Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-10-at-10.55.50-PM.jpegPETALING JAYA – Pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun petang tadi.
Berita mendukakan tersebut dikongsikan sahabat dan juga sepupunya menerusi media sosial sebentar tadi.
Menurut perkongsian rakannya dalam Instagram, Zeatyalia tidak akan mendedahkan punca kematian pemilik nama penuh Syazlin Suhaizan Zainal.
“Saya tidak akan berkongsi apa-apa kenyataan (terutama kepada media) sebab kematiannya untuk menghormati privasi keluarga Syazlin.
“Saya kehilangan rakan pada hari ini dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan perasaan diri saya sekarang.
“Kepala saya sangat serabut untuk memahami perkara ini. Sedekahkan al-Fatihah untuk Syazlin Zainal,” tulisnya dalam InstaStory.
Perkhabaran mengejutkan itu juga dikongsikan oleh sepupu Syazlin, Trisya Azahar menerusi Twitter yang meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham buat kali terakhir.
“Mohon doakan untuk sepupu saya, Syazlin Zainal. Semoga Alin tenang di sana dan syurga buatmu. Baru sahaja kita berhubung untuk berjumpa. Al-Fatihah,” ciap Trisya.
Syazlin difahamkan meninggal dunia di Johor bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan.
Sementara itu, ramai juga rakan artis menzahirkan ucapan takziah dan meninggal komen dalam Instagram anak seni yang juga dikenali menerusi dramaSitik Tok tersebut.
“Allahuakbar,” ujar Nadia Brian pendek.
“Al-Fatihah. Kami akan merindui awak, Alin (nama panggilan). Rehatlah sepuas-puas,” tulis Anna Jobling.
“Innalillahiwainalillahirojiun. Pergi terlalu awal,” tutur Scha Elinnea.
Syazlin juga pernah membintangi dalam beberapa drama seperti Takdir Yang Tertunda, Potong, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Ada Yang Ngikut.- KOSMO! ONLINE
Innalillahiwainnailaihirajiun...semoga mendapat rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman..Aminn.
Terbaca komen kata Arwah terjatuh...tapi takde details lain. Baca dlm komen kt IG, ade yg cakap terjatuh. Pastu story IG kena delete siap ade yg dpt baca tapi tak balas la plak bile tny tulis ape... Al Fatihah Rogue98 replied at 11-11-2022 01:36 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun...semoga mendapat rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang2 yg b ...
Ada baca gak,tp yg Komen tu dah delete . Nmpk org reply aje Innallillahiwainnailaihirojion. Al Fatihah Innalillah.. X kenal... Dh ada kematin dok jengok ig n tt dia.. Mak aisshh seksa.. Moga² adalah kebaikan Innalillah, takziah. Mati tak kenal usia. Nampak sihat fit je. Tak pernah kot tengok lakonan arwah sebab jarang tengok tv, nama pun tak familiar. Mungkin la popular juga cuma iols tak kenal Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Salam takziah buat keluarga arwah.. Tapi kenapa kawan dia pulak ckp serabut utk nak adapt pemergian arwah? Ferr_Remy replied at 11-11-2022 01:49 AM
Baca dlm komen kt IG, ade yg cakap terjatuh. Pastu story IG kena delete siap ade yg dpt baca tapi ta ...
i pun ada baca tu.jatuh can be 2 meaning. tapi katanya org yg komen tu tah sapa2
Innalillah...Tetiber aku teringat ugutan kavajayjay...."saya akan susahkheun hidup rakyat yg tidak mahu divaksin"... Takziah buat keluarga.
Nampak mlm td berita pasal arwah ni, tak kenal pun dia siapa tp jd hairan sbb ada yg komen suh delete ig la tiktok laa.
Eh biarlaah family dia nk tgk gak gambo2 dia buat kenangan.
Btw rasa tak berapa minat bila bitau kematian org tapi tinggalkan org lain dgn tanda tanya.
Cth tak bgtau sbb kematian/ waktu dan sbgnya.
Lagi korang nk sorok2 lagi la org korek2 nak tau.
So betterberterus terang jela sblm timbul fitnah bagai.
Suchi replied at 11-11-2022 07:20 AM
Takziah buat keluarga.
Nampak mlm td berita pasal arwah ni, tak kenal pun dia siapa tp jd hairan sbb ...
Elok la pdam ig dan tiktok dia. Cm komen aku baca smlm cmana la mlm pertama dia kt sana bila gmbr terdedah2 ni masih jadi tontonan.
Kesian dia nia_salina replied at 11-11-2022 04:51 AM
i pun ada baca tu.jatuh can be 2 meaning. tapi katanya org yg komen tu tah sapa2
Oh patut td kt fb harian metro pun ada org komen sebut pasal jatuh nih.
Abang arwah pun ada komen gak bila org tanya diaapa sbb meninggal dia kata menda berlaku dgn sgt pantas dan masih dlm siasatan. Diamondmoney replied at 11-11-2022 07:28 AM
Elok la pdam ig dan tiktok dia. Cm komen aku baca smlm cmana la mlm pertama dia kt sana bila gmbr...
Ok iols baru tgk so faham la napa suh delete. Iols ingatkan sheols mmg bertudung. Sbb gambo org post semua bertudung.
Rupanya dulu dia penah bertudung.
Suchi replied at 11-11-2022 07:20 AM
Takziah buat keluarga.
Nampak mlm td berita pasal arwah ni, tak kenal pun dia siapa tp jd hairan sbb ...
sgt sgt betul.lagi org beria korek nk tau kenapa.zaman skrg curiosity tu kuat.mula la org korek smua kawan2 dia bagai nanti
nak share berita kematian pun share lah terus terang. ni tinggalkan hint.
salam takziah btw. Suchi replied at 11-11-2022 07:32 AM
Oh patut td kt fb harian metro pun ada org komen sebut pasal jatuh nih.
Abang arwah pun ada komen...
Tgk dlm IG arwah,yg dia ucap besday kat abang dia tu,dia anak pompuan sorang kan. Ada 3 abang.
semoga Allah ampun kan dosa dosa kita ...
#alhamdulillah aku takde tik tok :D Innalillah….Takziah buat ahli keluarga. Ampuni la dosa, sejahterakan la kehidupan arwah di alam barzakh dan tempatkan la arwah dikangan org2 yg beriman dan beramal solih ya Allah……amiinnnn.