Raline Publish time 7-11-2022 06:49 PM

“Sedar Diri Di Mana Anda Bertapak” – Norreen Iman Nasihat Influencer Jangan Bongkak!

“Sedar Diri Di Mana Anda Bertapak” – Norreen Iman Nasihat Influencer Jangan Bongkak!

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/11/Untitled-design-2022-11-07T173412.080-750x467.jpg
Influencer yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman berkongsi tips kepada personaliti media sosial lain yang berhasrat untuk menapak dalam industri hiburan arus perdana sepertinya.

Suaikan Diri
Norreen percaya sikapnya yang tahu membezakan keadaan dan menjaga diri sebaiknya menjadi faktor dia mendapat tempat dalam industri.

“Jadilah diri sendiri tapi jangan sampai tak sedar diri. Saya pun mula menapak dalam industri asalnya dikenali sebagai influencer. Bila bekerja dalam bidang ini, kita kena pandai suaikan diri. Kalau di media sosial saya agak kasar tapi kena tahu bawa diri dan bezakan keadaan.

“Tak salah nak buat video viral dan nak dikenali orang, tapi ingatlah dengan siapa anda bekerja dan dengan siapa yang anda berjumpa,” kongsinya.

Norreen berkata demikian ketika ditemu bual di Majlis Sidang Media drama siri terbaru lakonannya, ‘Cina Buta’ baru-baru ini.

“Bukan Semua Perkara Dianggap Perlu Bayar…”
Dalam pada itu, Norreen juga menegur segelintir influencer yang sukar bekerjasama untuk temu bual bersama media hingga ada yang bertanya soal bayaran.

“Jangan sombong boleh? Jangan bongkak dan takbur sebab kau baru ‘nak up’ kot…Untuk saya sendiri, saya tak pernah meletakkan diri saya untuk dibayar setiap masa. Bukan semua perkara kita anggap perlu dibayar umpama air liur kita mahal.

“Jangan kekwat, sedarlah diri di mana anda bertapak,” katanya lagi.


“Jangan sombong boleh? Jangan bongkak dan takbur sebab kau baru ‘nak up’ kot…Untuk saya sendiri, saya tak pernah meletakkan diri saya untuk dibayar setiap masa. Bukan semua perkara kita anggap perlu dibayar umpama air liur kita mahal.

“Jangan kekwat, sedarlah diri di mana anda bertapak,” katanya lagi.

https://www.instagram.com/norreen143/?utm_source=ig_embed&ig_rid=9ea2977f-7c31-4863-a37e-da046af8125e


Sumber:https://murai.my/2022/159226/sedar-diri-di-mana-anda-bertapak-norreen-iman-nasihat-influencer-jangan-bongkak/

cakotiaw Publish time 15-11-2022 02:11 PM

hmm.. nak komen.. tapi taknak masuk melaka :lol:

kakakspek Publish time 15-11-2022 04:05 PM

sedar diri juga la dah tahu badan mcm tu pakai elok2 sikit boleh tak?emm..

poppy12 Publish time 15-12-2022 05:58 PM

Five Nights at Freddy's Security Breach is a survival horror game set in the Mega Pizzaplex by Freddy Fazbear. You will play as Gregory, a boy trapped inside all night. You must survive while searching for a way out when the surprisingly powerful Pizzaplex lockout takes effect.

bunga78 Publish time 19-2-2023 12:08 AM

bila la dia ni nak lingkup ek

bunga78 Publish time 19-2-2023 12:46 AM

adeh pulak daaahhh
Pages: [1]
View full version: “Sedar Diri Di Mana Anda Bertapak” – Norreen Iman Nasihat Influencer Jangan Bongkak!


ADVERTISEMENT