YgBenar Publish time 9-11-2022 11:19 PM

5 Jam Terkurung Dalam Bank, Gelagat Gadis Tertidur Sementara Tunggu Bantuan

https://vt.tiktok.com/ZSR3rqbDd/

Seperti yang kita tahu, setiap pintu di cawangan perbankan akan terkunci dengan sendiri selepas jam 12 malam bagi memastikan keselamatan. Pun begitu, masih ada segelintir yang belum tahu ataupun terlupa sehinggakan banyak kes individu terperangkap di dalam bank.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang gadis terperangkap di salah sebuah bank mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, gadis ini ingin mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin ATM namun secara tiba-tiba pintu tertutup dengan sendiri secara automatik dan dia tidak sempat keluar daripada bank tersebut.

Bagaimanapun, mujurlah ada seorang lagi rakannya yang berada di tempat kejadian, dia sempat meminta tolong bomba namun usahanya itu seakan sia-sia apabila bomba gagal membuka pintu tersebut.

Akhirnya, gadis ini terpaksa menunggu pintu tersebut terbuka dengan sendiri sekitar pukul 5 pagi bahkan akui itu merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“kenangan xpernah dilupekan..sumpah last masok bank ah” ujarnya di ruangan kapsyen

Lebih melucukan adalah, gadis ini sempat tertidur sementara tunggu bantuan tiba malah dikatakan kejadian berlaku di Parit Jawa, Muar.


Sumber@chahadah55

Perwira2022 Publish time 9-11-2022 11:29 PM

Bank patut sediakan katil

kechikchomel Publish time 10-11-2022 12:31 AM

Pukul 5 pagi baru buka ehh? Ayah iolss pernah g ATM kat bank pukul 4 lebih. Elok je terbuka.

bulalof Publish time 10-11-2022 07:51 AM

takkan takde back up solutions?

batmana Publish time 10-11-2022 08:01 AM

Patutnya kunci boleh dibuka dari dlm lepas pkul 12 mlm..ni maintenance xde..jadilah cmni

supernaturalee Publish time 10-11-2022 08:06 AM

sangkut x dgn abg bomba
5 jam...mcm2 cerita blh share ;P

makita Publish time 10-11-2022 08:08 AM

Masa meols kecik selalu imejin terperangkap kat Toys R Us. Hahaha
Masa meols foundation ada gang2 yg buat part time kat Toys R Us..dia kata ada 3 org bdk ni sengaja menyorok msa dorg nak tutup. Esok tu msa dtg keje..bersepah2 mainan..mmg dorg main kat dlm tu...abes kene menjawab dgn boss.

toteng Publish time 10-11-2022 08:13 AM

makita replied at 10-11-2022 08:08 AM
Masa meols kecik selalu imejin terperangkap kat Toys R Us. Hahaha
Masa meols foundation ada gang2 yg ...

Menarik cerita ni. Tak lernah terfikir pun.

brego Publish time 10-11-2022 08:37 AM

7085696288670436634

bottombikini Publish time 10-11-2022 08:49 AM

eiii aku idok le nak withdraw duit malam2 apetah lagi tgh malam
rasa tak selamat je

Suchi Publish time 10-11-2022 08:49 AM

Adoi sejukla tidur atas lantai tu, pastu err iols dh la jenis asik nak kencing je
Cemana tu tak terasa nk g toilet ke lelagi dah sesejuk gitu.
Biasanya sekitar jam 2-5 pg akan rasa sejuk sgt2.

ally9970 Publish time 10-11-2022 08:57 AM

dia sumpah tak masuk bank dah lepas ni... ye ker?

eyansss Publish time 10-11-2022 09:19 AM

bottombikini replied at 10-11-2022 08:49 AM
eiii aku idok le nak withdraw duit malam2 apetah lagi tgh malam
rasa tak selamat je

aku kalau terpaksa keluarkan duit, aku akan cari petrol pump yang ada atm...seriau wooo...

bottombikini Publish time 10-11-2022 09:24 AM

eyansss replied at 10-11-2022 09:19 AM
aku kalau terpaksa keluarkan duit, aku akan cari petrol pump yang ada atm...seriau wooo...

at least petrol pump tu ramai org kan

mdhelmi Publish time 10-11-2022 09:54 AM

kalaulah yang terkurung tu D4fi
walau cane pun mesti kene bukakan pintu jugak

eyansss Publish time 10-11-2022 09:57 AM

bottombikini replied at 10-11-2022 09:24 AM
at least petrol pump tu ramai org kan

aah dan takde la tetiba kena kunci...

Vynnvynn Publish time 10-11-2022 02:20 PM

mdhelmi replied at 10-11-2022 09:54 AM
kalaulah yang terkurung tu D4fi
walau cane pun mesti kene bukakan pintu jugak

Hahahaha semua menteri turun padang.. n habis la byk org kena pecat hahahaha

arm_band Publish time 10-11-2022 05:06 PM

memang kena tunggu sampai pagi ek? dah la sejuk, nak terkencing berak camne?

aku jarang gi atm bank, pegi petrol pump je dekat

tootii Publish time 10-11-2022 05:08 PM

aku kalau tak nak rasa nk kencing atau berak, ok lagi duk dlm tu lelama .. tido cantik2 .. hahahaa

doubleharmonic Publish time 10-11-2022 06:14 PM

bahaya la tengah malam buta ko nak gi atm. tak takot ke penjahat dah standby kat luar tu dahla orang ramai pon takde
Pages: [1] 2
View full version: 5 Jam Terkurung Dalam Bank, Gelagat Gadis Tertidur Sementara Tunggu Bantuan


ADVERTISEMENT