Raline Publish time 13-11-2022 12:56 AM

Pelakon Suara Latar “Sorting Hat” Dalam Harry Potter, Leslie Phillips Meninggal Dunia

https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/11/08224309/leslie-phillips-740x385.jpeg

Pelakon Suara Latar “Sorting Hat” Dalam Harry Potter, Leslie Phillips Meninggal Dunia
Pelakon yang menyumbangkan suara dalam filem fantasi terkenal Harry Potter, Leslie Phillips dilaporkan meninggal dunia pada usia 98 tahun akibat penyakit strok yang dialami.

Memetik Daily Mail, mendiang yang menjadi suara latar bagi sorting hat di dalam filem itu telah lama bertarung dengan penyakit tersebut.

Isterinya, Zara Carr, 63 berkata pemergian suaminya itu merupakan satu kehilangan besar dalam industri hiburan.

“Saya telah kehilangan suami yang hebat dan orang ramai juga telah kehilangan salah seorang pelakon yang hebat. Dia adalah permata negara.

“Orang ramai menyukainya tidak kira walaupun di mana sahaja dia pergi,” kata isterinya.

Sementara itu, mendiang juga dipercayai satu-satunya anggota terakhir yang membuat persembahan di Pinewood Studios pada tahun 1936.

Untuk makluman, mendiang terkenal dalam filem yang dibintanginya, Carry On dan telah berlakon dalam 150 filem sepanjang kariernya.

Pelakon kelahiran Tottenham itu juga pernah membintangi beberapa siri drama Televisyen Britain iaitu Ruth Rendell Mysteries, Revolver dan Agatha Christie’s Marple.

Sumber: Daily Mail
https://siakapkeli.my/2022/11/08/pelakon-suara-latar-sorting-hat-dalam-harry-potter-leslie-phillips-meninggal-dunia/

Page88 Publish time 16-11-2022 08:43 PM

Rest In Peace.
Pages: [1]
View full version: Pelakon Suara Latar “Sorting Hat” Dalam Harry Potter, Leslie Phillips Meninggal Dunia


ADVERTISEMENT