mattzzx Publish time 12-11-2022 10:49 AM

Steiner puas lihat kejayaan Magnussen

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Brazil_F1_GP_Auto_Racing_1668219426.jpg
MAGNUSSEN cipta sejarah tersendiri buat dirinya dan Haas. FOTO AP

Sao Paulo: Bos pasukan Haas, Guenther Steiner menikmati detik kejayaan yang jarang berlaku apabila jentera Formula Satunya (F1) berjaya merangkul petak utama yang menakjubkan melalui Kevin Magnussen di Grand Prix (GP) Sao Paulo awal pagi tadi.

Steiner yang berasal dari Itali terkenal dengan pendekatan mudah disapa dan sering menggunakan bahasa berbunga-bunga, menjadi ikon oleh berjuta-juta penonton melalui siri dokumentari Netflix 'Drive to Survive'.

Selepas kejayaan Magnussen itu beliau memberi tindak balas dengan cara biasa seperti ditonton di Netflix.

"Apabila hujan sup, anda perlu menyediakan sudu. Kali ini kami sudah menyediakan sudu," katanya.


Magnussen menjadi pelumba pertama keluar dari pit pada pusingan terakhir kelayakan bagi perlumbaan pecut, dan dia menggunakan kesempatan sebelum George Russell berpusing dengan jentera Mercedes yang dipandu dan sesi terpaksa dihentikan.

Hujan menyebabkan tidak ada siapa mampu mencatat masa lebih pantas berbanding Magnussen yang menggunakan tayar licin.

Petak utama itu adalah yang pertama buat Magnussen selepas 140 kali mencuba namun ia adalah kali ke-100 ketika bersama Haas dan juga menjadi pelumba Denmark pertama melakukannya di F1.

"Ini adalah perkara yang jika anda bermimpi mengenainya, anda takut untuk bermimpi. Seluruh pasukan sedang berusaha keras sejak tujuh tahun lalu dan kemudian keadaan membenarkan kami melakukannya.

"Saya fikir ia bukan nasib. Ia amat wajar kerana pemandu dan pasukan menggunakan tayar yang betul pada masa yang tepat," kata Steiner.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/11/902711/steiner-puas-lihat-kejayaan-magnussen
Pages: [1]
View full version: Steiner puas lihat kejayaan Magnussen


ADVERTISEMENT