengan Sony Pictures International Productions, India, dan 200NotOut Productions selaku penerbit filem Champions.


Menyambung bicara tentang rencana ‘percutiannya’, Aamir mengaku ia akan menjadi rehat pertamanya selepas 35 tahun bekerja tanpa henti.


“Saya rasa telah bekerja tanpa henti selama 35 tahun dan hanya memberi fokus terhadap kerja selama ini.


“Saya rasa sikap ini tidak adil untuk orang terdekat saya. Jadi kali ini saya mahu menghabiskan masa bersama mereka dan melalui pengalaman hidup yang berbeza.


“Saya tidak sabar menanti tahun, terutama apabila mengingatkan diri tidak akan bekerja sebagai pelaaku seni selama setengah tahun,” tambahnya lagi.


Sementara itu, untuk tahun ini, wajah bintang berusia 57 tahun itu akan kelihatan sebagai cameo menerusi filam lakonan Kajol, Salaam Venky yang dijadualkan tayang bulan depan.




Sumber: Gempak






Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

naina Publish time 16-11-2022 10:29 PM

Sapa isteri dia? Bukan ke dia dulu bercinta dengan Kareena Kapoor?

putericahaya999 Publish time 16-11-2022 10:34 PM

Masalah nya tak byk produk pum

mamajawie Publish time 17-11-2022 10:16 AM

dia pun bercerai dengan ex dulu & kawen kali kedua..

KamikuP Publish time 17-11-2022 12:33 PM

Oklah Haji AAmir, selamat berehat tapi knp takde satu filem pun bergandingan ngan SRK ek?

KikiHadid Publish time 22-11-2022 01:33 PM

Bukan meolls penah terbaca pokcik ni cakap dh serik nk bekerjasama ngan acik kajol ke

pet_ayut Publish time 22-11-2022 02:31 PM

Hari tu baru tertengok scene die kiss si kerek Kareena Kapoor tu..Menyampah tengokkk.. Kenot believe my eyes..daring eh cerita Hindustan sekarang

putericahaya999 Publish time 28-11-2022 10:39 AM

KamikuP replied at 17-11-2022 12:33 PM
Oklah Haji AAmir, selamat berehat tapi knp takde satu filem pun bergandingan ngan SRK ek?

Srk ada jd cameo dlm latest movie
Pages: [1]
View full version: Rasa Tak Adil Pada Keluarga 35 Tahun Kerja Tak Henti, Aamir Khan Akhirnya Cuti Panjang


ADVERTISEMENT