Raline Publish time 16-11-2022 12:45 AM

Piala Malaysia: JDT hanya menang tipis ke atas Sabah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/arif-aiman.jpg
ARIF Aiman muncul wira JDT apabila meledak gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Sabah sebentar tadi. - JDT

Piala Malaysia: JDT hanya menang tipis ke atas Sabah

KUALA LUMPUR – Kecemerlangan penjaga gol Sabah, Damien Lim berjaya menafikan hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa bekalan lebih selesa apabila juara Liga Super itu hanya mampu menang 1-0 pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Paling terkesan pastinya penjaring gol terbanyak Liga Super, Bergson Da Silva yang gagal menyempurnakan penalti, namun Harimau Selatan jelas bernasib baik untuk memperoleh gol tunggal menerusi bintang muda sensasinya, Arif Aiman Hanapi.

Terdahulu, masalah kecederaan pemain The Rhinos bertambah parah apabila kehilangan pertahanan berpengalaman, Rizal Ghazali seawal minit ke-16.

Bagaimanapun, Park Tae-su sepatutnya mampu meletakkan Sabah di depan berselang dua minit selepas itu tetapi tandukannya sekadar singgah di palang gol pihak lawan.

Selang empat minit kemudian, Bergson ceria buat seketika sebelum jaringan yang dilakukannya dibatalkan kerana terlebih dulu dikesan berada dalam kedudukan offside.

Walaupun sering menjadi perhatian utama kerana mempamerkan aksi cemerlang, kekebalan Damien akhirnya lebur pada minit ke34 apabila gagal membaca dengan lebih baik rembatan dilakukan Arif Aiman dari luar kotak penalti.

Damien kembali cemerlang dan kali ini berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Bergson pada minit ke-58, sekali gus menghadirkan semangat tambahan buat Sabah untuk memburu gol penyamaan.

Memasuki minit ke-73, situasi bertambah perit buat JDT apabila pertahanannya, Feroz Baharudin diarah meninggalkan padang selepas mengutip dua kad kuning dan kelebihan itu menyaksikan Sabah semakin garang mengatur asakan.

Bagaimanapun, tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dan aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad ini bakal menjadi penentu kemaraan ke pentas final Piala Malaysia musim ini. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11/15/piala-malaysia-jdt-hanya-menang-tipis-ke-atas-sabah/

HabukBesi Publish time 16-11-2022 09:12 AM

JDT bermain dengan 10 orang pon masih belum ada pasukan Liga M dapat tewaskan JDT :laugh3:. Amri terlalu beremosi :lol::lol:
Pages: [1]
View full version: Piala Malaysia: JDT hanya menang tipis ke atas Sabah


ADVERTISEMENT