mattzzx Publish time 12-11-2022 10:53 AM

Terima kasih calonkan saya - Mike

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sy_1668173756.jpg
MIKE persiap diri hadapi Kejohanan Dunia di Phuket.

Kuala Lumpur: "Mana tahu mungkin ini peluang untuk menang kali ini." Itu harapan diletakkan jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah selepas namanya tercalon dalam Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro bagi kategori atlet lelaki terbaik.

Syarul, 49, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mike' tidak pernah memenangi apa-apa anugerah sukan biarpun dia cukup hebat di pentas antarabangsa dengan menjuarai pelbagai kejohanan dunia.

Katanya, dia tidak pernah berasa hati sebaliknya mengakui rezekinya belum tiba untuk dinobatkan pemenang dalam anugerah sukan.


"Saya ucapkan terima kasih kepada Harian Metro sebab calonkan saya sebagai seorang ikon. Walaupun ada banyak nama besar juga, jadi saya harap kalau ada rezeki ada lah…itu saja saya boleh cakap," katanya yang berharap dapat menoktahkannya dalam AIS kali ini.

Syarul adalah bekas juara dunia empat kali berturut-turut sejak 2016 lalu selain turut memegang gelaran sebagai Mr Asia sebanyak lima kali.

Di temasya Sukan Sea di Hanoi pada Mei lalu, dia terbukti berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi pingat emas acara bina badan kategori fizik terbuka.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharu, Syarul akui sedang mempersiapkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia di Phuket, Thailand pada bulan depan.

"Saya bakal ke Phuket bulan depan, jadi saya sudah mulakan latihan dan jaga pemakanan. Diet yang betul dapat membantu bagi bentuk badan, jadi saya tak boleh makan sebarangan dan boleh ambik bau saja," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2022/11/902596/terima-kasih-calonkan-saya-mike
Pages: [1]
View full version: Terima kasih calonkan saya - Mike


ADVERTISEMENT