CARI-MAL Publish time 10-11-2022 12:02 PM

Pocong Ikut Solat Maghrib, Siap Pandang Muka Ketika Rukuk!

Tular kisah seram di sebuah asrama seperti yang dikongsikan seorang pelayar Twitter dikenali sebagai Emil.


Ceritanya, situasi seram itu menimpa rakannya ketika mereka menunaikan solat fardhu Maghrib di sebuah sekolah berasrama.


Ia persis filem seram Indonesia berjudul Makmum yang ditayangkan pada 2019 dan turut mendapat perhatian rakyat di negara ini.


Berbalik kepada cerita Emil, disebabkan terlambat hadir berjemaah di surau, dia dan rakannya terpaksa berada di saf paling belakang.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/10/115918zollnjtkkcn20o2x.jpgGambar hiasan/YouTube Alip Hajar




Cerita Emil, semasa sedang solat tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti orang sedang nafas.


Siapa yang tidak terkejut apabila mendengar nafas garau betul-betul di cuping telinga? Hembusan keras itu pula didengari semasa suasana hening dan sunyi sepi melainkan alunan bacaan surah daripada imam yang mengetuai solat jemaah.


Enggan solat terbatal dengan gangguan yang tidak pasti itu, dia membiarkan sahaja dan berpura-pura tidak mengetahui tentang apa yang sedang terjadi.


Namun, semakin lama bunyi dengusan semakin rapat dengan muka dan daripada lirikan ekor matanya menampakkan wajah hitam yang sedang ‘berbungkus’ menjengah di atas bahu kiri.


Ketakutan mula menguasai dirinya. Lantas mata dipejam dengan cepat dan rapat supaya tidak melihat lembaga yang mengganggu. Pada waktu sama, imam mulai rukuk.


Sejurus rukuk mengikut imam, dia yang merasakan bayangan seram itu hilang sekali lagi dikejutkan dengan pandangan ‘muka hitam’.


Ya! Pocong turut sama rukuk tetapi wajahnya menatap muka rakan Emil.


Dek kerana terkejut, rakan Emil menjerit dan mengelupur histeria. Pun begitu, imam masih meneruskan solat.


Pada masa sama, kedengaran jeritan beberapa wanita dari ruang solat perempuan, histeria bermula!


Seusai solat, jemaah lelaki cuba membantu mereka yang dirasuk dan dengan izin Allah semuanya berjaya dipulihkan semangat seperti sedia kala.


Hingga kini Emil masih tertanya-tanya tentang gangguan pocong itu, lebih-lebih lagi ketika rakannya sedang solat di dalam surau.




Sumber: mStar






Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

Sazreena Publish time 10-11-2022 12:47 PM

Tak terbakar lak ek..

salimrock Publish time 10-11-2022 01:24 PM

Sazreena replied at 10-11-2022 12:47 PM
Tak terbakar lak ek..

ko kena paham teori , evolusi, :lol:


dulu kalo orang solat, hantu / setan terbakar, namummereka telah evolve,

sama la cam dulu kamera tak leh amik gambar hantu setan, skrg dah evolusi,



HabukBesi Publish time 10-11-2022 02:46 PM

salimrock replied at 10-11-2022 01:24 PM
ko kena paham teori , evolusi,




setan milenium... :lol: :lol:

Sazreena Publish time 10-11-2022 03:25 PM

salimrock replied at 10-11-2022 01:24 PM
ko kena paham teori , evolusi,




Ikut peredaran zaman kekdahnya eh bang alim..;P

elzy Publish time 10-11-2022 03:26 PM

Pocong pun hensem, ada rupa.. ingat rupa reput..

LostStar Publish time 10-11-2022 10:26 PM

dah mcm cerita indon tu la... hantu sembahyang sama2... seremmmmmm

HuoJingJue Publish time 23-11-2022 09:04 PM

mana leh paling muka, batal la solat

RinIna Publish time 7-12-2022 10:33 AM

Fuh hantu setan zaman now... brani dah eh skrg... org tgh solat pun dikacaunya.. uish2..

nurkasih74 Publish time 10-12-2022 08:00 AM

Aku pernah tgh solat.. jin semak bacaan aku ok.. siap sound lg lps solat tu.. bacaan bagus.. masa solat tu.. berpeluh jantan betina nak kekal kusyuk dan teruskan solat.. sbb kena perati dan ikut bacaan aku.. kes bos aku kena rasuk (katanya)… siul lah bos tu..idup lg ke tak.. sbb lps blk fr konvensyen dgn bos tu..dia pecat aku..wakakaka..takut rahsia pecah ke…
Pages: [1]
View full version: Pocong Ikut Solat Maghrib, Siap Pandang Muka Ketika Rukuk!


ADVERTISEMENT