kingnocrown Publish time 24-10-2010 01:44 AM

Sperma Cinta

"Bibik, buatkan saya kopi cap kapal api ais with vanilla ice cream on top", gua melangkah masuk ke banglo mewah gua, hasil sentuhan klasik seorang arkitek terkenal dari Turki. Kain pelikat gua cabut di depan pintu, gua lebih selesa berseluar boxer ketika di rumah. Pengudaraan penting untuk sistem peranakan, itu kata cikgu gua beberapa puluh tahun sebelumnya.

Ada sebungkus kiriman pos laju di atas meja tamu. Perlahan gua koyakkan kertas pembalut, terdapat sebuah novel di dalamnya. Tertera 'Sperma Cinta' di dada novel tersebut. Gua belek dari satu muka ke satu muka, semuanya ada 100 muka surat.

"Lambat abang balik dari mesjid hari ni?", sapa satu suara persis bidadari dari belakang. Sepasang tangan yang dulunya halus tapi kian dimamah usia mengurut lembut belakang gua. Gua toleh, mata kami bertentangan sesama sendiri. Keadaan dingin dan sunyi di ruang tamu menyuntik romantis dalam suasana ketika itu. Bibir gua dan bidadari itu semakin rapat.

"Kopinya siap pak!", jerit bibik gua yang diimport dari Switzerland.

Potong!

"Maaf ya pak, seharusnya saya berdehem terlebih dahulu tadi", bibik Switzerland tunduk memandang lantai dengan wajah bersalah.

"Tak mengapa, kamu boleh masuk tidur", gua capai semula novel Sperma Cinta yang tadinya gua letakkan di atas permaidani yang diperbuat daripada bulu merpati di ruang tamu itu. Bini gua senyum manis memerhati. Satu kucupan nakal diberikan beliau di leher gua sebelum melangkah masuk ke kamar tidur. Baju tidur nipis dipakainya menderaskan rembesan hormon testosteron gua, libido turun naik tak menentu. Kelenjar adrenalin mengepam laju reseptor androgen. Panas. Mata gua terus menjamah tajam bodi solid bini gua.

Kopi cap kapal api ais with vanilla ice cream on top cepat-cepat gua hirup. Novel Sperma Cinta gua campakkan kembali ke atas meja tamu. Pantas gua melangkah ke kamar beradu.

****

Di atas meja tamu, novel Sperma Cinta terselak ditiup angin kipas syiling. Tertera di halaman pertama novel tersebut..

Tiada kata secantik bahasa. Tiada rasa seindah cinta. Kita bermula dari sperma, bertarung dengan yang lain dan kita menang. Dedikasi buat semua - Linglung.
http://www.akulinglung.com

hAzEL^nut Publish time 24-10-2010 02:23 AM

apakah???:shakehead3:

jingga007 Publish time 24-10-2010 01:48 PM

cerita ni dh mcm 18sx tak ditapis , + mcm nk promote blog. sorry i've to lock this entry , kalau tak puas hati pm me or another mod here. tq.
Pages: [1]
View full version: Sperma Cinta


ADVERTISEMENT