Raline Publish time 14-11-2022 12:11 AM

Anak Tempatan Terlibat Bikin Kesan Khas Filem Alien Mengawan Popular 'Species'

Anak Tempatan Terlibat Bikin Kesan Khas Filem Alien Mengawan Popular 'Species'

Species, 1995 merupakan sebuah filem sains fiksyen yang cukup dikenali kerana jalan penceritaanya. Filem yang diarahkan oleh Roger Donaldson itu dibintangi oleh Ben Kingsley, Michael Madsen, Alfred Molina, Forest Whitaker dan ramai lagi. Malah, ianya turut menampilkan lakonan pertama Natasha Henstridge.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7G419p4ODCkeodTt6IDTQIusMrut7lgc4IVH2LfKVD1x744dSoSRtp6TkGimRsV6M4NVQgqv3pk39NgEEm1r4D6TD3apjwdcwNvwW42GPnGEUGJB3SgHHOq91bYzL1EVpmdLnBsvnaViFZppb7Cs-nm63rOkPWR2GVUgKAjj0KR41el3F4inBYCMH/w640-h360/Untitled%20design.png


Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ada anak tempatan dari Malaysia yang terlibat dengan filem ini. Shahril Ibrahim, anak tempatan dari Malaysia turut terlibat sebagai pembikin kesan khas filem ini.

Jika anda mencari nama Shahril Ibrahim di IMDB, namanya turut dikreditkan untuk beberapa filem Hollywood hebat era 90an seperti Turbulence (1997), Outbreak (1995), Multiplicity (1996) dan juga Desperate Measures (1998).


9va9wFoFo8U?list=PLSspAQL9QEjwk_R9U1FlODtkvoHGSEZ8l


Kini, Shahril Ibrahim masih berada di Amerika Syarikat dan pernah bertindak sebagai Pengerusi Khazanah Nasional USA, dan juga Penasihat bagi beberapa badan korporat di sana.

Shahril Ibrahim mungkin seorang daripada permata Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia di persada Hollywood. Ada banyak lagi rakyat Malaysia di belakang tabir filem filem Hollywood yang mungkin tidak didendang.

SumbeR:https://www.sukafilem.net/2022/11/anak-tempatan-terlibat-bikin-kesan-khas.html

epullipan Publish time 14-11-2022 10:01 AM

wow..kemon la balik malaysia..buat filem2 kita gah dengan kesan khas..baru rasa berbaloi tengok cite melayu kat wayang
Pages: [1]
View full version: Anak Tempatan Terlibat Bikin Kesan Khas Filem Alien Mengawan Popular 'Species'


ADVERTISEMENT