CARI-MAL Publish time 16-11-2022 11:48 AM

Kulit Putih Disangka Hantu, Izubiela Tak Sangka Content Dibocorkan Mangsa Prank

Usahawan dan influencer, Izubiela Zaffmarekan apabila video eksperimen sosial yang dirakamkannya ‘bocor’ sebelum dikongsi sendiri di platform media sosial miliknya.


Izubiela tampil menjelaskan bahawa video di mana dia lakukan untuk melihat reaksi orang ramai dan tujuan prank (gurauan) itu telah dikongsikan terlebih dahulu oleh ‘mangsa’ kepada pengguna TikTok popular (@dyamohamad90) hingga viral dengan tontonan melebihi 830,000.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/16/114700w29ugagi6lleb6t9.jpgIG Izubiela




“Ketika itu, saya sedang merakamkan video prank dengan duduk bersendirian memakai baju gelap di sebuah hentian bas di sekitar Shah Alam.


“Sebenarnya saya tak sangka, ‘mangsa’ bernama Amirul berkongsi video rakamannya sendiri dengan akaun TikTok popular yang sering membincangkan mengenai isu misteri sehingga ia tular di media sosial.


“Sebelum Amirul, ada beberapa mangsa termasuk dua wanita tetapi selepas sahaja prank selesai dirakamkan, krew kami mendekati mereka dan memberitahu ia hanya prank,” katanya.




https://www.instagram.com/p/Ck7vfARgoiy


Lain yang dirancang, video lain pula yang tular, pengasas produk Putih Gebu Izubiela ini tentunya menerima pelbagai komen daripada netizen.


“Saya tak sangka video yang tersebar viral sedangkan video sebenar belum saya kongsikan lagi. Saya tergelak membaca pelbagai komen mengenai rakaman tular terbabit. Ada yang mengatakan saya hantu putih melepak, ada yang mengatakan saya bunian dan macam-macam lagi.


“Sebelum video ini tular, saya juga terkejut rakaman nyanyian ‘suka-suka’ saya meraih perhatian YouTuber antarabangsa terkenal, Nephi yang membuat video reaksi terhadap video terbabit.


“Biarpun saya masih belajar dan baru dalam bidang nyanyian, saya terharu kerana Nephi memuji saya sebagai usahawan yang mempunyai kebolehan menyanyi. Perkara itu saya jadikan suntikan semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.


“Saya pun baru sahaja tampil dengan single Biasa Dia bersama Cat Farish dan pujian terbabit membuatkan saya bersemangat untuk sama-sama memeriahkan industri muzik,” katanya lagi.




202211up_1668570163152


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/16/114705npzdtiecoezem7uu.jpg





Sumber: Murai






Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!



cikatilia Publish time 16-11-2022 12:31 PM

aku xpaham kenapa depa nak putih sgt.
kertas putih pon xputih mcm depa

doubleA Publish time 16-11-2022 12:37 PM

Astaga produk apa ko jual tu? Nak bunuh orang ka. Sapa nak putih macam tu?

esbok Publish time 16-11-2022 01:30 PM

kalau tu hantu, kau takkan terpikir pun dia hantu masa tu

seri_mawr Publish time 16-11-2022 02:09 PM

x cantik putih ruper itu...

Mary_jane Publish time 16-11-2022 02:30 PM

Kumpul lah duit berguni2 untuk dialisis nanti. Salamat po.

Sazreena Publish time 16-11-2022 02:50 PM

Ni putih tak sihat la siot..

prince_marhaen Publish time 16-11-2022 03:01 PM

butohhhhhhhhh....dengan pompuan dyamohamad ngan amirol pun butoohhhhh...kiriman penonton konon.... hujung2 feeling putih melepak...padahal bleach kulit... jual produk merkuri bagai

jihyomelly Publish time 17-11-2022 03:53 PM

bleh la duduk dgn ina senduk putih macam xde darah..apa yg syok sgt ntah nak kata teringin nak jd pelakon tambahan twilight saga tak jugak..edward cullen pun surrender camnih!!!

brunesss Publish time 28-11-2022 04:12 PM

ciri2 orang yang akan meninggal awal due to organ failure, wait and see lah yaa

haifawehbe Publish time 29-11-2022 03:33 AM

lagi syg kulit putih dari buah pinggang sendiri.. :mad:

Markonah_7 Publish time 13-1-2023 05:58 PM

Natey mana yang cakap macam barbie malaysia tu

acik79 Publish time 21-2-2023 02:27 AM

Tak ori putih ni dik… nampak sakit
Pages: [1]
View full version: Kulit Putih Disangka Hantu, Izubiela Tak Sangka Content Dibocorkan Mangsa Prank


ADVERTISEMENT