kubakoya Publish time 20-10-2010 12:13 PM

Komedi Romantis - Adamariam ~

Pagi sejuk tapi berdebu, berasap, buat hidungnya gatal semacam. Mariam menenyeh-nenyeh hidung mancung miliknya sebelum dia terbersin tiga kali. Dia kemudian membetul-betulkan bajunya - baju kemeja biru muda lengan pendek. Bahagian lengan selebihnya tutup guna penutup lengan warna coklat pudar. Kain tudung hitam masuk dalam baju. Baju kain cotton itu pula tuck in ke dalam seluar slack hitam beli di pasar malam di Bayan Baru. Sebuah seragam lengkap seorang minah kilang muslimah nan bergaya.

Para pekerja berkemeja sama seperti Mariam berpusu-pusu ke depan.

Mariam pula tercegat betul-betul di depan pintu pagar besi tinggi berwarna merah buruk dan bercerucuk tajam itu. Di belakang pagar sana, dia melihat sebuah bangunan kilang yang besar, mengunjur dari kiri ke kanan. Tiga tingkat, berwarna jingga susu. Di tengah-tengah bangunan ada satu pintu masuk mewah - pintu automatik kaca dengan beberapa baris tulisan. Pokok-pokok hijau pula menempati ruang parkir di depan bangunan memayungi beberapa buah kereta. Mariam mendongak ke sebelah atas bangunan. Ada struktur tulisan besar di situ.

MATSUSHIROTA ELECTRONICS (M) SDN BHD

Tengok pada nama sudah timbul rasa takut. Urusan-urusan dalam kilang itu pula pasti sangat-sangat serius. Puluh-puluh juta ringgit punya kerja. Import eksport tak payah cerita. Kalau salah mesti kena tengking dengan bos.

Gulp! Mariam menelan air liur kelat. Mariam, control control, selawat... selawat... Allohummasolli-

"Oit, Yam. Kau ok ke?"

Mariam berpaling ke arah Suli yang turut tercegat di sampingnya. "Aku ok aje." Jawapan Mariam separuh hati.

"Kalau ok, apa kata kau ikut aku masuk sebab jam sudah nak dekat lapan setengah pagi. Kalau lebih, kau kena caj datang lewat tahu? First day pulak tu."

"Tahu tahu." Mariam mula menadah tangan.

"Erk! Kau nak baca doa ke?"

Mariam meraup muka. Menjeling Suli, rakannya yang berasal dari Johor itu. "Doa mula kerja. Biar berkat. Ada mengerti Cik Suli, Supervisor bahagian Produksi?"

Suli sengih. "Okey okey ustazah Mariam. Jom kita masuk."

Mereka berdua lalu beriringan masuk selepas Suli menyentuh kad pekerjanya di permukaan pengimbas. Seorang pak guard India berbadan gempal dengan lengan berbulu memerhatikan saja mereka berdua.

"Oh, Suli, boleh aku tanya." Mariam bersuara semasa mereka berdua melenggang ke pintu kaca kilang.

"Apa dia?"

"Bos kita garang tak?"

Suli senyum berpaling memandang Mariam. Mariam melihat wajah Suli yang hitam manis dan bujur dengan rambut lurus ke paras bahu itu macam memberi reaksi pelik pada soalannya.

Mariam angkat kening sebelah buat-buat muka blur bermaksud, 'Kenapa? salah soalan?'

"Bos kita ya..." Suli akhirnya menjawab. "Bos kita seorang lelaki..."

Seorang lelaki... Ok, lagi? Mariam memandang Suli yang sudah diam dan senyum sendiri."Aik, itu aje?"

"Tak apa nanti kau akan kenal bos kita," kata Suli, "yang pasti dia seorang yang... hmmm... agak serius!"

Agak serius? Ah lelaki kalau bab kerja memang serius memanjang. Dalam kepalanya, Mariam membayangkan satu watak koperat yang berpakaian kemas dan berwajah serius. Hmm... mesti hensem!

"Nama dia Adam..." kata Suli tanpa dipinta.

kubakoya Publish time 20-10-2010 12:21 PM

Masuk saja ke dalam, ada bau lemon di udara. Lantai mozak polimer warna coklat seakan tanah bersih berkilat. Suasana memang nyaman menyegarkan, hidung Mariam lantas bernafas lega. Bibir yang berwarna pink semulajadi miliknya ada garis senyum.

"Waaa... kemasnya tempat niii..." kata Mariam.

"Bukak kasut, pakai ni." Suli yang berpakaian seragam sama seperti Mariam tetapi free hair mengambil sepasang sandal Asadi warna hitam dari satu rak putih.

Kasut Converse kelabu Mariam letak atas rak, sandal disarung. Lembut. Seluar hitam, selipar hitam, kakinya yang dijungkitkan nampak makin gebu, makin putih. Gelang kaki emas makin berkilau. "Eh cantik la selipar ni huhu. Suli, apsal kena pakai selipar ni?"

"Peraturan. Aku rasa sebab jaga kebersihan. Kilang ni kilang elektronik, barang-barang kecik dan sensitif. Kebersihan sangat penting."

"Ooo..." Mariam angguk.

Mariam sempat melihat sekeliling. Foyer itu moden dan canggih. Luas ruangnya. Ada set sofa kulit. Tepi dinding ada almari kaca menempatkan pelbagai model produk kilang - kamera, camcorder, DVD player, LCD TV dan macam-macam lagi. Sijil macam-macam anugerah tergantung kerek di dinding sebelah. Di satu dinding yang lain pula ada sebuah TV skrin LCD sebesar meja makan memainkan video grafic computer cara-cara memasang DVD player buatan Matsushirota dengan bantuan suara dalam bahasa Jepun.

"Jom." suara Suli.

Mariam menuruti Suli menaiki tangga berkarpet merah sepenuhnya dengan hand rail kayu. Di atas, ada walkway. Suli terus ke depan jalan laju, Mariam yang mengikut dah jadi ala-ala jogathon. Dinding walkway warna jingga susu dihiasi beberapa lukisan abstrak. Sunyi dan sejuk, persis walkway kat hospital.

"Kita nak ke mana ni? Ini kilang ke hospital? Tak ramai orang pun?" tanya Mariam agak becok.

"Kat sini bahagian management, orang tak ramai." kata Suli, "kita nak ke depan sana department HR, aku kena tinggal kau kat sana. Nanti sorang pompuan cina akan briefing kerja kau. Dia tak masuk lagi, kau tunggu aje depan pintu HR tu ya. Dia supervisor kau nanti lah. Diorang tak kasi kau duk production line aku, diorang takut nanti kita bersembang time kerja."

"Sembang sikit pun tak boleh?" Mariam berkerut.

"Uu... uk." Suli geleng kepala. "Okey Yam, aku kena masuk line ni. Nanti mengamuk pula bos kita tu. Kau terus je ke sana ek. Err... Burrppp!" Bau nasi lemak keluar.

"Hish." Mariam mencemik. <i>Sendawa macam bapok!</i>

"Oppss sorry." Suli ketawa.

Mariam dapat lihat di hujung walkway di depan sana, ada satu pintu berwarna biru yang terbuka sebelah. Sebelah pintu yang tertutup tertera perkataan 'Human Resource'. Jadi ke situlah dia kena pergi.

"Okey, Suli thanks."

"Wokeh Darling! Kerja elok-elok tau." Suli berpaling dan melangkah. Tapi terhenti. Menoleh. "Oh ya, lunch nanti aku ke tempat kau eh, kita makan sama. Kau tu orang baru, comel pulak tu, aku takut kau kena sambar dengan abang-abang technician tu je. Last-last kau yang kena makan." Suli gelak.

Mariam sengih saja.

Suli beredar. Sengih Mariam reda sambil memerhatikan goyang pinggul rakannya itu menjauh.

Mariam berpaling dan perlahan-lahan jalan ke depan. Tak ada orang di walkway itu, berada sorang-sorang di tempat asing buat dia rasa sedikit saspens. Dalam hidupnya, ini pertama kali dia datang kerja. Oleh itu perasaannya agak gementar sebenarnya. Dia usha line. Kiri kanan ada bilik-bilik lain dengan pintu biru tertutup - lagi lah saspens. Gadis cerdas macam Mariam terus tertanya-tanya dalam bilik tu ada apa? Ada bos kah? Department R&D tertulis kat pintu ni apa dia? Buat apa?

Kreetttt...

Satu bunyi buat Mariam terkejut...

kubakoya Publish time 20-10-2010 12:28 PM

Post Last Edit by kubakoya at 20-10-2010 17:41

Kreettt....

Bunyi apa, Mariam tak tahu. Yang dia tahu, kat depan itu nampak signboard tandas dan tiba-tiba dia rasa nak buang air kecil. Masuk-masuk aje tandas, Mariam dah kagum. Punya la wangi orang Jepun punya tandas ini. Suli beritahu semalam syarikat ini orang Jepun punya, maka pandai-pandai sajalah Mariam agak piawaian tandas itu ikut stail Jepun.

Satu masalah timbul masa nak istinjak. Gelabah dia bukan kepalang sebab kepala paip togel tak ada hos getah panjang tu, manakala lantai pula kering elok saja. Buka paip mesti lantai kering bersih itu akan digenangi air. Pakai tisu aje ikut stail Jepun? Hish tak kuasa. Mariam mencemik. Belasah sajalah. Buka paip sikit, air keluar banyak.

Lantai kering kini berlopak. Sandal Mariam turut basah. Keluar takut-takut, intai kiri kanan orang tak ada. Fuh legaaaa...

Masa cepat-cepat nak keluar tu, Mariam sempat juga melirik cermin sinki. Hmm... bibirnya nampak lebih cantik bawah sinaran lampu tandas yang terang. Makin berkilat selepas pekena gloss Maybelline si Suli.

Hui, melaram betul aku. Mariam senyum. Dan percayalah, Mariam sendiri tahu dan bukan dia perasan sorang sebab semua orang kata - senyuman itu mampu mencairkan sesiapa saja.

Mariam cun. Especially tang bibir. Bibir Mariam cantik. Tak ralat untuk katakan di kampus dulu, bibir dialah paling cantik. Kalau Angelina Jolie tu dah tahap macam ke arah cacat dah. Ini, Mariam punya bibir ni, memang terletak dan dibentuk Allah penuh seni. Lebar cukup-cukup, tebal cukup-cukup. Bentuk mungil macam dilukis-lukis. Warna pink sebab kulit dia putih. Moncong cukup-cukup kalau pandang dari sisi memang menjadi kegeraman para jejaka. Bila katup ia penuh, bila senyum ditarik.... MasyaAllah, makin panjang kalau nak cerita nanti jadi cerita lain.





http://4.bp.blogspot.com/_Ot91F5l4moM/TBj-FCItL5I/AAAAAAAAC9o/dMEFl4lWl-Q/s1600/bibir.jpg






Keluar dari tandas, dia meneruskan langkah ke bilik HR.

Kreeettt...

Bunyi itu mengganggu lagi dan kali ini tahulah Mariam bahawa itu bunyi sebuah printer besar gedabak kat dalam bilik sebelum sampai bilik HR.

Automatik kakinya melangkah mendekat. Tak pernah seumur hidup dia lihat printer sebesar itu. Matanya bulat, mulutnya terlopong kagum.

Ini bapak segala printer ni!

Kertas putih sebesar tikar mengkuang nenek dia masuk ikut belakang printer, keluar sikit-sikit ikut depan. Mariam melihat kepala printer warna neutral (putih susu) sebesar kotak kasut itu bergerak laju dari kiri ke kanan kemudian balik ke kiri dengan lebih laju, kemudian print lagi zreett zreett zreett dari kiri ke kanan.

Akhir sekali apabila proses cetak itu siap, kertas bersaiz A0 siap bercetak lukisan kejuruteraan itu terus melayang jatuh sebab rubber gripper untuk hold kertas itu sementara dakwat kering selepas habis printing rosak. Manalah Mariam tahu mende alah gripper tu rosak. Apalagi, melompat Mariam di situ. Tujuannya mahu mengelak, tapi malang sekali kertas itu macam tahu arah tuju kaki Mariam.

Ah, sudah! Mampus aku! Mariam menutup mulut, mata bulat melihat kertas itu di bawah tapak seliparnya. Dia alih kaki perlahan-lahan.

"Ehem..." - deheman seorang lelaki.

Alamak, siapa? Mariam alih kaki cepat-cepat. Dari kertas yang sudah bercop tapak seliparnya itu berdakwatkan air tandas, pandangannya perlahan-lahan beralih dan kini tertancap pada seorang pemuda yang sedang berdiri di muka pintu bilik printing tu.

Wajah pemuda berkulit sawo matang itu kosong. Tak ada rupa nak marah, rupa nak jadi Hulk? Pun tak ada.

Mariam tunduk balik tengok kertas besar yang ada tapak seliparnya. Gulp! Habislah.

Pemuda itu yang sebentar tadi print drawing dari komputernya dan dia sekarang mahu ambil drawing tersebut. Kini, kerjanya dipijak seorang minah kilang yang tak pernah dia tengok. Minah tu ingat 'cop' dia boleh pakai untuk sahkan drawing barangkali. Tapi... Dia memandang gadis itu dari bawah naik ke atas...

Hmmm... minah ni... cun juge!

"So so sorrii..." suara Mariam macam nak tak nak keluar.



bersambung...

bintang Publish time 20-10-2010 04:14 PM

Menarik. Bahasa santai, penulisan yang baik tanpa cacatkan bahasa.

Kerana unsur komedinya agak unik, tersenyum jek bintang baca.. sesuai dengan genre yang telah diwar-warkan pada depan pintu masuk.

bintang Publish time 20-10-2010 04:31 PM

Oh ya pacik kuba... masuk la pertandingan yang pacik Ace anjurkan tuh... bantu meriahkan bod neh :loveliness:

shahrinas Publish time 20-10-2010 04:54 PM

abislah YAM... :L

kubakoya Publish time 20-10-2010 05:33 PM

Dah baca pertandingan tu tadi, tapi tak cerap la plak mcm mana nak join. Satu hal tak pahang bahase teganung hehehehe. kelako betul.

kubakoya Publish time 20-10-2010 05:40 PM

Post Last Edit by kubakoya at 20-10-2010 17:44

Adamariam 4


"Nama dia apa?" Soal Epoi. Gigit donut sepenuh mulut. Nyum... nyum.... tak cukup gigi dia kunyah donut nan sedap itu. Mata pula meliar usha gadis kilang sedang beratur di kaunter bayaran. Memang itulah tujuan dia pilih meja tak jauh dari kaunter bayaran. Ramai minah kilang yang cantik-cantik, tapi bukan standard dia untuk mengorat minah kilang buat bini. Buat geli-geli boleh ler, fikir Epoi.

"Mariam." Jawab Adam. Sruuppp... hisap air sirap dengan straw.

"Meriam?"

"Mariam lah ngok."

Epoi gelak. "Ko jumpa kat mana?"

"Bilik printing, pagi tadi. Dia nak report duty dengan Miss Ang tadi... tapi entah apa dia buat kat depan plotter tu. Tak pernah tengok menda tu kot. Aku pergi nak ambik drawing aku lepas print. Sekali drawing aku tu duk bawah kaki dia... hadoi.. "

"Drawing untuk kau punya DVD line model baru tu?"

"A'ah. Yang nak bagi dekat plastic Vendor. Saiz A0. Selipar dia pulak basah sebab dia baru keluar tandas. Habis aku kena print lain. Kau tau la A0 punya kertas Chew control, macam-macam alasan aku buat untuk dapatkan kertas lain."

"Kau marah dia ke?"

"Ikutkan nak marah memang lah... tapi... kau tahulah plotter tu gripper dia dah barai, may be budak tu tak nampak drawing kat lantai pastu pijak... lagipun... hmmm... budak baru, nampak muka dia dah pucat biru, mata dia..."









http://3.bp.blogspot.com/_Ot91F5l4moM/TBChwUavR4I/AAAAAAAAC3Y/ftoahwvh86M/s1600/mata.jpg


http://3.bp.blogspot.com/_Ot91F5l4moM/TBChwUavR4I/AAAAAAAAC3Y/ftoahwvh86M/s320/mata.jpg





"Mata dia kenapa?"

Cantik...

........

.......


"Hallo...Mata dia kenapa?"

"Oh, err..." Adam menggelabah jeling Epoi sekilas, "mata dia merah macam nak menangis, kesian pulak."

...

Mariam tunduk, ambil, dan hulur kertas drawing besar itu kepada Adam. "Maaf, tak sengaja." Mariam berdiri kaku terus tunduk tak berani angkat muka.Tangan kiri dalam poket seluar, Adam ambil guna tangan kanan. Muka bersahaja tak ada emosi ketika melihat sebentuk kesan tapak selipar Mariam menghiasi lukisan kejuruteraannya. Dakwat lukisan merekah mengikut bentuk bunga tapak selipar itu. Jelas sekali lukisannya dah rosak."Hmm... Drawing ni harga dia seribu." Adam bersuara datar.Seribu? Mariam angkat muka. Muka memang dah mahu pecah nak menangis. Bibir mata dah mulai merah, pipi pula memang merah sedari tadi. Hari pertama datang kerja dah rosakkan harta syarikat. Kerana dia kagum akan ke'kompleks'an lukisan itu, dia percaya harganya satu ribu. Mariam mulai menangis. Mak... nak balik...
...

"Seribu?" Epoi lalu ketawa macam syaitan.

"Itulah, dia percaya pulak tu. Kertas tu singgit je haha."

"Lepas tu apa jadi?"

"Miss Ang datang..."

...

"Mariam?" suara seorang wanita ada slang cina.Adam berpaling ke belakang melihat Miss Ang tercegat di pintu bilik printing. Amoi andartu berwajah serius itu betul-betulkan spek mata bingkai bulatnya tenung wajah Mariam. Kemudian beralih kepada Adam pula. Cepat-cepat Adam sembunyikan drawing yang dah rosak di belakangnya. "Kenapa Encik Adam? Ada masalah ke?" Miss Ang mulakan soal siasatnya. Adam? Mariam kelihatan agak terkejut. Jadi.... dia Adam."Tak." Adam senyum. Muka cool buat-buat. "Tak ada apa-apa. Dia tanya ini mesin apa, jadi saya cuba jelaskan."Mariam tenung muka Adam. Tak ada apa-apa? Aku baru pijak drawing dia...."Habis kenapa dia menangis?" Miss Ang masih mahu mengorek."Menangis?" Adam pandang Mariam sekilas. "Mata dia masuk habuk kot. Uhuk uhuk... ekhem... tengok banyak habuk ni kita kena buat 5S lebih sikit ni.""Hmm..." Miss Ang mara mendekati Mariam. "Apa-apalah. Okey, Mariam ikut saya. Saya Ang, supervisor kamu."Gadis melayu dan amoi cina itu bersalaman. Sekejap memandang muka Miss Ang, Mariam menjeling Adam.Adam senyum.Mariam berpaling ikut Miss Ang keluar. ...

"Aiii... udah lah kau Dam. Kau nak tambah dalam koleksi kau ke. Koleksi minah kilang hati lara dikecundangi Encik Adam."

"Hish. Budak tu... nampak baik."

"Aii serius nampak." Epoi bagi pandangan tajam dan sinis buat Adam.

"Kau ni... macam-macam. Setakat cantik saja, tak menjamin kebahagiaan tahu?"

"Maaaakkkk aii... kau Dam. Baguslah kau dah matang. Tapi.. Tadi kan kau jugak cakap budak tu baik."

"Aku cakap nampak baik, okey?" Adam berpaling ke sebelah kiri melihat kumpulan Lina production line 13 sedang makan sambil gelak-gelak. Kumpulan gadis kilang tempatan paling vogue di sini. Siang pakai seragam kilang nan sopan, malam pakai seksi-seksi pikat jantan. Selalunya mereka berlima, hari ini... Adam bilang ada 4. Adam amati... hmm... Aida tak ada. Cuti kot. Hmmppp... zaman sekarang susah nak percaya kalau sekadar tengok pada pakaian.

"Ehem... Encik Adam."

Adam tersentak. Epoi tak akan panggilnya Encik, dan suara halus itu semestinya bukan suara Epoi. Adam berpaling, melihat dua orang gadis yang sedang berdiri di sisi meja mereka.

Mariam!... Suli?



bersambung lagi daaa... ngeh333...

nallepooh Publish time 20-10-2010 08:23 PM

sambung jgn tak sambung..best ni

suyfea Publish time 20-10-2010 08:26 PM

arrggghhh .... ada cerita baru lagi {:1_152:}

adalia Publish time 20-10-2010 08:28 PM

menarik2..sila sambung lg..{:1_152:}{:1_152:}

kubakoya Publish time 20-10-2010 11:11 PM

Adamariam - 5

Dalam bilik pakai seluar tiga suku dengan T shirt 'over size'. Hari Ahad, Mariam bersantai baca novel bintang-bintang ke syurga tulisan Xarine. Meniarap atas katil, kaki terbuai-buai dilipat ke atas. Memang damai. Bantal bawah dada, mata kukuh pada bait demi bait buku yang serius.

Tutt... tuuttt...tuuuuutttt...!!

Mariam menjeling hand phone berkelip-kelip di sisi. Ada mesej. Hmm...

Sambung baca buku. Muka surat 123. Belek ke 124... 132...

"Oh my God!" Suara Suli.

Errkk! Suli? Apakah? Mariam katup buku. Lihat telefon tangannya dah berada di tangan Suli. Muka gadis genit berseluar pendek berbaju T pink size kecil itu pula sengih besar macam kena loteri dengan mata lekat dekat skrin. Pintu bilik di sebelah belakang Mariam, justeru dia tak sedar bila Suli masuk.

"Hei, sejak bila aku bagi kau lesen baca sms aku?" Mariam bingkas duduk.

Suli menapak ke belakang sikit, jauh dari capaian Mariam kalau-kalau Mariam nak rampas balik telefon tangan itu. Suli sengih, "ooo..." Dia hayunkan telunjuk kat udara.

"Ooo?" Mariam buat muka 'blur', "ooo apa? Bak balik."

Suli hulur telefon tangan Mariam.

Mariam ambil.

Suli peluk tubuh. "Ai, aku tak tahu pun kau ada nombor Adam. Dah main sms pulak tu."

Mariam buat tak dengar lalu tunduk baca sms.

A'kum Mariam, saya dan Epoi nak ajak awak dan Suli makan malam ni. Boleh tak?

"Aku dah agak dah." Suli lagi.

"Ai... Agak apa nya?" Soal Mariam, letak telefonnya kat atas buku atas bantal, biar dulu tak boleh balas lagi.

"Well," Suli duduk sebelah Mariam, "aku dah agak bila teruna kacak jumpa si dara jelita... cinta akan ada."

Cinta? Adam? Mariam tenung Suli yang bibirnya ada baki sengih sikit-sikit. Hmm... boleh percaya ke Adam?

.....
Adam berpaling melihat dua orang gadis berdiri dekat mejanya. Suli dan Mariam. Aktiviti melahap donut oleh Epoi terhenti sebentar lantaran kelibat Mariam buat dia rasa menyesal tak bubuh minyak pada rambut lebih sikit atau kasi pacak saja agar lebih hensem. Mariam ini cantik rupanya, fikir Epoi."Encik Adam," Suli bersuara."Ya." Adam beri tumpuan pada Suli. "Saya minta maaf bagi pihak Mariam. Dia budak baru, memang salah dia pergi pijak drawing tu. Tapi encik tak patut tipu dia macam tu.""Tipu?" Adam masih tenang. Dia tahu, buat-buat tak tahu saja. Sempat dia mengerling Mariam yang sunyi sepi."Ya lah. Drawing tu, kertas tu kan murah aje.""Murah? Kalau saya jual kertas design tu kat black market, lebih seribu tahu Suli." Adam sengih. Suli diam. Adam kerling Mariam lagi. Kesian pula nak usik lebih-lebih bila tengok muka naif Mariam. Naif atau comel? Come on Adam..."Okey okey," Adam angkat kedua tangan, tanda menyerah, "awak berdua... saya minta maaf, okey?"
.....

Kata mak Odah yang Mariam pegang, jangan mudah percaya pada lelaki. Senang diperdaya nafsu sendiri, senang minta maaf. Ayat manis ya rabbi.

Mariam agak skeptikal dengan cinta. Dia masih 21 tahun, sangat muda. Justeru, Mariam fikir masih belum sesuai untuk dia memikirkan soal cinta lantaran fikiran muda banyak silapnya. Berkawan tak apa sebab persahabatan tak ada apa-apa komitmen yang melibatkan keluarga. Lagipun, lelaki sekarang susah untuk dipercayai.

"So?" Suli.

"So apa?" Mariam.

"Malam ni amacam?"

"Entahlah. Kau rasa macam mana?"

"Aku rasa dia nak pujuk kita tu. Eh maksud aku, nak pujuk kau haa... Aku rasa, okey juga. Boleh sembang dengan Adam. Mana tahu dia syok kat aku hihi."

Mariam cuit tulang kering Suli. (Dalam bahasa Kelate disebut: coket baca 'k' dengan sabdu)

Suli menggeliat. "Hei!"

"Ada hati juga ya..."

"Mestilaaa..." Suli kemudian sengih sambil dongak berangan tenung siling macam wajah Adam ada di situ. "Tu la kau tak tahu. Kat kilang tu, Adam top tahu? Dulu dia baik dengan budak-budak production lebih-lebih lagi geng line 13, tapi sekarang dia dah slow sikit sebab dia tak suka pompuan-pompuan tu ajak dia kawin."

Mata Mariam bulat tengok Suli.

Suli tambah. "Kau tahu la pompuan-pompuan tu dengan engineer. Adam buat baik sikit, mula la merenyeh tak tentu pasal. Gosip sana sini. Adam rimas, jadi sekarang dia tak mesra macam dulu."

"Ooo..."

"Betul aku cakap ni, serius aku terkejut tengok sms tu. Cepat betul korang tukar-tukar nombor phone ya."

Mariam senyum. "Dia minta nombor aku dengan Miss Ang. Dia cakap dia nak minta maaf. Tu je."

"Aku rasa," Suli bangun menuju jendela. Nampak bumbung kompleks Bukit Jambul dari situ. "Adam syok kat kau."

"Eeee.. aku ni minah kilang tahu? Dia engineer..." Mariam gelak.

"Kau tu lagi dua sem dapat ijazah. Ki-" Ayat Suli terhenti mengejut. Tiba-tiba saja ilham yang cukup bagus timbul dalam kepalanya. Tanpa lengah dia terus mendekati Mariam semula. "Hei, Adam tahu kau ambil ijazah?"

Mariam geleng.

"Kau ada citer apa kat dia lagi?"

"Tak ada apa-apa, ini sms ke dua dia. Aku baru sms dia seketul."

"Bagus," Suli sengih, tanduk dah keluar. "Dia pernah tipu kau kan. Sekarang kita buat plan. Tengok macam mana dia boleh terima kau seadanya."

Terima aku seadanya? "Kau nak buat apa?"

"Macam ni..."


bersambung....

kubakoya Publish time 20-10-2010 11:22 PM

Terima kasih membaca dan mengomen... orang baru, minta tunjuk ajar. :)

kubakoya Publish time 21-10-2010 02:05 PM

Adamariam - 6

Mariam pakai baju kurung moden. Tanah warna biru muda cair berhias bunga orkid ungu dicanting tangan tumbuh dari bawah disertai daun hijau panjang nan lembut beralun. Dua ranting meliar naik sampai ke bahu kiri. Kain pula biru muda kosong sedikit gelap. Tudung sutera warna neutral lilitan Wardina, dikunci di tepi bahu kiri dengan kerongsang rama-rama dihias kristal merah.

Siap!

Mariam keluar dan melangkah ke bilik Suli. Berhenti di pintu. Nampak Suli tengah betul-betulkan rambut, pakai baju Central Kink Blouse hitam lengan pandak. Dari sisi, Mariam lihat lengan dan leher Suli terdedah gebu dan bersih. Leher itu cantik dihiasi seutas rantai emas halus. Seluar jeans Suli padat dengan punggung bulat.

Boleh tahan seksi juga kau Suli!

Tiba-tiba Mariam nampak Suli teropong ke dalam lubang hidung kat dalam cermin. Khusyuk macam cari benda hilang kat dalam tu. Lepas tu Suli korek hidung dan menjentik sesuatu ke luar tingkap cermin nako di sebelahnya. Mariam mencemik. Eeee... seksi dah seksi tapi selekeh!!

Dia langkah masuk. "Ehem!"

"Hei..." Suli sengih. "Kau ngintai aku ke apa. Amacam, cantik tak?"

"Kau pakai apa pun cantik Suli." Mariam memuji.

Suli berkulit hitam manis. Berkat Fair and Lovely, wajah Suli lebih cerah, bersih dan segar. Walaupun tak secantik anak tukang solek menang anugerah, tetapi Suli punya aura tersendiri. Rambut hitam panjang. Muka ala-ala nak mami, dan Suli punyai lesung pipit yang comel. Cuma dia agak pendek sikit. Dan... clumsy atau kepoh?

"Wahhhh." Suli berpaling meneliti Mariam. "Kau ni haaa... memang wanita melayu terakhir! Cantik kau pakai baju ni Yam. Adam mesti cair malam ni fuh." Tangan Suli mencapai lengan Mariam.

Mariam melihat tangan Suli itu bergerak ke arahnya dalam slow motion. Tangan itu... bukankah? Mariam terjelik dalam hati, control muka... Suli tangan kau korek hidung pegang akuuuu!!

"Kenapa Yam?" Suli tengok Mariam sengih macam kerang.

"Err... tak de pa pe. Dah siap blom?"

"Dah, jom!" Suli capai tas tangan dan kunci kancil miliknya - versi EX850 gear auto warna merah ekzos besar.


***


Restoran Teluk Tempoyak. Tepi pantai, berhias baru selepas dirempuh Tsunami. Pagar kayu yang hanyut diganti pagar besi tiang konkrit nampak lebih agam. Malam sangat romantik dengan pengcahayaan lampu kuning. Laut nampak hitam, berkelip-kelip bila berolak akibat pantulan cahaya bulan. Angin lembut sepoi-sepoi.

Malam ini keindahan alam di Teluk Tempoyak langsung tenggelam. Adam telan liur. Keindahan Mariam betul-betul buat dia haus.

"Minum apa encik?" Tanya tukang ambil order. Seorang lelaki muda belasan tahun rambut kerinting dan kurus kering. Nampak tenggelam dia dalam uniform restoran.

"Bagi teh o ais limau." Adam mulakan pantas. Lalu senyum dia untuk Suli dan Mariam.

"Barli susu ais." Epoi jawab sepatah sambil sibuk reply sms bawah meja.

"Errr... encik Adam belanja betul ke ni?" Soal Suli minta pengesahan.

"Ya, sebagai tanda minta maaf." Adam pandang Mariam.

Tapi Mariam pula sedang tunduk ralit tengok menu. Nasi goreng ketam Hot Mama? Errr... pelik!

Suli turut tengok menu. "Nak order macam mana ek Encik Adam?"

"Order air dulu. Hmmm... sebelum tu. Boleh tak Suli dan Mariam panggil saya Adam saja?"

"Okey. Okey." Suli sengih. Kembali tengok menu. Cari minuman paling mahal sebab alang-alang dah Adam belanja, bukan selalu.

Mariam pula cuma pandang Adam sebentar untuk angguk. Bertentang mata, sedikit rasa kurang selesa timbul buat dia cepat-cepat kembali tunduk tengok menu. Tapi baris-baris menu jadi kabur....

....
"Macam ni..." kata Suli pagi tadi, "Adam tu, nak kata baik tu memang baik, tapi sebelum ni kerap juga aku tengok dia keluar dengan perempuan."Mariam diam mendengar.Suli teruskan. "Cuma kebelakangan ini, dia dah berubah sikit. Bila aku, Ajie, dan Jia seloroh dengan dia hari tu fasal awek pun dia diam saja tak macam biasa. Dan dia cakap, dia masih single. Aku nak ngorat dia pun aku tahu dia tak syok kat aku, aku boleh tahu Yam. So, sekarang ni dia ajak kau keluar. Aku rasa dia sudah fallll iinnn looveee sama kau..." Suli buat gaya gedik."Eee..." Mariam mencemik."Oleh itu, aku nak tahu dia betul-betul dah insaf ke dia masih nak main-main macam dia mainkan Lina, Sofea, dan Baiyah dulu. Mentang-mentang la kita ni minah kilang, ingat dia boleh senang-senang angkut pergi kelab malam pastu tinggal? Sorry!" Suli dah macam naik hangin pulak. Hidungnya kembang kempis."Jadi?""Jadi, malam ni, kau kena jadi minah kilang sejati. Bukan sementara. Bukan tengah ambik ijazah. Kau adalah budak kampung lepasan SPM dan layak kerja kilang saja. Ngerti?""Errr...""Okey, sekarang kita reply sms dia cakap malam ni ON!"
....

Tapi Mariam tengok wajah Adam baik-baik. Kacak pun boleh tahan, sedap memandang. Gaya kemas, baju dan seluar nampak sentiasa dijaga, serasi dan kena dengan upacara. Malam ini Adam berpakaian kasual, T shirt Bodyglove hitam dengan jeans biru. Jam tangannya pun cantik, Mariam tak perasan jenama apa.

Umur? Tak tahu pula Mariam, Suli tak pernah cerita. Mungkin dalam 27 kot? Hmmm... Tak sampai hati pula dia nak tipu Adam. Ya lah, bagi Mariam menipu adalah satu sikap yang sangat buruk. Munafik. Tidak sepatutnya orang menipu dalam hal hal perniagaan, pekerjaan dan sebagainya, kan? Tapi kali ini... lain. Tak apalah, demi Suli. Sementara tiga bulan ni, biarlah dia sembunyikan identiti dulu, nak berhenti nanti beritahulah yang sebenar. Suli pun dah mengaku dia sukakan Adam.

Mariam melepaskan keluhan kecil. Mungkin aku buleh buat sesuatu untuk kau, Suli...

"Hello Yam?" Suara Suli.

Haaa? Mariam angkat muka. Muka blur.

"Kau ni ke mana? Kau nak minum apa?" Suli kecoh.

"Oh... err... bagi saya oren jus."

Budak ambil order terus catit minuman Mariam kat kertas kecil. Mukanya serius.

"Okey, settle bab air..." Adam gosok-gosok tangan, hulur tangan depan Mariam merentasi meja.

Mariam angkat kening, bermaksud, 'apa?'

"Menu." kata Adam.

"Oh." Mariam senyum. Menu bertukar tangan. Mariam melihat Adam, mata Adam pula di menu.

"Okey, awak bagi ikan siakap masak tiga rasa sekor. Kailan ikan masin untuk 3 orang. Tomyam Campur untuk 3 orang. Telur dadar empat bijik telur. Cendawan dan udang goreng celup tepung. Nasik putih untuk 4 orang. Untuk cuci mulut bari banana split untuk empat orang." Adam berhenti sebentar. "Hmmm... ada nak tambah lagi?"


bersambung...


zue_isma Publish time 21-10-2010 07:17 PM

best..best{:1_152:}
sambung jgn tak sambung pulak ye ;P:lol:

kubakoya Publish time 21-10-2010 09:15 PM

Reply 15# zue_isma


Thanks! :)



Adamariam 7

Bahagian production adalah jantung sesebuah kilang pembuatan. Proses kalau tergendala jadi bencana. Melibatkan pemasangan barangan elektronik yang bersaiz mikro dan sensitif, kebersihan lantas dijaga rapi. 5S jadi rukun. Oleh itu, bahagian production sebenarnya kelihatan seperti sebuah makmal elektronik yang amat besar.


Waktu awal pagi pertukaran shift berlaku. Operator pengeluaran yang letih dan masam keluar. Operator yang fresh dan wangi masuk termasuk Suli dan Mariam.


Duduk di tempatnya seperti biasa, Mariam membetulkan peralatan yang ada agar kemas. Plastic glove semalam dia buang. Forceps plastik ada kat tepi. Conveyor clear. Tangan bersih. Okey, setel.


Tidak hanya tempat kerja, meja study, bilik tidur, toilet, malah apa saja susun atur segala benda dalam hidupnya, Mariam memang teliti. Hal-hal perasaan dan kekeluargaan apatah lagi.


Production line 2 Mariam bertugas. Memasang mini Hard Disk ke dalam camcorder digital. Mudah saja. Hard disk baru (Western Digital) sebesar bateri hand phone nokia itu bungkusannya macam panadol. 'Panadol' besar. Justeru operator pengeluaran seperti Mariam perlu tolak bahagian bawah agar hard disk kat dalam tu koyakkan penutup atasnya sendiri. Lepas itu, tunggu camcorder yang belum ada hard disk yang datang satu-satu kat atas conveyor getah di depannya, Mariam ambil camcorder dan taruklah hard disk dalam tu. Slot in saja dan tutup guna skru.


Walaupun kerja macam robot, dia suka sebab tak susah dan selesa. Lagipun sementara saja. Kalau berbelas tahun macam kak Aini contohnya, Mariam tak sanggup.


Hari itu production perlahan. Kak Aini wanita jawa yang selalu duduk depan Mariam pula cuti. Jadi Mariam tak ada teman bicara. Bunyi mesin saja penemannya campur bunyi suara-suara rambang. Semenjak tadi line stop, tercongoklah dia kat situ tak boleh ke mana-mana tunggu line start balik 10 minit lagi.


"Hai..." suara seorang perempuan.


"Ya?" Mariam berpaling melihat seorang gadis di sisinya. Lebih tua daripadanya, Mariam rasa-rasa. Agak kurus dan genit. Wajah putih dan bujur, bergincu merah dan pipi ada sedikit blusher pink. Rambut lurus ada layer warna perang. Cantik orangnya, pernah dilihat sebelum ni tapi tak kenal.


"Mariam?"


"A'ah. Ada apa kak?"



"Saya Lina."


Lina menghulur tangan, Mariam menyambut.


"Saya dengar semalam awak keluar dengan Adam betul ke?"


Mariam agak tersentak. Aik? Macam mana dia tahu? Kalau dia tahu pun, kenapa dia nak datang kat aku dan tanya aku? Gila saspens. Cool Mariam cool...


Mariam kemudian jawab saja yang betul, "Ya, keluar makan aje. Kami keluar berempat, Suli dan Epoi ikut sekali. Kenapa kak?"


Lina memandang ke arah lain sekejap dan kembali. Wajahnya tiada senyum. "Hmm... awak dengan Adam ada apa-apa ke?"


Mariam mulai rasa cuak sebab awek bernama Lina ini sejenis direct to the point. Kot ya pun nak korek rahsia, belanja KFC pun dah okey. Ini main terjah dan soal siasat terus. Mariam takut orang seperti ini turut tak agak-agak untuk berbuat lebih daripada itu untuk kepentingan diri. Kepentingan diri? Apa kaitan kepentingan diri Lina dengan Adam? Lina? Rasa macam pernah dengar. Suli pernah beritahu bukan? Perempuan yang dimainkan Adam...


"Kenapa diam? Memang betul ek?" Lina bersuara lagi.


"Oh err... Sebenarnya. Saya dengan Adam tak de apa-apa. Lagipun saya masih baru kat sini, saya tak kenal dia sangat." Mariam cuba senyum walaupun wajah Lina tak ada senyum.


"Bagus kalau macam tu," kata Lina, "sebab awak tak kenal Adamlah saya nak nasihat ni. Adam tu... saya punya. Mungkin sekarang kami agak renggang, tapi saya percaya sedikit masa lagi akan okey. Adam cuma cintakan saya sebab tu dia merajuk. Siapa-siapa cuba rampas Adam daripada saya, tahulah macam mana saya nak buat."


Selesai cakap, Lina berlalu begitu saja.


Mariam tergamam. Ambil masa beberapa saat juga untuk tekanan darah dan degupan jantungnya kembali stabil. Apa kes dengan minah tu? Cakap elok-elok tak boleh? Nak ugut-ugut orang plak. Hish.


Adam tu... saya punya... kata Lina tadi.


Mariam ingat cerita Suli yang ringkas itu. Suli juga yang beritahu Mariam bahawa Adam sudah berubah. Sebab itu barangkali Mariam lihat tingkah Adam, kata-kata Adam dan gaya Adam tidak menunjukkan Adam itu seorang playboy. Kalau macam tu lah peribadi Adam, awek mana yang tak sangkut? Mungkin si Lina itu sudah gila meroyan kot? Eh yang aku sebok-sebok apesal... Aduuiii... Hmmm...


...


Makan malam semalam berlangsung macam biasa. Tidak banyak yang diceritakan fasal diri Mariam kepada Adam. Sebaliknya Suli dan Epoi yang banyak bercerita cerita-cerita kelakar buat mereka berempat gelak terbahak-bahak.Mariam perasan Suli suka mengerling Adam dengan raut cinta ketika bercerita. Suli pun cantik dan sesuai untuk Adam tambah-tambah lagi Suli pandai berkecoh-kecoh. Mariam cuma layan gelak sahaja sambil kontrol ayu. Makan malam berlangsung riang sampailah Adam memulakan soal siasat.



"Jadi... mmm... Mariam dah maafkan saya?" kata Adam. Mulut kunyah nasi."Awak tak salah apa pun. Saya yang salah. Kan? Saya yang patut minta maaf."Adam senyum. "Oklah kalau macam tu. So, rasa-rasanya boleh la kot kita berkenalan. Saya Adam." Adam hulur tangan untuk salam.Mariam buntu, serba salah. Mak Odah cakap tak boleh salam lelaki. Tapi Adam baik dan tak ada kesan apa-apa pon kot. "Saya Mariam." Jawab Mariam walaupun dia pasti semua kat situ dah tahu nama dia. Tangan Adam pula tidak disambut."Oh," emosi riang Adam terbantut. Lihat Suli. Suli senyum hampir tutup mata. "Maaf." Adam tarik balik tangan, capai balik sudu di pinggannya."Mariam ni sepupu saya." kata Suli selamba.Sepupu? Mariam lihat Suli di sebelahnya. Suli buat tak tahu kerlingan Mariam. "Dia sebelum kerja kat kampung. Tapi saya ajak dia ke sini biar kenal dunia. Maklumlah lepas SPM Mariam tak ke mana-mana."Mak ai sempoi betul Suli menipu. Mariam kagum gila sama Suli.Adam dan Epoi cuma mengangguk.....


La la laa... hmm hmm hmm... Mariam hiburkan diri sendiri ketika bekerja. Mahu lupakan ugutan si Lina tadi, dia nyanyi lagu Cindai dalam hati.


Lihat jam, ada sejam lagi untuk berhenti lunch. Kembali teruskan kerja. Mariam makin tangkas dengan kerjanya. Ambil hard disk, buang protective sticker, slot in dalam camcorder, dan skru penutup pakai screw driver berkuasa elektrik. Mula-mula janggal juga nak guna pemutar skru canggih macam tu. Tapi lama-lama dah biasa.


"Mariam..." suara lelaki.


Huh?


mertua Publish time 21-10-2010 10:20 PM

Cerita ini berkisar mengenai pekerja kilang.
Mesti best .... dengan perangai mereka

juliet80 Publish time 22-10-2010 09:21 AM

wahhh tak sabar nak tungu next n3 lagi nichaiyukk..chaiyukk {:1_152:}

kubakoya Publish time 22-10-2010 10:26 AM

Post Last Edit by kubakoya at 22-10-2010 10:56

Reply 18# juliet80

Thanks. :) Tulis citer ni sebenarnya nak kenang balik masa keje kilang dulu2. best sgt, suasana dia, persekitaran dia dan kawan2. jadi, sambil menulis, sambil mengoya. mmg suka koya hehe.

jadi sedikit sebanyak, watak-watak adalah kelibat kawan2 dulu, ubahsuai sikit2. paling seronok menulis novel bila kita mampu mempersembahkan cerita yang kita ada dan cerita itu pula dapat diselami oleh orang lain untuk kongsi perasaan yang sama. fuh, tak ternilai.


Mariam nama asal dia... err... ehem ehem. hehe. panggil dia maya. putih. muka bulat. sensitip dan kelakar... hmmm...




Okeh, sambungg!!






Adamariam 8




"Mariam..." Suara lelaki ini ada slang bahasa asing sikit. Memang Mariam cam sangat.

Ahhh... geng pantai timur mari daaaahhh! Mariam tunduk sikit. Buat-buat tak dengar sambil berlakon khusyuk kerja.

"Mariam ~ Mariam ~ ~ penari gurun pasir ternama ~ ~.." Lelaki itu mula menyanyi.

Erk! Lagu itu? Mariam dah mahu gelak tapi dia kontrol. Dibantu bayang lampu, Mariam tahu kelibat dua lelaki itu makin hampir. Dua lelaki yang....

Sewel!

"Ohh ~ ~ Mariam ~ ~ terpesona aku melihatnyaa ~ ~"

"Ha ha ha." Gelak lelaki yang kedua. "Tok sedak mung nyanyi Beghi. Soro serupo kambing."

Lelaki yang dipanggil Beghi tak peduli. "Oo ~ ~ aku terpesona ~ ~ lirikan mata goyang pinggul dan senyumanya ~ ~ sayang ~ " Dia berhenti nyanyi di situ menyedari dah hampir sangat dengan Mariam.


Mereka berdua kini di sisi Mariam. Mariam saja buat-buat tak tahu. Dua orang lelaki Kelantan ini bukan boleh dilayan sangat.



Seorang nama Sabri, dibahasakan Beghi, kerja bahagian QC sebagai technician. Nak kutuk kasihan, tapi Mariam betul-betul kelakar tengok muka Beghi. Pendek kata, Beghi memang tak berapa nak hensem.



Seorang lagi sedikit elok rupa daripada Beghi, nama Bani. Technician bahagian IT. Wajah bersih, kulit kuning langsat. Bermata agak sepet, kening tebal. Kumis ada sikit. Rambut sedikit panjang, sedikit ikal macam Farid Kamil punya stail. Pendek kata, boleh tahan lah.



Beghi, Bani.



Mariam tengok mereka ni dah macam gay versi beauty and the beast, ke mana saja berdua. Asobiyah sungguh! Kat production line ni memang bermaharaja lela mereka ini sebab kerja mereka selalunya kat sini. Jarang-jarang sekali turun sebelah line back end, kat store dan kat pejabat. Kalau tak kacau orang tak apa. Ini....



"Mariye..." kata Beghi lagi, "bakpo gak monyok jah ni."



Errr... Mariam konfius. Apa maksudnya tu? Moyok? Koyok?

"Mung tahu dok. Sini mung comel sekali. Tengok mulut mung tu gak oloh wei, gerey aku." Beghi lagi.

"Hish... diye mung Beghi." Bani akhirnya bersuara. "Ehem, Mariam."

Mariam mula mendongak sikit. Menjeling malas. "Ya encik berdua, ada apa?"

Bani mempelajari wajah Mariam sekejap. Dalam 3 saat juga.

Mariam sedikit kaget. Apsal dia ni? Berpaling semula tengok hard disk dan kamera.

"Hmm... awak nampak macam ada masalah aje? Awak okey ke?" Tu dia Bani dah keluarkan ayat power walaupun saki baki slang 'London' tu masih ada..

Mariam rasa agak terancam juga. Takkan budak lelaki ni boleh tahu orang ada problem kot?"Eh, tak ada lah, saya okey aje."

"Tapi kan..."

"Tak. Saya okey."

Bani masih rasa ada yang tak kena dengan air muka Mariam. Selalu air muka gadis itu tenang. Ya, muka itu yang buat dia tak dapat tidur malam. Tapi... Okey, stop it Bani. Dia cakap dia okey.

Bani berpaling tengok jam bulat besar kat dinding putih. "Lagi dua minit lunch. Jom makan sama."

Mariam kerling jam. Betul, lagi dua minit. Tapi... Mana kau ni Suli....

"Maghi la Mariye make sekali." Beghi sengih.

"Maaflah. Saya dah janji dengan Suli." Kata Mariam jujur.

Diam seketika.

"Okey lah." Bani terpaksa mengalah. Masih awal. Tidak boleh tunjuk gelojoh. Acara mengorat mesti macho. "Kalau macam tu, it's ok. Lain kali ya. Eemmm... saya tahu tadi line stop kejap, kami buat inspection tadi. Tapi, kalau awak tidur pun. Buang la taik mata tu dulu baru start keje."

Taik mata? Allahu Rabbi! Mariam cepat-cepat tenyeh tepi mata pakai hujung jari. Kemudian tengok jari sampai mahu juling. Mana? Tak ada pun!

Sabri dan Bani dah bantai gelak macam hantu raya.

Mariam mencemik. Menyampah!

sang_arjuna Publish time 22-10-2010 10:51 AM

cerita ni sgt superb & kelakar:lol:
bnyk adegan flashback pun tak konpius baca

tahniah tuan penulis... sambung lagi
Pages: [1] 2 3
View full version: Komedi Romantis - Adamariam ~


ADVERTISEMENT