chewan Publish time 26-10-2010 06:35 PM

Remaja genius matematik pecah rekod kuiz televisyen

Remaja genius matematik pecah rekod kuiz televisyenhttp://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1026/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg
GAMBAR menunjukkan Jack Hurst (kiri) menentang Jonathan Welti pada kuiz Countdown di stesen televisyen Channel 4 di Manchester pada Jumaat lalu.


MANCHESTER - Seorang remaja genius matematik, Jack Hurst memecah rekod tertinggi program kuiz menduga akal, Countdownt yang disiarkan di sebuah televisyen Britain pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan pelajar Universiti Cambridge berusia 18 tahun dari Desford, Leicestershire itu memperoleh markah terkumpul 946 mata iaitu yang tertinggi sepanjang 28 tahun program berkenaan disiarkan oleh stesen televisyen Channel 4 selepas seminggu dia menyertainya.

"Dia telah menonton program itu selama tujuh tahun dan berlatih di laman web Countdown. Justeru, kami tahu dia akan berjaya," kata abangnya, Josh, 22.

Kuiz itu memerlukan peserta mencipta perkataan daripada huruf yang dipilih.

Hurst menewaskan saintis penyelidikan Jonathan Welti dengan memberikan jawapan potatoes, petunias and idolise.

Pada bulan depan, Hurst akan memasuki pusingan akhir kuiz itu bersama tujuh peserta lain yang memperoleh markah tertinggi sepanjang tahun ini untuk merebut hadiah utama yang merupakan satu set 29 buah kamus bersalut emas.
Rekod sebelum ini dibuat oleh pelajar ekonomi Universiti Warwick, Andrew Hulme pada Julai, 2009 dengan markah cuma 930 mata.
- Agensi

sumber kosmo online :P

fuhhhhh 7 tahun berlatih {:1_152:}

dauswq Publish time 26-10-2010 07:03 PM

Reply 1# chewan

kluler adik saffiyah gunakn kebolehanan matematiknya tuk program camni
kan bagus:(

die pun pelajar cambridge university gak kehnn....


laki ni mmg mengigatkn aku pd adik saffiyah :D

chewan Publish time 26-10-2010 07:07 PM

Reply 2# dauswq


    kita kena rujuk balik background study dia...dua implikasi berbeza bila blaja kerana minat @ kena paksa oleh parent...berjaya mungkin kedua dua..tp keikhlasan blum tentu :'(

IRZeeBuk Publish time 26-10-2010 07:45 PM

si adi putra takmo join program nih ke

martiena Publish time 26-10-2010 08:34 PM

aku pun teringat kt suffiah....
hilang la sudah genius kita....
sibuk berniaga....

pinklollipop Publish time 26-10-2010 10:23 PM

I wish Sufiah Yusof can enter this quiz during her majestic years....:loveliness:

AuReusium Publish time 28-10-2010 09:33 PM

aku pun teringat kt suffiah....
hilang la sudah genius kita....
sibuk berniaga....
martiena Post at 26-10-2010 20:34 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    bukankah adi putra lagi genius.. so harapan kita masih ada.... :$

Cruz_Hateluv Publish time 3-11-2010 12:26 PM

bestnyer jd genius ni

AdiJagat Publish time 23-12-2010 02:03 PM

si adi putra takmo join program nih ke
IRZeeBuk Post at 26-10-2010 19:45 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    aku boleh tak join?

IRZeeBuk Publish time 24-12-2010 02:14 PM

Reply 9# AdiJagat

stakat name adi je yg sama... putuihhhhhhhhhhhhh {:3_92:}
Pages: [1]
View full version: Remaja genius matematik pecah rekod kuiz televisyen


ADVERTISEMENT