Raline Publish time 12-11-2022 12:31 AM

Misteri Kg. Seri Daik, setiap yang ‘masuk’ pasti akan ‘hilang’ di sebalik busut

Misteri Kg. Seri Daik, setiap yang ‘masuk’ pasti akan ‘hilang’ di sebalik busut

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2022/11/miss.png

Disebalik kehijauan dan ketenangan sebuah kampung, sebenarnya mempunyai kisah misteri kehilangan. Walaupun sudah 17 tahun berlalu, namun ia masih kekal sunyi sepi.

Bukan itu sahaja, penduduk Kg. Seri Daik beritahu sungai di kawasan perkampungan mereka pernah dipenuhi dengan warna darah selama tiga hari berturut-turut tanpa diketahui punca sebenar.

Malah, jambatan gantung di kampung tersebut juga pernah roboh selepas ribut melanda secara tiba-tiba. Cuba bayangkan, sebuah perkampungan yang tidak pernah dilanda ribut atau hujan lebat secara tiba-tibanya memusnahkan jambatan gantung tersebut. Hmm, mungkin sudah ditakdirkan berlaku atau sebenarnya angkara pengamal ajaran sesat?

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2022/11/DSC_0119.jpg

Ya, benar. Ramai penduduk kampung pernah nampak banyak peristiwa aneh berlaku sehinggakan satu-satunya gua yang terdapat di Kg. Seri Daik pernah digunakan olehpengamal ajaran sesat selama 10 tahun. Dengar cerita, ada orang kampung terlibat sama dalam upacara kurafat tersebut.

Dan, mereka juga mengatakan pernah melihat kelibat misteri tinggal di sebuah rumah kecil berkelakuan mencurigakan. Pandangan matanya cukup tajam seakan-akan mahu memakan seseorang.

Katanya, kelibat tersebut sebenarnya bomoh yang boleh merawat orang dengan sekelip mata sahaja. Tak tahu ubat apa yang diberi oleh bomoh tersebut, tetapi orang cakap mujarab.

Walaupun banyak peristiwa aneh berlaku, tetapi hutan di Seri Daik tetap sunyi tanpa sebarang bunyi yang kedengaran. Boleh dikatakan ia sebuah hutan tanpa sebarang kehidupan, tetapi ada penghuni.

Berbalik kepada misteri kehilangan, sebenarnya kampung berkenaan dikatakan sangat keras kerana orang luar yang ‘masuk’ pasti akan ‘hilang’.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2022/11/DSC_0407.jpg
Bunyi deruan angin di kawasan bukit boleh membuatkan bulu roma seseorang meremang secara tiba-tiba. Bertambah meremang apabila apabila munculnya cahaya misteri di sebalik busut yang terletak di dalam hutan Seri Daik.

Aura busut tersebut sangat kuat seperti magnet menarik seseorang tanpa disedari. Hari demi hari, lebih bertambah misteri di kampung tersebut apabila secara tiba-tiba muncul sesuatu di Facebook Kampung Seri Daik.

Apakah ia sehingga membuatkan ramai tergamam dan terkedu sehingga hilang kata-kata? Bilakah semua misteri itu akan terjawab?


Sumber:https://ohmymedia.cc/misteri-kg-seri-daik-setiap-yang-masuk-pasti-akan-hilang-di-sebalik-busut/


Cokoro Publish time 12-11-2022 02:37 PM

Kat mana kampung ni

Nozot Publish time 12-11-2022 10:17 PM

Macam pernah baca kat thread Dammerung...tapi tak pasti nie kg yg sama ke?. Cerita lebih kurang sama

felinecat Publish time 22-11-2022 09:18 PM

Nozot replied at 12-11-2022 10:17 PM
Macam pernah baca kat thread Dammerung...tapi tak pasti nie kg yg sama ke?. Cerita lebih kurang sama

Pasal budak jd jahat kt busut & busut tu boleh bercakap kan..

leenaz Publish time 23-11-2022 10:44 AM

aku mcm pernah baca je ni

HabukBesi Publish time 24-11-2022 12:56 PM

kt mana kg ni?

{:fainto

biskutsusu Publish time 25-11-2022 02:21 PM

Kat viu sekarang ada drama bersiri tajuk hilang. Pasal kampung seri daik, busut, orang hilang/mati.

Syok drama tu. Ada vibes drama black

Nozot Publish time 26-11-2022 09:29 PM

biskutsusu replied at 25-11-2022 02:21 PM
Kat viu sekarang ada drama bersiri tajuk hilang. Pasal kampung seri daik, busut, orang hilang/mati....

Macam menarik..nak tengok la

Nozot Publish time 26-11-2022 09:29 PM

felinecat replied at 22-11-2022 09:18 PM
Pasal budak jd jahat kt busut & busut tu boleh bercakap kan..

Ya, betul..rindu cerita dari dammerung..

biskutsusu Publish time 26-11-2022 10:17 PM

Nozot replied at 26-11-2022 09:29 PM
Macam menarik..nak tengok la

Sila sila. Baru sampai ep6. Seronok

venom1 Publish time 27-11-2022 12:44 AM

biskutsusu replied at 25-11-2022 02:21 PM
Kat viu sekarang ada drama bersiri tajuk hilang. Pasal kampung seri daik, busut, orang hilang/mati....

best cerita tu..tengah follow sekarang
Pages: [1]
View full version: Misteri Kg. Seri Daik, setiap yang ‘masuk’ pasti akan ‘hilang’ di sebalik busut


ADVERTISEMENT