mattzzx Publish time 7-11-2022 10:32 AM

Bagnaia sah juara dunia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bag111_1667745565.jpg
BAGNAIA meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP

Valencia: Francesco Bagnaia merangkul mahkota juara dunia MotoGP pada pusingan terakhir di Grand Prix Valencia, hari ini.

Pelumba Ducati itu, yang ketinggalan 91 di belakang juara bertahan, Fabio Quartararo pada pertengahan musim, menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan di belakang pemenang, Alex Rins.

"Juara dunia, bunyinya sangat bagus. Ia adalah perlumbaan paling sukar dalam hidup saya," kata Bagnaia, yang lebih dikenali sebagai 'Pecco'.

"Saya sedang bergelut. Sasaran saya adalah untuk berada dalam lima teratas, tetapi saya mula bergelut selepas beberapa pusingan.


"Tetapi yang paling penting ialah kami adalah juara dunia," tambah pelumba berusia 25 tahun itu.

Antara yang pantas mengucapkan tahniah adalah mentornya yang juga legenda motosikal Itali, Valentino Rossi, pelumba terakhir Itali memenangi kejuaraan MotoGP pada 2009.

Turut mengucapkan tahniah adalah Giacomo Agostini, perlumba Itali terakhir yang merangkul kejuaraan dunia menggunakan motosikal Itali itu 50 tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/11/900586/bagnaia-sah-juara-dunia
Pages: [1]
View full version: Bagnaia sah juara dunia


ADVERTISEMENT