Raline Publish time 6-11-2022 12:54 PM

70 peratus pesakit pradiabetes tidak dapatkan rawatan

70 peratus pesakit pradiabetes tidak dapatkan rawatan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/glukooo6hm_1667710077.jpg
GAMBAR hiasan


Kota Bharu: Sebanyak 70 peratus pesakit pradiabetes yang tidak mendapat rawatan akan mendapat penyakit diabetes sekaligus menyumbang kepada peratusan ketinggian prevalen di Malaysia.

Berdasarkan laporan kira-kira 5 hingga 10 peratus populasi pradiabetes didiagnos diabetes setiap tahun.

Pradiabetes adalah satu keadaan di mana gula dalam darah seseorang melebihi tahap normal tetapi tidak cukup tinggi untuk dilabelkan sebagai diabetes dan ia adalah peringkat awal bagi pesakit yang memungkinkan mereka mendapat penyakit diabetes.

Menurut Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Suhaila Mohd Yusoff, pradiabetes tidak menunjukkan sebarang gejala, namun perlu diingat mereka yang mempunyai faktor tertentu berisiko mendapat penyakit berkenaan.

"Golongan yang berisiko kebiasaannya adalah mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan, sejarah keluarga menghidap diabetes, darah tinggi dan juga kolestrol.

"Selain itu, wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika mengandung dan melahirkan anak yang besar melebihi empat kilogram turut berisiko untuk mendapat pradiabetes," katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Siti Suhaila berkata, pradiabetes tidak memberikan sebarang gejala kepada penghidapnya dan hanya boleh dikesan melalui kaedah saringan sahaja.

"Bagaimanapun, implikasi pradiabetes adalah sama seperti diabetes dimana penghidapnya juga berisiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok) serta mengalami komplikasi pada mata, saraf serta buah pinggang.

"Pengesanan pradiabetes boleh dilakukan melalui ujian saringan toleransi gula, ujian minum air gula, ujian purata gula tiga bulan atau HbA1c yang mana hasil bacaan ujian tersebut dapat disimpulkan sama ada terdapat pradiabetes atau tidak," katanya.

Beliau berkata, bagi langkah pencegahan ia bermula di usia 30 tahun orang ramai dinasihatkan untuk membuat saringan sekali setahun, walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai faktor risiko perlu menjalani ujian saringan lebih awal.

"Kos rawatan dapat dikurangkan sekiranya pengesanan pradiabetes dan intervensi dilakukan pada peringkat awal," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/900347/70-peratus-pesakit-pradiabetes-tidak-dapatkan-rawatan

adila39 Publish time 10-11-2022 09:34 AM

artikel ni actually sgt berguna sbb Malaysia antara top 3 or top 2 negara paling banyak pengidap kencing manis

akuman1981 Publish time 13-1-2023 12:49 PM

jadi apa rawatan untuk prediabetes? prediabetes kena mula ubat ke?
kenapa ada klinik kata prediabetes tak perlu ubat?
chek darah a1c kena mula awal umur 20 setiap tahun bukan tunggu faktor risiko baru nak chek

ipes2 Publish time 13-2-2023 09:43 PM

akuman1981 replied at 13-1-2023 12:49 PM
jadi apa rawatan untuk prediabetes? prediabetes kena mula ubat ke?
kenapa ada klinik kata prediabete ...

pada mana2 tahap Diabetes Mellitus (DM) pun, kita mulakan dengan:
1) dietary advice
2) lifestyle changes

dalam keadaan pre-diabetes pun, beginilah yang kita mulakan.
ada juga mereka yg meminta untuk doctors mereka mulakan pemberian Metformin kepada mereka, dan saya in general, akan setuju dengan permintaan pesakit sebegini dan akan memulakan Metformin di samping kedua2 ddietary advice dan lifestyle changes di atas.
Pages: [1]
View full version: 70 peratus pesakit pradiabetes tidak dapatkan rawatan


ADVERTISEMENT