ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:33 PM

Guru & Sahabat -Wazrul Shah

Tatkala kami pernah terpanar
Tersungkur melewati gerbang
suram bertemaram
teleku mangu sering meresahi

Gamit belaian untuk terkapai
Bersela kesenduan
Nan gerah tuan hadir menyambut
Menyulam jenaka teriring motivasi
Mengasuh serta mengulit didik
Jati diri

Biar seketika cuma
Munculnya tidak melestari
Pilu lewat waktu nan mencemburui
namun rajutan redha utuh disergam
Biar waktu sesekali meniti lurus
Tak mampu dituding
Mahupun dijungkir balik
Buat mengumam hamparan silam
Untuk dihargai segenap titik peluhmu
Mengecap simfoni ilmu darimu
Tanpa jemu


Kini pasrah berlabuh dini
Ramadhan kian mengengsut akhir
menyusul Syawal nan tulus membayang
Tuan berangkat meninggalkan berkasan rajuk
Tangis menyepi menukil butiran bening
Meratap perpisahan

Tulus janji erat disemat
Biar melangkau galur waktu
Biar menjejak pelbagai tapak
Sekalipun berhening di perantauan
Dua purnama dibawah gendongan ilmumu
Utuh mengekal tunas kekar
Kerana tuanlah sahabat
Tuanlah guru bitari
Nan teguh disanjung.
Pages: [1]
View full version: Guru & Sahabat -Wazrul Shah


ADVERTISEMENT