mama_jahat Publish time 26-10-2010 02:10 PM

ayah..

TAJUKCERPEN : AYAH
Seluruhkampung gempar. Seisi penghuni kampung heboh bergendang riuh menyampaikanberita yang paling hangat ini. Lebih hangat daripada berita Mail mengahwiniadik kepada jandanya, bahkan lagi menyengat daripada kisah sensasi Janda Melahyang ditangkap basah dengan seorang pekerja Bangla di hujung kampung. Sejakdari semalam kisah ini tersebar, mulut-mulut orang kampung masih mencicit tidakhenti-henti. Adayang menggeleng-geleng kesal tatkala berita ini mencecah cupingnya, bahkantidak kurang juga yang mengherotkan mulut tanda benci dan meluat dengan beritayang sampai di pendengaran mereka. Dansejak dari semalam, tajuk utama yang menari daripada bibir ke bibir orang kampungadalah : IMAM HASSAN DITANGKAP BERSAMA RATUSAN KEPING VCD PORNO DALAM DAN LUARNEGARA. Dan aku sebagai seorang anaknya yang hanya tinggal berdua dengannyasejak kematian ibuku sedekad yang lalu bermati-matian mengatakan cerita inipaling mengarut dan tidak berasas. Hujah pertama aku adalah, kerana ayahkuadalah seorang Imam, seorang Imam yang sentiasa meletakkan Allah di tempat yangpertama di dalam setiap perlakuannya, dan hujah yang paling kental ialah,sepanjang 25 tahun
aku menghuni duniaini, aku tidak pernah melihat ayah melakukan sesuatu yang berada di luar nilai-nilaikemanusiaan dan agama. Mana mungkin ayah akan tergamak untuk melakukan perkarakeji sedemikian. Tetapi sejak berita penangkapan ayah menikam gegendangtelingaku, hatiku bagaikan tersentap, dicarik oleh seribu satu persoalan yangmenyerbu ke benak. Akal warasku cubamerungkai kesahihan cerita yang sudah tersebar bagaikan ditiup angin taufanitu. Tetapi bukankah ratusan VCD porno yang terselit di dalam bilik Ayah ketikapihak polis menggeledah rumah kami sudah menjadi bukti nyata untuk mendakwa ayah?.Pada malam penangkapan ayah itu, ayah bersendirian di rumah kerana akumendatangi rumah sahabatku di atas urusan peribadi, jadi aku tidak dapatmenggagak bagaimanakah reaksi ayah tatkala tangannya yang tidak pernah lekangmenggentel biji tasbih akhirnya digari umpama seorang penjenayah.
Setelahhampir seminggu ayah menghuni lokap, ayah pulang ditemani Leman, seorang pemudayang agak tampan merangkap buah hatiku sejak 2 tahun yang lalu. Lemanlah yangsenang hati menawarkan bantuan ikhlasnya untuk membayar wang ikat jamin danmenguruskan pembebasan ayah setelah aku memaklumkan kepadanya beritapenangkapan ayah,walaupun sudah dua kali pinangannya sebelum ini ditolakmentah-mentah oleh ayah yang mengganggap Leman tidak cocok untuk menjadisuamiku. Di sebalik keriuhan mulut orang kampung menjaja isu ini, hanya Lemanseorang yang hadir menghulurkan tangan, dan semestinya aku tersangat banggamempunyai buah hati sepertinya. “Ayahmalu” itulah ayat pertama yang tersembul dari celahan bibir ayah setelahseminggu
aku tidak mendengar suaranya.Riak wajahnya yang sugul menggambarkan kegundahan hatinya yang diuji dengandugaan maha hebat ini. Aku kehilangan kata-kata. Segala soalan yang
sebelum ini tidak sabar untuk aku luahkanketika menanti kepulangan ayah sudah terbang entah kemana. “Ayah tak buat perkara gila tu, ayah tak tahu siapa yang mendajalkan ayah,,sekarang macam mana ayah nak berdepan dengan orang kampung? ayah malu..” ayahmeluahkan perasaan yang menyesak di dalam hati. Bola matanya sedikit berkaca.
Leman yang berada disebelahnya hanya mampumengurut lembut bahu ayah, cubamenenangkan kegelisahan ayah, walaupun aku tahu urutan lembut itu tidaksedikitpun memberikan ketenangan kepada ayah saat itu. Sebelum ini, ayah sangattidak berkenan dengan Leman, Kata ayah, Leman tidak mampu menjadi seorang suamiyang baik untuk aku, dan sewaktu pinangan Leman ditolak oleh ayah,
aku hanya mampu diam tanpa sebarang katawalaupun jauh di sudut hatiku aku ingin memberontak dengan sikap ayah yangmenghalang perhubungan kami berdua. Dan hari ini, disebalik kesedihan akudengan dugaan yang menimpa ayah, namun aku berasa lega keranasekurang-kurangnya ayah sudah membenarkan Leman memegang bahunya dan aku dapatmerasakan ini adalah satu petanda yang baik buat aku dan Leman.Semingguberlalu. Sesungguhnya aku dapat merasakan inilah dugaan yang paling hebatpernah singgah dalam hidup ayah. Sejak penangkapan ayah berlaku, pendudukkampung sudah menjatuhkan hukuman kepada ayah walaupun kes ayah masih di dalamsiasatan. Ayah sudah dipulaukan oleh seluruh penduduk kampung yang sebelum inisangat menggagumi ilmu agama yang dimiliki oleh ayah. Ayah tidak dibenarkanmenjadi Imam mereka lagi, dengan alasan mereka tidak sanggup untuk berimamkanseorang yang Fasik. Ceramah agama yang sebelum ini disyarahkan oleh ayah setiapmalam Rabu sudah tidak laku lagi. Dan sejak kejadian itu juga, budak-budak yangsebelum ini tidak pernah lupa untuk mendatangi rumahku setiap hari untukbelajar mengaji juga sudah hilang entah kemana. Pada mulanya, ayah masih tidaksegan untuk ke surau, ayah sanggup memekakkan telinga dengan sindiran dantohmahan yang menyapa telinganya, ayah masih ingin menunaikan tanggunggjawabnyayang sebelum ini sudah berpuluh-puluh tahun terbeban dipundaknya, namun selepasseminggu merasa kepedasan sindiran jemaah surau dan sikap mereka yangseolah-olah ingin memusuhi ayah, akhirnya ayah
akur dengan kehendak mereka yang sudah ingin membuang ayah. Kini,ayahhanya mampu mengajak aku menemaninya bersolat di rumah. Ayah seperti tidaksanggup untuk berhadapan dengan cemuhan demi cemuhan yang begitu menyakitkanperasaan walaupun rasa rindu ayah kepada surau yang menjadi rumah keduanyaselama ini tidak pernah surut. Dansehingga kini, hanya Leman yang tidak jemu-jemu menunjukkan muka memberikansokongan kepada ayah. Aku lihat hubungan mereka bertambah baik. Setiap petangLeman akan singgah di rumahku untuk mengajak ayah berborak. Aku juga dapatmerasakan ayah sudah semakin menyenangi Leman. Dan aku juga mengharapkan semogaayah juga akan menyenangi perhubungan aku dan Leman. Padasuatu malam, seusai kami bersolat berjemaah. Ayah memanggilku ke ruang tamu.Aku yang baru sahaja duduk di meja jahitan bingkas bangun mendekati ayah. Akumenatap wajah tuanya dengan seribu persoalan yang bermain di benak.“Ira, ayah dah fikir panjang. Ayah nak kahwinkan kau dengan Leman.” Aku terpanaseketika menerima perkhabaran yang kukira agak mengejutkan.
Perasaan gembira mula menyeliputi hatiku,namun satu persoalan bergayut di mindaku, kenapa sebegini cepat ayah berubahfikiran?, namun aku mendiamkan diri, menanti ayah menyambung katanya.“Ayah rasa Leman boleh menjaga kau. Lagipun ayah dah tua, esok lusa ayah akantinggalkan dunia ni. Harap-harap Leman boleh menjaga kau kalau ayah dah tiadananti.”Rasasebak mula menggigit tangkai hati. Aku tidak sanggup untuk kehilangan ayah.Badannya yang kelihatan agak kurus kupandang dengan pandangan sayu. Sejakditimpa musibah ini, aku lihat kesihatan ayah mula merosot. Kudrat tuanyaseolah-olah tidak mampu untuk menanggung segala dugaan yang tertakdir untukayah. Segala cemuhan orang kampung yang memanggi ayah sebagai Tok Imam GilaSeks merenggut pergi segala ketabahan ayah yang sebelum ini selaludipertahankan olehnya. Sering kali aku melihat ayah mengesat airmata seusaikami solat berjemaah dan aku tahu airmata itu tanda kelelahan ayah
dengan semua yang berlaku.

mama_jahat Publish time 26-10-2010 02:12 PM

Perkahwinan antara aku dan Leman dilansungkan sebulan kemudian dengan upacara yang paling ringkas. Ayah sendiri yang menikahkan kami dan aku yang berada di sudut masjid hanya mampu memandang dengan pandangan sayu tatkala suara ayah bergetar ketika membacakan doa memohon kesejahteraan perkahwinan yang baru terbina ini. Dan, genap dua bulan aku melayari hidup sebagai seorang isteri kepada suami yang kusayangi,aku menerima tamparan lagi. Ayah pergi meninggalkan kami. Ayah pergi membawa bersama semua palitan noda yang tidak sempat untuk dibersihkan. Aku hanya mampu terpaku tatkala melihat jasad ayah yang sudah terbujur kaku namun kuntum senyum yang menghiasi bibir pucatnya memberikan aku sedikit ketenangan dalam menghadapi pemergian ayah yang mendadak itu.
Aku meneruskan hidup seperti biasa walaupun bayangan ayah sentiasa menghiasi benakku. Aku sebenarnya terkilan kerana ayah pergi bersama cemuhan orang kampung yang masih bertebaran. Pada hari kematian ayah, hanya beberapa kerat penduduk yang datang untuk menguruskan jenazah ayah, sedangkan yang lain mungkin sudah jijik untuk menyentuh jenazah ayah apatah lagi mengalunkan Alfatihah buat bekalan ayah bertemu Allah. Kini sudah 4 bulan ayah sudah meninggalkan aku. Nasibku bertuah kerana memiliki Leman sebagai seorang suami. Dia tidak pernah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik untukku. Dan pada suatu petang ketika aku menikmati kedamaian angin yang berpuput menyapa pipiku, aku didatangi seorang kenalan Leman. Dia nampak agak terburu-buru dan sangat mengah.
“ Ira.. Leman ditahan polis. Kes mengedar VCD lucah..” lelaki itu meluahkan bicaradalam kesemputan. Aku lihat dadanya berombak turun naik.
Aku hanya mampu tersentak. Semua persoalan yang tidak pernah diduga kini mula berpusing-pusing menyerang benakku. Terngiang-ngiang bicara orang kampung sewaktu ayahku ditangkap sedikit waktu dahulu. Kini Leman pula. Persoalan semakin membiak di dalam benakku. Aku tidak senang duduk, lantas aku bingkas bangun. Persoalan ini memerlukan jawapan segera.
Kini aku sedang menghadap suamiku yang kelihatan agak sugul bertemankan seorang anggota polis yang mungkin dapat menelinga setiap bait kata yang meluncur daripada bibir kami. Wajah Leman kupandang, mengharapkan penjelasan yang mampu membuatkan hatiku menjadi sedikit tenang.
“Abang mengaku, Abang salah.”
“ Pasal kes ayah dulu? Abang yang buat juga?” Aku meluahkan persoalan yang sebelum ini bergayutan di mindaku. Mataku menatap bola matanya. Tepat dan tajam.
Seminit berlalu, Dan Leman hanya menggangguk pendek.
“ Kenapa?” Aku bertanya sepatah, menahan sebak yang hampir memecahkan dadaku.
“ Sebab abang dendam kat ayah kerana menolakabang. Abang nak dia tahu macam mana rasa dipulaukan dan dihina oleh orang ramai. Dan abang ambil kesempatan atas kejadian itu untuk berbuat baik pada ayah, demi mendapatkan Ira.”
Pandanganku berpinar. Hayunan tanganku keras menerjah pipi lelaki itu. Aku keluar dengan pandangan yang semakin kabur diselaputi airmata yang lebat menuruni kedua pipiku. Aku berjalan pulang ditemani wajah sayu ayah. Ngongoiku semakin parah.

qimi08 Publish time 26-10-2010 02:14 PM

Sambunga lagi

mama_jahat Publish time 26-10-2010 02:21 PM

dah habis dah,,,,, mcm tergantung ke??

Adilla Publish time 26-10-2010 02:29 PM

isi yang terisi, penuh yg tersirat, ringkas dan tepat.

mama_jahat Publish time 26-10-2010 02:31 PM

hehe thanks. saya budak baru jer belajar,,

qimi08 Publish time 26-10-2010 02:53 PM

dah habis dah,,,,, mcm tergantung ke??
mama_jahat Post at 26-10-2010 14:21 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Kalau blh sambung sikit apa jadi pada ira
selepas ini......

izwani Publish time 26-10-2010 02:58 PM

best ceritanya..{:1_149:}
sampai tak sedar cerita dah habis...

bb_75 Publish time 26-10-2010 03:03 PM

dah abis dah??apa-apa pun cite ni memang best....tapi ringkas dan padat...

mama_jahat Publish time 26-10-2010 03:04 PM

memang sengaja buat tergantung mcm tu. supaya korang pikirkan sendiri apa yang jadi kat ira lepas tu,,,

cmf_blingblings Publish time 26-10-2010 03:17 PM

Bagus cerita di atas ni, tahniah TT/penulis, isu yg sedang hangat diperkatakan umum..T/kasih

liyanur Publish time 26-10-2010 05:13 PM

best...kusyuk x sedar citer dh abis....sian ngan ayah ira....
x sempat nak bersihkan nama....:'(

juneazry Publish time 26-10-2010 06:21 PM

aaik dh abis..
best2..suke,..{:1_152:}

mijot Publish time 26-10-2010 09:38 PM

tema dendam lagi???
kerana dendam manusia sggp buat apa saja..

adalia Publish time 26-10-2010 09:50 PM

ringkas tp meninggalkan kesan{:1_152:}{:1_152:}

calla Publish time 26-10-2010 10:55 PM

kesian ayah Ira...jahat betul Leman...

mama_jahat Publish time 27-10-2010 12:14 AM

thanks for the positive comments. ni yang buat i lagi bersemangat nak berkarya ni:laugh3:

makadek Publish time 27-10-2010 10:14 AM

karang kit baru nk baca tgh membizikan dirik

hijau_serindit Publish time 27-10-2010 03:34 PM

dah dpt agak mst leman yg buat. hehehe... anyway, good writing. keep it up.

sang_arjuna Publish time 28-10-2010 10:10 PM

cerpen yg bagus
ringkas & padat

mama jahat takde stok lagi?
Pages: [1] 2
View full version: ayah..


ADVERTISEMENT