Raline Publish time 5-11-2022 02:13 PM

OPR dijangka naik lagi Januari tahun depan

OPR dijangka naik lagi Januari tahun depan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm0511opii_1667621687.jpg
Foto hiasan NSTP


Kuala Lumpur: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi dalam mesyuarat pada Januari 2023, kata beberapa firma penyelidikan.

Ambank Research menerusi laporan Sorotan Ekonominya berkata, kenaikan itu akan menyaksikan OPR mencecah paras 3.00 peratus yang menjadikannya ke tahap sebelum pandemik.

"Seiring dengan jangkaan serta konsensus kami, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

"Ini adalah kenaikan keempat bagi tahun ini yang menjadi pertambahan 100 mata asas sepanjang 2022," kata cabang penyelidikan AmBank Group bagi mengulas pengumuman BNM mengenai kenaikan OPR, kelmarin.

Ambank Research berkata kenaikan itu didorong oleh kebimbangan inflasi daripada pemulihan di peringkat domestik sendiri.

Selain itu, inflasi teras berada pada 4.0 peratus pada September (purata 2.7 peratus setakat tahun ini) yang berada dalam julat atas unjuran BNM sebanyak 2.0-3.0 peratus.

Bagi aspek penawaran, isu rantaian bekalan global telah reda sejak April tahun ini yang turut mengurangkan sedikit tekanan daripada kos input, katanya.

Namun, penyusutan ringgit (13.9 peratus setakat tahun ini) juga menjadi antara penyumbang kepada keadaan inflasi yang kekal tinggi.

Sementara itu, cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank, Kenanga Research mengekalkan saranan 'Overweight' terhadap sektor perbankan dan mengunjurkan terdapat satu lagi kenaikan 25 mata asas bagi OPR untuk tahun kalendar 2023 kepada 3.00 peratus.

"Biarpun mengalami tekanan inflasi yang berkemungkinan menimbulkan risiko, kami percaya kebimbangan mengenai kualiti aset sektor perbankan akan diuruskan dengan baik.

"Ini berikutan pemulihan trend pembayaran balik susulan aktiviti ekonomi yang pulih selain pendapatan dan pekerjaan yang lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) turut menjangkakan BNM menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas menjelang separuh pertama 2023 untuk mencecah 3.25 peratus.

Katanya, langkah BNM meneruskan pendirian mengetatkan dasar monetari itu didorong oleh prospek Malaysia untuk terus mencatat pertumbuhan yang positif.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/11/899868/opr-dijangka-naik-lagi-januari-tahun-depan

Kogoromouri Publish time 30-11-2022 11:44 AM

hmmmm sampai kesudah kita tak de simpanan tetap utk kukuhkan kewangan diri sendiri.
semua bantai naik, naik jugak lah komitmen kita semua ni.

Amerikamung Publish time 1-12-2022 11:02 AM

naik sokmo jaa! kita kena pikir kan cara lain untuk ada simpanang sendiri,,macam aq doh pikir nok bukok akaun bank lain yg boleh bagi interest tinggi sikek dari simpanan biasa,,,bank mana hok okay wey?

ingcill Publish time 1-12-2022 11:23 AM

Amerikamung replied at 1-12-2022 11:02 AM
naik sokmo jaa! kita kena pikir kan cara lain untuk ada simpanang sendiri,,macam aq doh pikir nok bu ...

punya lah banyak option lain selain bank weh sebab nye macam KWSP, TH, ASB lagi tinggi interest dorang rasanya.
kalau bank ni paling busuk pon 2.90++ jek interest sngat2 sikit dan tk berbaloi!

ingcill Publish time 1-12-2022 11:26 AM

Kogoromouri replied at 30-11-2022 11:44 AM
hmmmm sampai kesudah kita tak de simpanan tetap utk kukuhkan kewangan diri sendiri.
semua bantai nai ...

aku rasa lepas covid ni jeh rasa macam semua mahal...dah terbiasa bayar ape semua kurang en...
bagi aku OPR naik, orang yg kasi sewa rumah happy lah sebab boleh naikkan sewa rumah...

Sabariman Publish time 1-12-2022 12:37 PM

Kogoromouri replied at 30-11-2022 11:44 AM
hmmmm sampai kesudah kita tak de simpanan tetap utk kukuhkan kewangan diri sendiri.
semua bantai nai ...

hmmm nak taknak kita mmg kena buat investmnt la baru duit kita makin banyak. kalau tak menyimpan ni mmg bahaya la tahu2 duit habis. nnti emergency pun tkda duit :(

NoharaShinChan Publish time 2-12-2022 11:24 AM

ingcill replied at 1-12-2022 11:23 AM
punya lah banyak option lain selain bank weh sebab nye macam KWSP, TH, ASB lagi tinggi interest do ...

try tgk Maybank e-fixed deposit. yg tu agak tnggi gak n aq dah pun joined min 5k jek . .interest paling tinggi, 3.85% memang ok lah untuk 6 bulan tapi offer dorang smpai 7 dec je ni buat
kat website dorang jek https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/promotions/account_and_banking/efd-flash-deal.page

debdeb Publish time 2-12-2022 09:41 PM

NoharaShinChan replied at 2-12-2022 11:24 AM
try tgk Maybank e-fixed deposit. yg tu agak tnggi gak n aq dah pun joined min 5k jek . .interest p ...

ni tak bahaya ke ehh? kiranya mmg safety jaga ke? bukan ape takut scam je huhuhu

kimchibuu Publish time 3-12-2022 09:48 PM

Amerikamung replied at 1-12-2022 11:02 AM
naik sokmo jaa! kita kena pikir kan cara lain untuk ada simpanang sendiri,,macam aq doh pikir nok bu ...

hmmm semua bank ok je rasanya. tp skrg maybank buat offer kaw kaw tau, ada interest tinggi sampai 3.85% weh sampai 7 disember ni. berbaloi gilerrr kalau invest sekarangg

NoharaShinChan Publish time 4-12-2022 02:30 AM

debdeb replied at 2-12-2022 09:41 PM
ni tak bahaya ke ehh? kiranya mmg safety jaga ke? bukan ape takut scam je huhuhu

tak de lahhh link tu legal straight dari website maybank2u tu sendiri . bukan scam tapi ni betul punya! boleh apply kat online maybank2u tu jek senang!

debdeb Publish time 4-12-2022 11:08 AM

NoharaShinChan replied at 4-12-2022 02:30 AM
tak de lahhh link tu legal straight dari website maybank2u tu sendiri . bukan scam tapi ni betul p ...

ooo fahamm tapi maybank ni boleh invest minimum berapa bulan eh? and ada apa apa kelebihan ke if invest kt maybank skrg??

kimchibuu Publish time 4-12-2022 01:28 PM

debdeb replied at 4-12-2022 11:08 AM
ooo fahamm tapi maybank ni boleh invest minimum berapa bulan eh? and ada apa apa kelebihan ke if i ...

mb boleh invest minimum 3 bulan, rm5k. kalau awak nk invest, saya cadangkan invest kat mb ni. sbb dorg mmg tgh buat offer kaw kaw. boleh baca link ni https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/promotions/account_and_banking/efd-flash-deal.page
Pages: [1]
View full version: OPR dijangka naik lagi Januari tahun depan


ADVERTISEMENT