Raline Publish time 10-11-2022 02:08 PM

Young Syefura ‘Rara’ keguguran, bayi tidak membesar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-10-at-12.50.36-e1668058763705.jpeg
Young Syefura berkongsi berita sedih keguguran pada akaun Instagram.

Young Syefura ‘Rara’ keguguran, bayi tidak membesar

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengalami keguguran ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 semalam.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan menerusi akaun Instagram berserta gambar keputusan kit ujian kehamilan berwarna hitam putih.

“Saya ingat, saya ingin umum berita kehamilan saya selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Namun ramai yang perasan serta bertanya dan kemudian mengucapkan tahniah.

“Hari ini ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-33, saya menerima berita duka bahawa saya telah disahkan keguguran,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Young Syefura juga dikenali sebagai Rara memberitahu, kandungannya tidak membesar selepas enam minggu.

“Kandungan ini sepatutnya berusia lapan minggu. Terima kasih kepada semua di atas sokongan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Young Syefura masih aktif berkempen untuk PRU15 berdasarkan muat naik gambar terkini pada Facebook beliau.

Dalam masa sama, MCA menerusi hantaran Facebook turut berharap beliau tabah mengharungi dugaan tersebut.

“Walaupun kami berbeza pandangan politik, namun kami juga manusia. Semoga beliau tabah hati menghadapi dugaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11/10/young-syefura-rara-keguguran-bayi-tidak-membesar/

syitaeyqa Publish time 10-11-2022 02:55 PM

bukan rezeki.

haritu baca kt fb ada adun kt pahang yg masa pru 14 kempen tp xdpt full dana dr parti, then paksa husband buat personal loan utk dana kempen. janji nak byr kalau menang. bila menang jd adun, xnk byr. end up bercerai n now kawen baru. dlm fikiran i, dia ni je :sweat3:

TerataiMelur02 Publish time 11-11-2022 01:41 AM

Cantik.
Marian rivera malaysia:loveliness:

cik_ingeniare Publish time 12-11-2022 08:46 AM

salam takziah.. meols suka tengok rupa dia ni walaupun tak berapa gemar parti dia tu

Missfadh Publish time 12-11-2022 09:18 PM

Last year sebelum banjir Rara pregnant juga kan?

NazRysha Publish time 13-11-2022 05:12 PM

Suka tengok dia berbaju kurung cotton dan tudung bawal
Sweet sangat

flipolivio Publish time 13-11-2022 10:45 PM

pernah baca kat fb.. org cakap dia ni kaki troll juga kat twitter dulu before jd yb? betul ke? i xfollow sheols..

nanasno Publish time 14-11-2022 08:28 AM

takziah rara. insyallah ada rezeki lain Allah bagi
Pages: [1]
View full version: Young Syefura ‘Rara’ keguguran, bayi tidak membesar


ADVERTISEMENT