Raline Publish time 16-11-2022 01:23 PM

Nak Buktikan Tak Hamil, BCL ‘Up’ Video Pakai ‘Sports Bra’

“Sanggup Dedah Aurat Demi Netizen..” – Nak Buktikan Tak Hamil, BCL ‘Up’ Video Pakai ‘Sports Bra’

https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/11/16101330/Image-2022-11-16T101213.377m.png

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana memiliki perut buncit, hingga dituduh dirinya sedang hamil anak kepada penyanyi, Ariel Noah.

Susulan itu, Bunga atau juga dikenali sebagai BCL berkongsikan satu video di platform TikTok dengan meletakkan kapsyen sarkastik dirinya sedang memakai baju sukan menampakkan bahagian perut.

Sambil memaparkan perut, BCL berkata postur tubuhnya serta sudut kamera menampakkan penyanyi berkenaan mempunyai perut buncit.

Akibat bersifat sarkastik seperti itu, netizen kebanyakkan berasa kurang senang melihat pelantun lagu Ingkar tersebut berpakaian terdedah hanya untuk membuktikan kepada orang ramai susulan isu ‘perut buncit’.

Netizen kebanyakkannya berasa kecewa serta menegur BCL untuk tidak perlu berbuat sedemikian hanya kerana mulut orang ramai.


https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/11/16100645/Screenshot_20221116_094434_com.facebook.katana_edit_147611507372787e.jpg
https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/11/16100649/Screenshot_20221116_094429_com.facebook.katana_edit_147597045292581j.jpg

Bahkan netizen turut mempersoalkan sama ada BCL tidak berasa kasihan terhadap Allahyarham suami apabila berkelakuan dan berpakaian seperti sedemikian.

Sumber:https://beautifulnara.com/sanggup-dedah-aurat-demi-netizen-nak-buktikan-tak-hamil-bcl-up-video-pakai-sports-bra/

epullipan Publish time 16-11-2022 02:05 PM

dia tak kisah pon kalau tgk gaya lepas arwah suami meninggal tu..kalau dia kisah kompom jilbab penuh tu

hidet Publish time 18-11-2022 11:15 AM

epullipan replied at 16-11-2022 02:05 PM
dia tak kisah pon kalau tgk gaya lepas arwah suami meninggal tu..kalau dia kisah kompom jilbab penuh ...

ituleee..kezah pulak acik2 netizen

delia3003 Publish time 18-11-2022 03:12 PM

Badan dia nampak berisi sket je, dah nak masuk 4 series kan
Pages: [1]
View full version: Nak Buktikan Tak Hamil, BCL ‘Up’ Video Pakai ‘Sports Bra’


ADVERTISEMENT