perang_sivil Publish time 24-10-2010 11:51 AM

Keperluan untuk Sistem Pertahanan Udara Bergerak

Sistem pertahanan udara wujud sejak terciptanya pengangkutan udara. Rekod awal menunjukkan bahawa meriam pernah digunakan untuk menembak jatuh belon semasa Perang Franco-Prussia pada 1870. Semasa peperangan tersebut, belon digunakan oleh tentera Perancis untuk menghantar bekalan semasa Bandar Paris dikepung. Gustav Krupp dikatakan telah menggunakan senjata 1 pounder (32mm) yang telahdiubahsuai dan diletakkan di atas kuda bagi tujuan menembak belon-belon tersebut.   Jen Douchet menyatakan bahawa sesiapa yang menguasai ruang akan memenangi peperangan. Ini dibuktikan semasa perang Dunia Kedua, serangan terhadap Iraq dan Afghanistan, Perang Yom Kippur dan beberapa lagi peperangan. Menguasai ruang udara akan dapat menembusi ke kawasan musuh dalam masa yang singkat dan tanpa banyak halangan muka bumi. Dengan pelbagai jenis pesawat samada pesawat kepak kaku atau helikopter, pasukan yang berada di atas tanah lebih cenderung untuk dikesan serta dimusnahkan dari atas tanpa disedari.



http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/1/18/B-24_Flak.jpg/200px-B-24_Flak.jpg
Pesawat meredah tembakan senjata pertahanan udara
Sistem pertahanan udara terdiri daripada dua jenis iaitu meriam anti pesawat dan sistem peluru berpandu. Kedua-dua sistem ini boleh ditempat secara statik atau bergerak. Pada peringkat awal, sistem pertahanan udara diperkenalkan, meriam anti pesawat dan machinegun digunakan. Kaliber senjata yang digunakan adalah dari .50 cal, 20 mm, 40 mm hingga 88 mm. Senjata berkaliber kecil sangat digemari penggunaan kerana kos yang murah kadar tembakan yang tinggi dan juga ia senang untuk krew mengikuti sasaran mereka. Peluru berfius (proximity, barometrik dan time delay) yang akan menaburkan serpihan logam digunakan untuk mendapatkan kesan kemusnahan yang tinggi pada pesawat juga digunakan.

Apabila era jet semasa Perang Korea, meriam pertahanan udara mengalami kesukaran untuk menembak jatuh jet-jet yang terbang mencapai kelajuan bunyi (mach 1). Peluru berpandu permukaan ke udara telah dicipta untuk menangkis serangan jet-jet ini. Ia akan menggunakan radar bagi mengesan sasaran dan juga akan memandu peluru berpandu ke arah sasaran seperti SA-2, Hawk, SA-6 dan banyak lagi. Namun sistem ini mempunyai kelemahan iaitu radar tidak akan dapat mengesan pesawat yang terbang terlalu rendah (hugging terrain) dan juga apabila penyerak (jammer) digunakan. Ini akan menyebabkan keseluruhan sistem tidak dapat digunakan. Selain itu, pancaran radiasi oleh radar akan menyebabkan ia mudah dikesan oleh pemburu peluru berpandu yang juga dikenali Wild Weasel atau SEAD (Supress Air Defence System) yang akan memusnahkan peluru berpandu. Penyelesaian bagi masalah tersebut adalah dengan menggabungkan sistem meriam anti pesawat dan juga peluru berpandu. Contoh yang terbaik adalah semasa Perang Vietnam dimana kedua-dua sistem digunakan dan ianya telah menyebabkan jumlah pesawat Amerika yang ditembak adalah tinggi.

http://video.google.com/ThumbnailServer2?app=blogger&contentid=97c6fa76a0bd36b8&offsetms=5000&itag=w160&sigh=z0fuRM178-onk8cypfx1mZDuL2Q
Melihat kepada mobiliti yang wujud dalam peperangan moden seperti Combine Arms, Battlegroup, Combat Team serta ancaman udara yang semakin canggih, sistem pertahan udara bergerak adalah diperlukan bagi menangkis sebarang ancaman dari udara. Dengan keupayaan untuk mara 20 km dan lebih, ia adalah sukar bagi sistem pertahanan udara biasa untuk bergerak bersama-sama. Tanpa pertahanan udara bergerak bersama, pasukan di darat akan diratah oleh musuh dengan sewenang-wenangnya sebagaimana terjadi kepada pasukan armor 2nd Army Mesir yang meninggalkan payung pertahanan udara dan telah dimusnahkan oleh pesawat Israel dengan mudah. Tambahan pula sistem stand off missile akan menyukarkan lagi pesawat musuh dikesan menggunakan cara biasa (visual) menggunakan mark one eyeball (mata). Walaupun sistem manpad wujud, ia hanya untuk pertahanan aras rendah (SHORAD) iaitu 8 km dan amaran awal tidak dapat disediakan kerana ia menggunakan sistem penjejakan menggunakan infra merah (SA-7, ANZA, Stinger) atau laser (Starburst). Dengan menggunakan sistem pertahanan udara bergerak, kehadiran musuh dapat dikesan dan amaran akan dapat dikeluarkan kepada kolum yang sedang bergerak. Ia juga dapat memberikan perlindungan sepanjang masa kepada pergerakan pasukan sahabat. Sistem pertahanan udara boleh menggunakan sistem meriam seperti ZSU 23-4, Gepard atau peluru berpandu seperti Chapparal atau gabungan kedua-duanya seperti Tunguska. Kelebihan sistem yang menggunakan meriam dan peluru berpandu dapat digambarkan seperti berikut; Sasaran dikesan pada jarak 32 km, sasaran dikunci (lock) pada jarak 18 km, pada jarak 8 km peluru berpandu dilepaskan, sasaran dapat elak peluru berpandu dan meriam akan berkerja menembak sasaran pada jarak 3 km.

Sistem pertahanan udara bergerak dirasakan perlu bagi memastikan kemampuan sesuatu ketumbukan untuk terus bertempur. Kita jangan mengulangi kesilapan British yang yakin bahawa udara dapat dipertahankan oleh tentera udaranya tetapi akhirnya mereka silap.

perang_sivil Publish time 24-10-2010 11:55 AM

Semoga Gerup Pertahanan Udara (GAPU) Tentera Darat akan mantap dan efektif...

hyazinth79 Publish time 24-10-2010 08:23 PM

berdoa jelah sistem tu berjalan lancar apabila tiba masanya kelak , pemimpin sekarang tak berminat nak pertingkatkan keselamatan negara

perang_sivil Publish time 24-10-2010 08:27 PM

berdoa jelah sistem tu berjalan lancar apabila tiba masanya kelak , pemimpin sekarang tak berminat n ...
hyazinth79 Post at 24-10-2010 20:23 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    MINDEF lubuk duit... byk kontraktor suka buat bisnes sana.. what to say???:'(

hyazinth79 Publish time 25-10-2010 10:04 PM

dgn sistem tak seberapa , mcm mana nak pertahankan semua lokasi strategik , pemimpin kita terlampau buta ttg pertahanan udara . mcm mana kuat pun angkatan darat , klu tak mampu nak pertahankan udara takde gunanya ,

tempur Publish time 26-10-2010 07:03 AM

http://img.blog.yahoo.co.kr/ybi/1/24/56/shinecommerce/folder/19/img_19_30182_5?1286058907.jpg

Ni pun boleh masuk kategori ni tak....

perang_sivil Publish time 9-11-2010 03:04 PM

Sistem Pertahanan Udara Singapore sangat menakjubkan... impressss

hyazinth79 Publish time 9-11-2010 06:02 PM

bg singapura , mereka tanak mind set yg singapura adalah yg terkuat , keselamatan anda adalah terjamin , sbb tulah bila malaysia beli sebarang peralata mereka pasti akan bertindak jugak , sebab prinsipnya ialah , win with number , or power , sbb tu bila gov sedang rancang kapal mini dokdo , dia tibai kapal yg saiznya lebih besar lagi , kita beli 2 friget dia bina 6 . dan bnyk lagi , bayangkan klu kerajaan beli sistem mcm buk me2 , tunguska , sistem apa rasanya mereka akan beli ,
lerajaan pun jgnlah lmbt sgt nal mantapkan pertahanan udara ni , jd kan serbia sbg cth , mcm mana gerunnya amerika dan nato nak lancarkan serangan paras rendah dan sederhana sbb takut serangn udara , meneyebabkan bnyk serangan tersasar
Pages: [1]
View full version: Keperluan untuk Sistem Pertahanan Udara Bergerak


ADVERTISEMENT