CARI-MAL Publish time 16-11-2022 08:37 AM

Rutin Orang Sarawak ‘Borong’ Roti Di Semenanjung, Betul Ke Tiada Yang Sedap Di Bumi Kenyalang?

Pernahkah anda terfikir mengapa kedai-kedai serbaneka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pastinya ada rak yang bertimbun dengan pelbagai jenis roti?


Ia ekoran kebergantungan kepada konsep penawaran dan permintaan. Hal ini terbukti dalam satu video tular di TikTok apabila seorang anak jati Sarawak merakam dirinya sedang 'memborong' roti di salah sebuah kedai serbaneka di KLIA.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/16/083527jub4y8b40iwdwkd4.jpgTikTok




Dalam video itu, lelaki berkenaan yang menggunakan nama @Danielchoo dilihat melambakkan roti ke dalam bakul kerana hendak membeli dalam kuantiti yang banyak.


"Rutin orang Sarawak," katanya pada permulaan video.


Roti pertama dipilihnya adalah roti coklat berjenama Gardenia yang diambil sebanyak 20 paket. Kemudian roti berperisa vanila diambil sebanyak lima paket. Sasaran seterusnya adalah roti berperisa 'butterscotch' yang sangat digemari ibu bapanya, namun Daniel seperti tidak dapat menemuinya.


Setelah puas mencari dan tidak ketemu, Daniel menggantikan roti butterscotch dengan roti berintikan sambal ikan bilis sebanyak lima paket.


Daniel juga sempat memeriksa tarikh luput roti berkenaan kerana risau ia mungkin sudah hampir memandangkan roti biasanya tidak boleh disimpan lama sebelum meneruskan pencarian untuk roti berperisa jagung pula.


Selain itu, Daniel memberanikan diri untuk mencuba beberapa roti baharu yang tidak biasa dibelinya dan semuanya diborong tanpa rasa ragu-ragu.


Tiba masa untuk membayar barangan yang diambil di kaunter, skrin monitor juruwang yang tertera logo Malaysia Airports menunjukkan keseluruhan harga roti tersebut adalah RM85.50.


Di penghujung video, Daniel memberitahu penonton yang dia masih belum memaklumkan ibu bapanya tentang kepulangannya ke Bumi Kenyalang dan bercadang untuk membuat kejutan.


Jika dilewati ruangan komen, ternyata video tersebut menimbulkan banyak tanda tanya kepada mereka yang bukan berasal dari Sarawak.


Salah satu komen bertanyakan sama ada roti itu boleh dihabiskan sebelum tibanya tarikh luput. Daniel kemudiannya membuat video balas khusus untuk soalan itu.


"Jangan dicabar orang-orang Sarawak ini. My family ada dalam enam orang.


"Semua anak buah saya boleh tolong habiskan. Kalau benda itu expired pun, my mom biasa akan cakap baru semalam, jadi boleh makan," katanya.




202211up_1668559007119


Video itu memberikan lebih banyak persoalan berbanding jawapan kepada warga maya. Beberapa warga maya tertanya-tanya adakah roti Gardenia tidak terdapat di Sarawak hingga diborong seperti itu.


Justeru, terdapat beberapa netizen yang tampil memberikan jawapan berdasarkan pengalaman mereka.


"Ada, tapi syarikat lain, harga lain, taste pun lain.


"Ada (roti Gardenia), tetapi certain mall je yang ada, and mahal gila! Roti yang harga RM0.90 atau RM1 boleh jadi beberapa ringgit lebih.


"Roti yang ada dekat Sarawak usually brand yang tak dikenali. Roti mereka pun kering dan tak sesedap Gardenia.


"Roti berjenama Massimo ada tetapi Gardenia tetap juga jadi pilihan hati.


"KLIA memang sediakan roti itu khas untuk orang Sabah dan Sarawak," kata sebahagian warga maya memberikan penerangan.




Sumber: mStar






Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

salimrock Publish time 16-11-2022 08:55 AM

hehe, itu la dulu 2005-2006 aku pelik tgk orang east malaysia borong roti gardenia, aku tanya la auntie aku mmg diorang mcm tu, kalo nak flight ke east malaysia diorang borong...

tak lama lepas tu, klia / klia2 dah penuh kan kedai2 diorang dgn roti gardenia...

diorang tak cakap roti kt sana tak sedap, cuma cakap gardenia ni sedap :lol:

manehnya Publish time 16-11-2022 09:34 AM

tah la , masa aku study kt kuching dulu2 back in 2000, mak aku pos roti gardenia putih dlm kotak.. dapp emmm

CiliPadiSedap Publish time 16-11-2022 09:54 AM

dia mcm milo indon dan milo malaysia, milo indon rasa koko lebih, milo malaysia rasa manis berlemak semanis payslip jusa c minus

CiliPadiSedap Publish time 16-11-2022 09:55 AM

sebab tu masa nak hari raya pulang lebaran zoom je kt ketiak indon confirm ada milo kepit. especially yang naik terminal feri.seronok betul mereka kepit celah ketiak. sampai indon dah rasa lain:lol:

Beribear Publish time 16-11-2022 10:24 AM

Pernah beli roti kat sabah, susah jumpa gardenia. Ada pon mcm tak fresh tau sbb bila makan rasa lain. Beli brand lain pon mmg tak sesedap roti kat semenanjung

fofuler Publish time 16-11-2022 11:11 AM

Betul kot sebab kawan aku ikut laki dia balik kampung area sabah sana, dia claim tak ada gardenia jadi beli lah roti brand apa benda ntah, confirm brand tu takde jual kat semenanjung

fofuler Publish time 16-11-2022 11:13 AM

Siapa nak menang pilihanraya boleh cuba buat manifesto buka kilang gardenia dekat borneo, mungkin boleh jadi catalyst orang undi dia?

abangadek Publish time 16-11-2022 11:21 AM

Gardenia takda kt borneo.. masa study sana dulu pn kwn2 angkut roti Gardenia sini banyak2.. i koserlah nk beli roti2 ni sbb lebih suka makan nasik

bunnyj3lly Publish time 16-11-2022 11:54 AM

fofuler replied at 16-11-2022 11:13 AM
Siapa nak menang pilihanraya boleh cuba buat manifesto buka kilang gardenia dekat borneo, mungkin bo ...

Mampuih hidup balik dorg tak bagi. Haha. Lainlah ada share dengan govt Sarawak.

green~tea Publish time 16-11-2022 11:57 AM

mmg pun aku tengok orang duk borong roti berbakul2... gardenia ni ada je jual kat sabah sarawak tp kedai2 tertentu and mahal...

aku suka makan kat sugarbun ... eh tiber

gideoncross Publish time 16-11-2022 12:17 PM

Kat Miri ada je Gardenia yg sdap mcm Twiggies tu, kat Brunei sini Gardenia yg pling boring.

gideoncross Publish time 16-11-2022 12:17 PM

green~tea replied at 16-11-2022 11:57 AM
mmg pun aku tengok orang duk borong roti berbakul2... gardenia ni ada je jual kat sabah sarawak tp k ...

Kat Parkson Miri yg Everrise tu ada Gardenia yg sdap mcm Twiggies.

AkokKocik Publish time 16-11-2022 03:19 PM

Edited by AkokKocik at 16-11-2022 03:20 PM

Geli hatiku baca ayat... "KLIA memang sediakan roti itu khas untuk orang Sabah dan Sarawak"..org smnanjung jangan mbik tau...;P;P;P;P;P

None68 Publish time 16-11-2022 03:27 PM

Sarawak mmg xde roti gardenia sbb kerajaan nak lindung peniaga/pengusaha kecik2...gardenia brunei ada je tp harga kayanganlah

HabukBesi Publish time 16-11-2022 03:51 PM

barang rare kt sana :lol: :lol: :lol:

miamiot Publish time 16-11-2022 04:01 PM

Adik ipar iols org Swk pun ckp , roti sana rasa Sabah Swk x mcm rasa roti gardenia sedap sgt ... Iols pun x fhm apa maksud roti Sabah Swk mgkn rasa lokal kut , homemade bkn rasa mass production punya roti mcm2 flavor ada

Lagubestbest Publish time 16-11-2022 04:07 PM

abangadek replied at 16-11-2022 11:21 AM
Gardenia takda kt borneo.. masa study sana dulu pn kwn2 angkut roti Gardenia sini banyak2.. i koserl ...

Ada kisah dia. Founder dia matsaleh dan cinasabah bukak kilang jual roti gardenia kat borneo dan Singapore. Lama niaga.. tup2 muncul syarikat lain yang takde kaitan jual roti atas jenama dan logo sama kat semenanjung. Lama2 yang semenanjung ni update resepi jadi lagi gebu lagi sedap masuk iklan bagai. Tapi gardenia belah borneo tu so-so je kemudian jual air tin plak macam2 la, pengakhiran matsaleh tu mati kat usa dan cinasabah tu rumah kena pecah masuk lakibini kena bunuh. Agaknya lepas tu lingkup la kot gardenia sabah/sarawak.

Login_ID Publish time 16-11-2022 04:27 PM

Orange dah bawa roti gardenia ni ke sabah,
cuma harga kayangan la
klu kat klia dapat rm1.20, sampai sini rm2.40.

klu nak rasa-rasa, sekali sekala bolehlaaa

amyza Publish time 18-11-2022 05:15 PM

Haha...baru je hantar member balik sabah. I tukang cari kotak nak isi roti, borong dekat lotus rm200 roti je. Pegi pasar borong mata kucing,dokong jugak. Tapi member tu kalau turun kl dia akan kasi i limau bali,maniss betul pastu belacan papar dgn kuih cincin :lol:
Pages: [1] 2 3
View full version: Rutin Orang Sarawak ‘Borong’ Roti Di Semenanjung, Betul Ke Tiada Yang Sedap Di Bumi Kenyalang?


ADVERTISEMENT