perang_sivil Publish time 24-10-2010 11:48 AM

KALIBER RIFLE TEMPUR YANG SESUAI UNTUK PERTEMPURAN SEKARANG


http://1.bp.blogspot.com/_Lj5jApVOUco/TKtk5LXL78I/AAAAAAAAAEc/NMvHha4ta-c/s1600/peluru.jpg
Perbandingan Peluru 7.62 (kiri) dengan 5.56 (tengah)
1. Pakar-pakar industri pertahanan serta pemerhati industri pertahanan sedang hangat membincangkan keperluan yang sesuai untuk menjadikan rifle tempur yang sesuai untuk digunakan pada keadaan pertempuran sekarang. Rifle tempur menjalani satu evolusi yang boleh dikatakan amat panjang dengan permulaannya dikenali sebagai muskeet dan menggunakan peluru dari jenis bebola yang perlu diisi dari hadapan muncung laras. kemajuan teknologi serta kajian yang dilaksanakan hasil daripada penglibatan dalam pertempuran telah menjadikan rifle tempur sebagaimana yang kita lihat sekarang.2. Kriteria utama yang menjadi perbincangan adalah jenis peluru yang sesuai digunakan. Sekarang 2 jenis peluru yang digunakan secara meluas oleh tentera-tentera di serata dunia iaitu 5.56 dan 7.62. Bagi kedua-dua peluru ini ia adalah berlainan di antara jenis yang digunakan oleh Pakatan NATO dan juga Pakatan WARSAW. Sebelum peluru 5.56 diperkenalkan semasa Perang Vietnam, kebanyakan rifle menggunakan peluru dari jenis 7.62 yang mana NATO menggunakan 7.62 x 51mm NATO(nombor pertama ialah diameter, nombor kedua ialah panjang kelongsong dalam ukuran metrik) dan bagi Pakatan WARSAW menggunakan 7.62 x 39mm. Peluru 5.56 diperkenalkan adalah untuk membolehkan anggota membawa jumlah peluru pada bilangan yang lebih sekali ganda berbanding peluru 7.62 pada kadar berat yang sama. Sebagai perbandingan secara kasar bagi berat 1 kg, 30 butir peluru 7.62 boleh dibawa manakala bagi peluru 5.56, sebanyak 60 butir peluru dapat dibawa pada jumlah berat yang sama. Ini dapat dikatakan dapat meningkatkan kuasa tembakan melalui jumlah peluru yang dibawa dan ianya kelebihan kepada anggota untuk sustaindi medan pertempuran. Kuasa sentakan pada senjata dapat dikurangkan akibat recoil senjata. Disebabkan itu ia dipilih menjadi peluru bagi rifle tempur kerana ia ringan dan upaya meningkatkan kuasa tembakan.


3. Keadaan ini berubah setelah After Action Review (AAR) yang dilakukan oleh tentera Amerika semasa pencerobohan ke atas Iraq dimana kebanyakan tentera mereka mengatakan bahawa kaliber peluru 5.56 yang digunakan oleh mereka tidak dapat membunuh musuh sebagaimana berbanding apa yang dilakukan oleh peluru 7.62. Peluru 5.56 tidak mempunyai daya atau kesan robekan yang kuat danini menyebabkan ianya tidak dapat menembusi halangan seperti pagar yang dibuat dari lumpur dan juga dinding batu. Tentera Amerika dapat melihat kesan tembakan senjata AK 47 yang menggunakan peluru 7.62 yang mana ianya sedikit sebanyak memberikan kesan psikologi terhadap mereka. Selain itu juga, kebanyakan veteran kita juga gemar menggunakan senjata SLR 7.62 walaupun saiznya amat berat dan panjang. Ianya dikaitkan dengan ketepatan tembakan dan juga penembusan peluru tersebut yang mampu dilakukan terhadap pokok-pokok apabila komunis berlindung.


http://3.bp.blogspot.com/_Lj5jApVOUco/TKtfRWk41QI/AAAAAAAAAEM/fRNhzPRL4q8/s200/112px-762_65G_556.jpg
7.62 (kiri), 6.5 grendel (tengah),
5.56 (kanan)
http://2.bp.blogspot.com/_Lj5jApVOUco/TKtgsoP3GyI/AAAAAAAAAEU/jaDJl01FL5s/s200/300px-Rifle_Type_95.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_Lj5jApVOUco/TKtgrFWdZeI/AAAAAAAAAEQ/woS9QhB7K_E/s200/300px-5_8x42_mm.jpg
Senjata QBZ - 95 dan pelurunya

4. Bagi mengatasi kekurangan pada peluru 5.56 dan 7.62, beberapa negara telah memperkenalkan peluru yang dikatakan mempunyai saiz yang optima dengan kesan yang memberangsangkan. China telah mengejutkan dunia dengan memperkenalkan kaliber peluru yang baru bagi senjata baru mereka. Apabila senjata QBZ - 95 (yang mempunyai bentuk seakan FAMAS) diperkenalkan semasa penyerahan Kepulauan Hong Kong, mereka didapati menggunakan peluru 5.8 x 42 mm. Selain daripada peluru 5.8, satu lagi peluru yang dikatakan mempunyai sifat 5.56 dan 7.62 telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Peluru tersebut adalah hasil daripada kajian Pusat Operasi Khas Amerika Syarikat (SOCOM) dan hasilnya adalah 6.5 x 38mm dikenali sebagai Grendel. Walaupun peluru ini dikatakan amat sesuai sebagai peluru yang optima bagi senjata rifle tetapi ia akan mengambil masa kerana ia melibatkan kos dan juga keperluan logistik. Ini akan menyebabkan ada sesetengah negara tidak begitu senang dengan pertukaran peluru ini.

5. Walau apa saiz yang difikirkan untuk mendapatkan kesan yang yang diingini, marksmanshippengguna senjata tersebut adalah amat penting kerana mereka yang akan menentukan titik jatuh peluru tersebut.

perang_sivil Publish time 24-10-2010 11:58 AM

Walau apa saiz yang difikirkan untuk mendapatkan kesan yang yang diingini, marksmanship pengguna senjata tersebut adalah amat penting kerana mereka yang akan menentukan titik jatuh peluru tersebut

Untuk pengetahuan semua Forumer kita patut bangga sebab M'sia ada kilang peluru iaitu SMEO di Batu Arang dibangunkan oleh anak tempatan menggunakan teknologi luar dan dalam...

amir_70014 Publish time 24-10-2010 12:26 PM

Bagus ni dapat info tentang peluru...huhu

perang_sivil Publish time 24-10-2010 12:30 PM

Bagus ni dapat info tentang peluru...huhu
amir_70014 Post at 24-10-2010 12:26 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Benci ngan peluru 7.62 sebab,,masa latihan gonzales lasak dulu kena bawak GPMG.. bawak 7.62 beribu-ribu lemon....

amir_70014 Publish time 24-10-2010 12:33 PM

Reply 4# perang_sivil

Oo banyaknya kena bawak..huhu riban2 tu.. :)

hyazinth79 Publish time 24-10-2010 08:20 PM

peluru yang cuba diperkenalkan amerika tu dapat bantahan anggota NATO sbb masalah logistik yg dihadapi oleh negara pakatan , bayangkan kos nak ubahsuai senjata lagi , setahu aku unit khas je yg guna saiz tu sekarang

perang_sivil Publish time 24-10-2010 08:31 PM

Reply 6# hyazinth79


    unit aku pun guna peluru mcm tue gak..yang tracer pun ada.... Unit khas pakai peluru sniper yang khas..this common ammo actually

eltoro Publish time 25-10-2010 01:29 AM

Untuk pengetahuan semua Forumer kita patut bangga sebab M'sia ada kilang peluru iaitu SMEO di Ba ...
perang_sivil Post at 24-10-2010 11:58 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

SMEOtu buat peluru under licensed from COLT. CO AMERIKA SERIKAT

perang_sivil Publish time 25-10-2010 01:39 AM

SMEOtu buat peluru under licensed from COLT. CO AMERIKA SERIKAT
eltoro Post at 25-10-2010 01:29 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Sangat betul..tapi dibangunkan oleh tenaga tempatan.. aku pergi sana tahun lepas tgk pekerja2 dia semua local people, makcik2 ramai..no bangla indon.. tapi warga tua ni nampak profesional walaupun kerja isi belerang heee:loveliness:

eltoro Publish time 25-10-2010 01:49 AM

Sangat betul..tapi dibangunkan oleh tenaga tempatan.. aku pergi sana tahun lepas tgk peker ...
perang_sivil Post at 25-10-2010 01:39 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

locally assembledby malay & u have to pay fee to colt. co america

perang_sivil Publish time 25-10-2010 07:09 AM

Reply 10# eltoro


    every technologie we had to pay..semua kena bayar bagi hak paten..M'sia tak semaju US dalam teknologi persenjataan dan peluru..

alphawolf Publish time 25-10-2010 11:16 AM

Pleuru kat SMEO tu SS109 ke M193?

perang_sivil Publish time 25-10-2010 11:29 AM

Reply 12# alphawolf


    dua2 jenis ada ... banyak peluru dihasilkan disana..Manager dan tokey dia kayaraya..gemuk2 mcm ayam daging nak naik keta tak muat tapi ada hati nak pakai ferrari..:sweat3:

gede-bab Publish time 25-10-2010 12:53 PM

Reply 10# eltoro


lalu... ada yang takut terketq-ketaq ... http://static.kaskus.us/images/smilies/takut.gif

ato sakit hati wak???:lol:

jkkkj Publish time 26-10-2010 11:50 AM

kalau pakai lee enfield macam dalam citer bukit kepong tu,orait tak?:lol::lol::lol:

perang_sivil Publish time 26-10-2010 05:12 PM

Reply 15# jkkkj


    sangat konvensional..:$

benzo Publish time 26-10-2010 11:59 PM

SMEOtu buat peluru under licensed from COLT. CO AMERIKA SERIKAT
eltoro Post at 25-10-2010 01:29 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


Colt mana buat peluru. Dah sepuluh tahun aku dok menembak kat US tak pernah lagi aku dengar Colt buat peluru. Peluru untuk US forces are made bygov arsenals(Radford, Lake City) or private companies such as Winchester or Federal.
Kalau dulu kat US nih boleh beli suplus ammo dari Malaysia. Dalam kotak putih, kat luar tulis "20 butir Ball M193" dan "SMEO". Shooters kat US regard Malaysian surplus ammo highly. Better quality and performance than other surplus ammo and most commercial ammo. It's hot, velocity out of a 16 in barrel is close to 3300fps. Sekarang tak de dah supply. So something to be proud of. Malaysian made ammo are good to go.
Pages: [1]
View full version: KALIBER RIFLE TEMPUR YANG SESUAI UNTUK PERTEMPURAN SEKARANG


ADVERTISEMENT