sfhzuraz Publish time 7-11-2022 02:55 PM

Tun M orang pertama 'demam' bila saya jadi PM - Anwar Ibrahim

Tun M orang pertama 'demam' bila saya jadi PM - Anwar Ibrahim

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my





Butterworth: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bergurau berkata bahawa Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi orang pertama 'demam' sekiranya beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri selepas menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bagaimanapun mendoakan kesihatan Dr Mahathir kerana pemimpin itu pernah menjadi sekutu PH.
"Beliau (Dr Mahathir) menjadi orang pertama yang akan 'demam' kalau saya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November nanti.
"Bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat," katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.
Anwar berkata, selama ini beliau sudah banyak bersabar dengan bekas Perdana Menteri itu namun dilihat Dr Mahathir terus mencampuri urusannya.
"Paling terbaru beliau (Dr Mahathir) tidak menyokong PH kerana kata kita bekerjasama dengan Zahid (Presiden UMNO).
"Bila saya berbincang dengan Zahid? Bila saya cakap begitu (pakatan antara PH dan UMNO)? Jika ada mana buktinya?," katanya.
Dalam pada itu, Anwar di hadapan ribuan penyokongnya menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengadakan sebarang pakatan atau rundingan bersama calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan Datuk itu.
Tegasnya, dakwaan yang dilemparkan kepadanya adalah berbentuk fitnah semata-mata.

Disiarkan pada: November 7, 2022 @ 11:18am

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1107rsdsai_1667792944.jpg
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Ceramah Mega Harapan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini. FOTO DANIAL SAAD




sumber

sfhzuraz Publish time 7-11-2022 02:56 PM

rV0zkM1YkBo
Pages: [1]
View full version: Tun M orang pertama 'demam' bila saya jadi PM - Anwar Ibrahim


ADVERTISEMENT