mattzzx Publish time 15-11-2022 10:54 AM

'Alhamdulillah, terima kasih semua' - Hakim Danish

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hakim111_1668410284.jpg
HAKIM Danish (tengah) meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan. FOTO Asia Talent Cup

Kuala Lumpur: Tiada apa yang mampu diungkapkan Hakim Danish Ramli selepas mencipta sejarah dalam dunia permotoran negara, hanya memanjat syukur dan mengucapkan Alhamdulillah di atas kejayaan yang diraih di Litar Antarabangsa Mandalika semalam.

Selepas bertarung sejak Mac lalu dengan melalui 11 perlumbaan akhirnya juara keseluruhan sah milik pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu sebaik berakhir pusingn terakhir semalam.

Walaupun tanpa sebarang kejuaraan di Perlumbaan 1 dan 2, ia sudah cukup buatnya untuk merangkul 187 mata keseluruhan sekali gus berjaya mengetepikan pesaing terdekat dari Jepun, Shinya Ezawa.



"Perasaan saya, syukur Alhamdulillah apabila dapat muncul juara keseluruhan di Asian Talent Cup 2022. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya.

"Terima kasih kepada keluarga saya, penaja saya dan juga krew ZK Racing serta krew ATC kerana membantu saya dalam saingan tahun ini," katanya yang menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan 2, semalam.

Sejak diperkenalkan pada 2014 belum pernah ada pelumba negara meraih kejuaraan keseluruhan dengan wakil Jepun menguasai saingan apabila Kaito Toba (2014), Ayumu Sasaki (2015), Sho Nishimura (2019) dan Taiyo Furusato (2021) pernah mengecapi nikmat juara.

Antara pelumba negara lain yang pernah merangkul juara keseluruhan ialah Somkiat Chantra (Thailand), Deniz Oncu (Turki) dan Billy Van Eerde (Australia).

Hasrat Ezawa untuk mengikut pelumba Jepun lain tidak kesampaian semalam apabila dia hanya mengumpul 177 mata keseluruhan untuk di tangga kedua, diikuti Veda Ega Pratama dari Indonesia (141).

Kejayaan Hakim Danish dibantu dengan meraih tempat pertama dalam dalam kedua-dua perlumbaan pusingan kedua di Indonesia (Mac), sebelum mengulangi pencapaian sama pada Perlumbaan 1 pusingan keempat di Thailand.

Dia turut muncul juara di Litar Antarabangsa Sepang dalam Perlumbaan 2 di pusingan kelima.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/11/903624/alhamdulillah-terima-kasih-semua-hakim-danish
Pages: [1]
View full version: 'Alhamdulillah, terima kasih semua' - Hakim Danish


ADVERTISEMENT