perang_sivil Publish time 24-10-2010 11:49 AM

Morale Booster bagi Askar

Pada kali ini saya akan cuba menggambarkan tentang apa yang akan menaikkan semangat seseorang tentera dan ini adalah merupakan pandangan peribadi saya berdasarkan kepada pemerhatian terhadap tentera Malaysia, tentera asing dan cerita-cerita orang lama.

1. Makan. Tidak dinafikan bahawa ini adalah elemen yang penting dalam tentera. Napoleon pernah mengatakan "Soldiers march on his belly". Kalau di kaji balik ada kebenaran ayat tu. Cuba bayangkan kena gali kubu atau pun mara untuk satu tempoh yang lama dan kita tidak makan, moral akan jatuh dan kita tidak bersemangat.

2. Kedatangan Helikopter. Cuba tanya orang-orang lama, apa yang ditunggu-tunggu semasa operasi dalam hutan?. Jawapan yang pasti ialah bila bunyi 'burung besi' menjelma. Kedatangan ditunggu sebab 'burung besi' membawa bersama-samanya resup, ration tambahan selain ration kompo, surat dan macam-macam barang. Ia juga digunakan untuk membuat medevac dan casevac. Kerana itulah PKM menjadikan helikopter sebagai sasaran. Jadi di Malaysia banyak telah jasa di beri oleh Nuri dan Alloutte.

3. Rokok. Saya pasti memang ada yang tidak setuju tentang ayat ini tapi ia memang kenyataan. Cuba periksa peralatan atau barang-barang untuk operasi atau latihan, satu benda yang MESTI di bawa adalah rokok samada rokok daun (tahan lama sikit) atau pun rokok kotak (beli mesti berkaton-katon). Sebabnya adalah satu untuk layan bosan, tembakau diguna untuk halau pacat dan lintah dan asap untuk halau nyamuk. Tapi saya dimaklumkan zaman lawan komunis, kalau hendak hisap rokok kena ada caranya sebab bau asap akan dapat dihidu pada jarak yang jauh dan bara api rokok boleh menyebabkan kepala ditembak komunis.

4. Surat dari Orang tersayang. Ini memang terbukti berkesan. Setelah lama tidak berhubung dengan keluarga, surat menjadi penghubung antara satu sama lain. Memang sekarang zaman IT, tapi kadang kala terpaksa tulis surat sebab IT tidak dapat digunakan.

5. Cuti. Dalam bahasa askar ia juga dikenali sebagai weekend biarpun cuti tahun atau cuti tanpa rekod. Masa ini akan digunakan untuk balik kampung, jumpa temanita, bawa keluarga jalan-jalan. Tentera sekarang mungkin dapat weekend atau cuti hujung minggu pada tiap sabtu dan ahad, tetapi tentera zaman dahulu agak sukar sebab operasi sana sini, jadi ia menjadi suatu benda yang dihargai sehinggakan saya pernah terbaca mengenai seorang ketua platun memerioksa bilik bujang dan mendapati ada anggotanya masih diberek. Apabila ditanya, mereka tiada wang untuk keluar dan tanpa banyak soal, pegawai tersebut keluarkan duit dan anggota tersebut menyuruh anggotanya keluar dari kawasan kem.

6. Mandi. Walau dimanapun, ini menjadi suatu benda yang utama. Ada anggota yang memaklumkan bahawa semasa misi PBB di Bosnia dan ketika itu musim sejuk, tentera Malaysia akan tetap mandi pada setiap pagi tanpa miss dan ini menimbulkan rasa hairan pada tentera orang puteh. Mandi sememangnya perlu di dalam iklim Malaysia. Ini kerana untuk kebersihan berikutan keadaan iklim kita yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi dan kita senang berpeluh.

7. Waktu Gaji. Ini memang waktu yang sentiasa dinantikan samada dari zaman gaji tepuk (gaji dibayar by hand) atau gaji tekan.

8. Latihan dan kursus. Ada yang mengatakan bahawa ini tidak tepat tapi pada saya ia ada bersangkut paut. Latihan akan menyediakan kemahiran dan menambahkan ilmu sebelum bertempur. Pada zaman aman kita tidak nampak keperluan latihan tapi ia berguna apabila konflik berlaku.

Saya rasa setakat ini sahaja yang saya dapat tulis. Perancangan pada masa akan datang adalah untuk mengumpulkan bahasa slanga dalam tentera yang tidak digunakan oleh awam seperti capoi, pewai dan lain-lain lagi.

perang_sivil Publish time 24-10-2010 11:54 AM

Meningkat moral anggota tentera penting dalam mengekalkan sebarang momentum.... Samada dalam Mara, Pengunduran, Pertahanan dan Serangan..

asher Publish time 25-10-2010 02:57 PM

aku tambah lg skit aset pertahanan yg moden pun dpt meningkatkan moral sojar..kalo dh asyik pakai yg usang & x efektif moral pun bleh jatuh jugak..

perang_sivil Publish time 25-10-2010 03:02 PM

Reply 3# asher


    Sangat bersetuju dgn pendapat abang.. tapi aset moden boleh membuatkan ahli politik rambang mata dengan mengajak kroni2 pergi ke Mindef cari projek..maybe..

asher Publish time 25-10-2010 03:38 PM

Replyasher


    Sangat bersetuju dgn pendapat abang.. tapi aset moden boleh membuatkan ahli p ...
perang_sivil Post at 25-10-2010 15:02 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

ni aku citer secara profesional sajer..but jerung perkasa ni memang xleh nk kata apa..dimana ada lubuk duit dkt situ la depa bergelumang..yg rugi rakyat..

perang_sivil Publish time 25-10-2010 03:47 PM

Reply 5# asher

yang jadi mangsa ialah bilis yang makan duit kopi 20,30 ringgit je...

asher Publish time 25-10-2010 03:59 PM

Replyasher

yang jadi mangsa ialah bilis yang makan duit kopi 20,30 ringgit je...
perang_sivil Post at 25-10-2010 15:47 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

apa bleh wat..org yg ada kuasa xnak jlnkn tanggungjwb btol2..ni la jadinyer..:@

perang_sivil Publish time 25-10-2010 04:11 PM

Reply 7# asher


    :@:@:@:@ geramnyeeee

asher Publish time 25-10-2010 04:16 PM

Replyasher


   geramnyeeee
perang_sivil Post at 25-10-2010 16:11 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

kalo nk lepas geram kasi la tembak exocet barang seketul dua..;P mesti pastu tenang jer..:lol:

jahcomel Publish time 25-10-2010 04:39 PM

aku nk tmbah moral leh jatuh kalu tgok kwn(llp) seangkatan pakai keta 'besar' pdhal gaji sama je...:L;P;P....

perang_sivil Publish time 9-11-2010 03:05 PM

Nak meningkatkan Moral dari segi pendekatan hiburan..

hyazinth79 Publish time 9-11-2010 05:02 PM

"kita bukan tak beli peralatan yg baru tapi tumpuan utama sekarang meningkat kecekapan modal insan ,"

aku suka ayat ni , cuma masalahnya klu peralatan takde mcm mana nak tingkatkan kecekapan modal insan , meriam kita yg bnyk masih 105 mm , yg 155mm tu berapa je pun , sistem artileri anti pesawat kita pun bnyk jenis manual je , sedangkan sekarang dah pakai digital , dorang ingat ni zaman pesawat pejuang 1 mach je ke .

kereta kebal ringan kita scorpion , dgn meriam tak padan dgn badan , kat britain pakai senjata kecil je pun , walau mcm mana pun dgn keadaan sekarang mcm pembuatan sendiri apc , semua diharap keadaan ini berubah , masalahnya kerajaan terlampau beri kuasa monopoli pada satu satu syarikat saja , jd persaingan utk beri yg terbaik itu tak wujud

tecito Publish time 10-11-2010 07:16 AM

tambahan....askar sekarang banyak misi PBB, askar zaman dulu tak banyak....dapat pengalaman tengok negara orang dan $$$$$$. ada unit, korang tengok kereta LLP....fuyoo!

agen-agen hartanah + property developer pun dah pandai tunggu unit yang baru balik misi PBB ni.....alhamdulillah, apa pun tak rugi beli rumah/tanah.

jazim Publish time 10-11-2010 10:27 AM

Kediaman. Masih ada kem yg rumah kelaminnya cuma 2 bilik dan biliknya airnya dah layak diroboh buat baru. Menjadi harapan saya sebagai org awam utk tengok kediaman askar dlm kem atau di kompleks perumahan askar setanding dgn perumahan kerajaan yg moden.

perang_sivil Publish time 10-11-2010 10:35 AM

Reply 14# jazim


    negara kita tidak menitikberatkan aspek kebajikan secara menyeluruh.. walaubagaimanapun kerajaan masih bertimbangrasa dalam menyediakan kediaman untuk warga tentera berbanding negara 3rd country... kalau dibandingkan di India dan bangladesh, kita masih okey... jangan bandingkan kita dengan Singapore or USA...

jahcomel Publish time 10-11-2010 11:02 AM

Replyjazim


    negara kita tidak menitikberatkan aspek kebajikan secara menyeluruh.. walauba ...
perang_sivil Post at 10-11-2010 10:35 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    yupp beto2{:1_152:} {:1_152:}

jahcomel Publish time 10-11-2010 11:05 AM

Replyjazim


    negara kita tidak menitikberatkan aspek kebajikan secara menyeluruh.. walauba ...
perang_sivil Post at 10-11-2010 10:35 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    leh sy tanye kit...kn baru2 ni malcon east 5 br pulang dr lubnan...diaorg dpt bape 'RM' nnti....dgr diaorg ckp mngalahkn org y bgaji bpuluh2 ribu riban...angkuhhh je dgr...pdhal bkn bpangkat pegawai pun...y pgawai2 lak snyap je...

perang_sivil Publish time 10-11-2010 11:06 AM

Reply 17# jahcomel


    Dalam RM 36 K jee.. pergi 6 bulan je....:@

jahcomel Publish time 10-11-2010 11:06 AM

tambahan....askar sekarang banyak misi PBB, askar zaman dulu tak banyak....dapat pengalaman tengok n ...
tecito Post at 10-11-2010 07:16 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    sy tgok jiran sy y LLP pakai keta mngalahkn pegawai pulak...:L tp awal bln bwk keta besar 2 la,tp tgh bulan pakai motor lak g keje..:lol:

perang_sivil Publish time 10-11-2010 11:07 AM

Reply 19# jahcomel


    Maybe main MLM atau buat moonlighting (keje part time)..especially yang duduk Mindep...:@
Pages: [1] 2 3
View full version: Morale Booster bagi Askar


ADVERTISEMENT