Raline Publish time 16-11-2022 11:18 AM

Kestabilan politik tambah kekuatan ekonomi

Kestabilan politik tambah kekuatan ekonomi


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1611poll_1668565938.jpg
Foto hiasan NSTP

Kuala Lumpur: Kestabilan politik akan menambahkan lagi kekuatan kepada ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur kepada Malaysia, kata Ketua Ekonomi Global Juwai IQI Shan Saeed.

"Kestabilan politik adalah sebahagian daripada kestabilan makroekonomi dan ia telah tertanam dalam persamaan. Ia mungkin pembolehubah yang paling penting dalam kalkulus makroekonomi."

Ia bukanlah lagi rahsia yang mana pelabur global juga menghargai negara yang memiliki kerajaan stabil dengan rangka kerja dasar yang kukuh, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

"Rakyat mempunyai keyakinan pada kerajaan yang stabil dengan mendapat mandat yang kuat untuk menjalankan ekonomi dan memenuhi jangkaan pihak-pihak berkepentingan bagi memanfaatkan hasil ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup dan tahap pendapatan."

Pembuat dasar yang berpengalaman juga akan menambah nilai kepadanya, kata beliau.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata kerajaan yang stabil sentiasa diutamakan dalam membina keyakinan di semua peringkat.

"Sekiranya ketidaktentuan politik mula menjadi nyata atau berlakunya titik perubahan yang boleh menghalang proses perundangan, kerajaan boleh memulakan "confidence-and-supply agreement" bagi memastikan jentera kerajaan berjalan lancar.

"Ia adalah strategi yang terbukti sepanjang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya.

Vaksinasi kunci kepada penggerak ekonomi

Shan berkata Malaysia telah menunjukkan prestasi yang agak baik dari segi vaksinasi kepada rakyatnya dan ia diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan badan-badan penjagaan kesihatan yang lain.

Beliau berkata pembukaan sempadan oleh kerajaan juga juga adalah langkah bijak memandangkan 98 peratus penduduk telah mendapat vaksin dan Malaysia mendahului jirannya di selatan dan utara.

"Pembukaan sempadan menghantar isyarat positif kepada pasaran bahawa rakyat dan ekonomi Malaysia bersedia untuk perniagaan memulakan momentum ekonomi pada kadar yang lebih pantas bagi mencapai pemulihan ekonomi yang diingini."

Firdaos berkata ekonomi pada tahun ini bersedia untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding tahun lalu.

Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh pada suku ketiga (S3) 2022 setelah mencatatkan pertumbuhan cemerlang kepada 14.2 peratus daripada 8.9 peratus pada S2 dan 5.0 peratus pada S1 hasil daripada pembukaan semula sempadan sejak 1 April, 2022.

Kedudukan yang lebih kukuh untuk S3 2022 disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik, pemulihan kukuh dalam pasaran buruh, eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang teguh serta eksport bukan E&E dan sokongan dasar yang berterusan.

"Bagaimanapun, pertumbuhan KDNK dijangka sederhana pada suku keempat 2022 apabila kesan asas berkurangan manakala risiko penurunan daripada persekitaran luaran semakin ketara. Kami menjangkakan ekonomi Malaysia tahun depan berkembang pada 4.5 peratus," tambahnya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/11/904343/kestabilan-politik-tambah-kekuatan-ekonomi

Pages: [1]
View full version: Kestabilan politik tambah kekuatan ekonomi


ADVERTISEMENT