kingnocrown Publish time 22-10-2010 11:52 AM

Kaki Ombak

Post Last Edit by kingnocrown at 24-10-2010 01:36

"Apa yang awak takut dengan masa depan?", tanya Farid sambil memimpin tangan Qaseh menyusuri tepi pantai. Angin laut berhembus lembut, dada langit bergemerlapan indah dengan kerdipan bintang.

"Saya tak pernah rasa bahagia, saya takut kalau hari-hari esok juga sama", persoalan serupa bertalu-talu datang dan pergi dalam fikiran Qaseh.

Langkah mereka terhenti, Farid merenung tepat ke dalam dua anak mata Qaseh. Mata Qaseh jernih, penuh sayu, cuba mengharapkan satu jawapan yang dapat merungkai kekalutan hidupnya selama ini.

"Apa awak mahu terus hidup dengan kesedihan yang dah berlalu?", soal Farid sambil mengusap lembut rambut panjang paras bahu gadis kesayangannya yang beralun cantik.

"Saya tak pernah faham erti kasih sayang, apa lagi erti cinta, macamana saya nak percaya dengan semua tu?" , Qaseh menjawab, mata redupnya menjamah mesra wajah Farid.

"Awak tak perlu percaya, biar hati yang merasa. Bicara kasih sayang bukan tentang soal hidup tanpa air mata. Bicara cinta bukan soal kepuasan sementara", Farid merenung wajah Qaseh dengan seribu perasaan dan harapan. Gadis cantik itu tunduk memandang buih ombak yang membasahi kakinya.

"Tapi, kenapa susah sangat nak bahagia?", Qaseh terus keliru, tangan Farid digenggam erat, mengharapkan satu kekuatan.

"Awak, jawapan kepada harapan dan masa depan semuanya terletak di tangan tuhan. Yang berlalu itu ketentuan. Masih ada hari esok untuk kita terus sandarkan harapan. Mungkin jawapan kepada kebahagiaan awak ada di depan mata, tapi awak tak nampak, sebab…..", kata-kata Farid terhenti.

"Sebab apa?", tanya Qaseh penuh inkuiri, matanya tertancap tajam memandang Farid penuh pengharapan.

"Sebab awak tak merasa dengan hati, awak merasa dengan emosi", jawab Farid pantas.

"Bayang-bayang semalam selalu jadi igauan ngeri dalam hidup saya, saya tak kuat untuk semua tu", pintas Qaseh dengan wajah penuh duka.

"Maksud awak, hati awak tak kuat untuk mengharungi hari-hari mendatang?" , soal Farid lagi. Qaseh mengangguk lemah. Air matanya mula berguguran jernih.

"Tuhan anugerahkan kita dua mata, dua telinga, dua tangan, semuanya berpasangan, tapi hanya ada satu hati", Farid perhatikan riak wajah Qaseh, matanya yang beralis pendek mula mengecil. Qaseh membisu tanpa suara, cuba memahami apa yang dimaksudkan Farid.

"Satu lagi hati untuk kita temukan, dan jadikannya satu pasangan untuk terus mengharungi masa depan, itulah cinta."

"Saya harap hati itu ada di depan mata saya sekarang," kata Qaseh sambil mendakap erat tubuh Farid. Ombak pantai berdebur menghempas di tepian batu besar. Mereka terus melangkah, sayup-sayup kedengaran lagu 'Sungai Lui' dari sebuah kafe di hujung pantai.


Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini.


Lagu Sungai Lui nyanyian Aizat dari album terbaru, 'Urusan Aizat Amdan'.

http://www.akulinglung.com


(posted by mobile)

qimi08 Publish time 22-10-2010 12:46 PM

seteruskan lagi

midar Publish time 22-10-2010 02:43 PM

next pls!!!!

suyfea Publish time 22-10-2010 02:45 PM

hurmmm ..... cerita baru

mijot Publish time 23-10-2010 01:31 PM

dah abes ke???
next...

kingnocrown Publish time 24-10-2010 01:37 AM

jgn lupa dgr lagu Aizat..keh keh keh

jingga007 Publish time 24-10-2010 03:40 PM

u nk promote lagu sungai lui? just that?
mmg waste my time betul la.

fazss Publish time 1-11-2010 04:07 PM

apa sbnr yang berlaku ni!!!!!!!xplain plz...

uda08_za Publish time 1-11-2010 05:32 PM

Yeah.............ada crite baru.{:1_132:}

merahsilver Publish time 1-11-2010 05:35 PM

citer baru ke or just nak promote lagu?
kalu citer baru, mesti ada sambungan kan???

fazss Publish time 24-11-2010 11:08 AM

ape ctr la tuan rumah ni... hilang dlm kelam..
Pages: [1]
View full version: Kaki Ombak


ADVERTISEMENT