Raline Publish time 8-11-2022 09:20 PM

Keuntungan MR D.I.Y melonjak kepada RM101.18 juta

Keuntungan MR D.I.Y melonjak kepada RM101.18 juta

https://assets.bharian.com.my/images/articles/HQ270622SK036_1667911851.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y, Adrian Ong -NSTP/Aziah Azmee


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih MR D.I.Y Group (M) Bhd meningkat 12 peratus kepada RM101.18 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2022 daripada RM90.35 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan juga melonjak 25.8 peratus kepada RM966.17 juta daripada RM768.02 juta sebelum ini, berikutan pertumbuhan jualan kedai sama yang positif dan peningkatan dalam jumlah keseluruhan kedai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata rangkaian kedainya berkembang 23.4 peratus pada suku ketiga 2022, daripada 841 kepada 1,038 kedai, membawa kepada peningkatan 40.1 peratus tahun-ke-tahun dalam jumlah transaksi kepada 35.8 juta.

"Peningkatan itu juga mencerminkan kesan langkah sekatan pergerakan pada suku ketiga 2021 yang membawa kepada penutupan sementara beberapa kedai dan menurunkan trafik keseluruhan," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y, Adrian Ong berkata suku itu menyaksikan pertumbuhan hasil yang kukuh dan jumlah urus niaga yang lebih tinggi, mencerminkan daya tahan perniagaan semasa tempoh inflasi berterusan dan ketidaktentuan ekonomi ini.

"Pelaksanaan dasar gaji minimum yang lebih tinggi telah dan akan terus memberi kesan kepada perbelanjaan operasi kami, tetapi kami yakin kami akan dapat mengurangkannya dengan pertumbuhan berterusan dalam hasil," katanya.

Mengenai prospek, Mr D.I.Y berkata ia kekal yakin dengan keupayaannya untuk mencapai pertumbuhan mampan jangka panjang berdasarkan kekuatan asas perniagaan, ekonomi unit yang kukuh bagi kedai-kedai MR D.I.Y, dan kemajuan yang dicapainya dalam pertumbuhan kedai baharu.

"Sasaran kumpulan untuk 2023 adalah untuk terus membuka sekurang-kurangnya 180 kedai baharu merentas ketiga-tiga jenama (iaitu MR D.I.Y, MR TOY dan MR DOLLAR)," katanya.

Mr D.I.Y juga mengumumkan dividen satu peringkat interim sebanyak RM0.005 sesaham biasa untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, dengan pembayaran akan dibuat pada 21 Disember 2022.

-BERNAMA


laurawoods Publish time 15-11-2022 11:51 AM

Boleh dikatakan syarikat MR D.I.Y sedang dalam proses pembangunan yang amat kukuh.
                                                            nyt sudoku 1001 tips

adila39 Publish time 1-12-2022 10:07 AM

cemana nak komplen eh, diy ni stock sepah sepah nak lalu pun payah. tu je la yg tak best diy ni
Pages: [1]
View full version: Keuntungan MR D.I.Y melonjak kepada RM101.18 juta


ADVERTISEMENT