ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 01:39 PM

Cerpen saya!! Encik Apple vs Miss Durian

http://www1.picturepush.com/photo/a/4336609/img/4336609.jpg


http://www.penulisan2u.my/2010/10/cerpen-encik-apple-vs-miss-durian/

Jemput baca cerpen ni di link di atas! Komen anda amat saya perlukan. :D Berikan komen di site tersebut ya! =D

suyfea Publish time 17-10-2010 04:01 PM

Seronok baca cerpendik Encik Apple & Miss Durian ..... hehehe .... kelakar & cerpen yang simple cuma ada banyak kebetulan yang pertemuan nampak tidak begitu real .

cmf_blingblings Publish time 17-10-2010 04:04 PM

Jemput baca cerpen ni di link di atas! Komen anda amat saya perlukan.Berikan komen di ...
ShahGraphixer Post at 17-10-2010 13:39 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

napa tak nak post ke sini, kan meriah gitu

jingga007 Publish time 17-10-2010 04:56 PM

ai tak kisah kalau yu nk post pasal cerpen yu but lg ok if you post dkt sini :)
sbb kalau yu sekadar nk promot , ai katup je benang ni.

cmf_blingblings Publish time 17-10-2010 05:22 PM

ai tak kisah kalau yu nk post pasal cerpen yu but lg ok if you post dkt sini
sbb kalau yu sekada ...
jingga007 Post at 17-10-2010 16:56 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


betul juga tu, maybe kalau nak bg link blog, masuk aja kat Teratak Sembang...post detail kat situ...

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 07:49 PM

oke2. nak post sini ek?? jap gi sy masukkan. :)

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:13 PM

EMRIZAL berlari tergesa-gesa menuju ke kaunter pembayaran, dia hanya ada waktu selama sepuluh minit sahaja lagi. Ini kerana dia sudah berjanji dengan seseorang. Justeru, dia perlu cepat membeli buah kegemarannya iaitu epal.
Tinggal beberapa langkah sahaja lagi dia ingin sampai ke kaunter pembayaran, tiba-tiba sahaja dia terlanggar seorang wanita yang memakai tudung berwarna hijau. Habis bertaburan epal yang telah ditimbang dan hendak dibayarnya itu. Emrizal mendengus geram.
“Woi perempuan! Mata letak kat lutut ke apa? Main langgar-langgar orang. Kalau kau tak nak makan penumbuk aku ni, baik kau kutip semua buah epal aku yang jatuh sekarang!” tengking Emrizal pada wanita itu. Dia menyangka wanita tersebut akan menurut arahannya, sebaliknya wanita itu hanya ketawa mengekek.
“Yang kau ketawa macam puntianak kenapa? Ada aku suruh kau ketawa ke? Dah buat salah lepas tu ketawa. Apa punya perempuan kau ni.” Bebel Emrizal lagi lantas memaksa wanitaitu mengutip buah epalnya yang berteraburan di lantai.
“Jangan haraplah aku nak kutip. Pergilah sana, jalan berlenggang-lenggok macam sotong Paul. Lari pun tak betul, langgar aku sikit dah jatuh. Apa punya tulang la.” Sindir wanita itu lagi, sinis.
Berbahang telinga Emrizal mendengar sindiran itu. Pantas dia menolak tubuh wanita itu.
“Sedapnya mulut kau berkata-kata ya? Kau tak sekolah agama ke? Mulut kau tu macam longkang, kau tahu tak?” kutuk Emrizal pula, tidak mahu mengalah.
Tiada reaksi dari wanita itu sebaliknya hanya seulas senyuman yang terbit dari bibirnya yang merah itu. “Biar mulut macam longkang, jangan lari macam kongkang.” Selamba sahaja wanita itu menjawab lantas berlalu pergi ke tempat bahagian pakaian dalam wanita. Dia tahu Emrizal tidak akan mampu mengejarnya di tempat itu. Melainkan Emrizal menukar jantinanya. Dia ketawa mengekek.
Emrizal mengutip buah-buah epalnya yang bertaburan yang jatuh. Hendak tak hendak terpaksa juga dia membeli epal tersebut walaupun telah terjatuh. Jika tidak pasti dia perlu membayar lagi. Biarlah, epal itu boleh dibasuh nanti.
Emrizal memandang wanita tadi dengan pandangan yang tajam. Dalam hati dia menyimpan dendam. Sakit hatinya dengan wanita itu keranabersikap biadab dengannya. Tidak ada lagi wanita yang berani berbuat begitu dengannya. Wanita itu sengaja mencari fasal!
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:14 PM

“EMRIZAL, ada apa kau datang sini?” soal Harith atau nama penuhnya Harith Qayyum pada Emrizal yang tiba-tiba sahaja bertandang ke rumahnya. Tiada angin tiada rebut tiba-tiba muncul. Emrizal mengeluh sambil menghulur sebungkus buah epal yang baru dibelinya tadi pada Harith.
Harith terpinga-pinga. “Eh, kenapa bagi aku pulak? Ada aku mintak ke? Baik betul hati kau.” Kata Harith pula. Emrizal tidak berkata apa-apa lantas berlalu pergi menghidupkan kereta Lamborghininya dan memecut laju.
Emrizal meninggalkan Harith yang masih dihambat seribu tanda tanya.
Emrizal mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Harith. Dia terasa bersalah pula kerana memberi buah tersebut tanpa berkata apa-apa. Pasti Harith tertanya-tanya. Beberapa ketika kemudian, panggilan dijawab.
“Assalamualaikum Harith!” sapa Emrizal dengan mesra.
“Waalaikumusalam. Ha, kau Emrizal. Kenapa kau tinggal buah epal tu macam tu aje? Kau memang nak kasi aku ke?” soal Harith kebingungan.
Emrizal tertawa. Susah betul bercakap dengan sahabatnya yang seorang itu. Bendul tidak mengenal tempat. “Aduh. Mestilah aku beri pada kau. Takkan aku nak kasi nyonya yang duduk sebelah rumah kau pulak?” sindir Emrizal berjenaka. Mereka berdua sama-sama tertawa.
“Kau makanlah buah tu. Aku dah tak ada mood nak makan bila perempuan mulut longkang tu sound aku. Gara-gara dia epal aku jatuh.” Emrizal memberitahu dengan jujur. Harith terkejut dengan kata-kata Emrizal itu.
“Jadi buah epal yang kau bagi aku ni dah jatuh la ye? Pandai kau ya?, dah kotor baru nak kasi \aku.” Harith berpura-pura marah. Hakikatnya dia tidak kisah. Dia seorang yang sangat menghargai pemberian orang.
“Bukan macam tu. Epal tu tak kan boleh basuh. Ish kau ni. Aku cuma tak ada mood nak makan sebab dah kena langgar dengan si mulut longkang.” Adu Emrizal dengan perasaan marah yang membuak-buak. Harith mengangguk-angguk faham walaupun dia tahu Emrizal tidak nampak anggukannya itu.
“Tak apa. Aku tak kisah pun. Sengaja aku nak sakat kau. Eh, kau macam tergesa-gesa, nak pergi mana?” soal Harith pula, tidak pula dia sibuk ingin ambil tahu siapa ‘si mulut longkang’ yang Emrizal maksudkan.
Laju sahaja Emrizal menjawab soalan Harith. “Nak jumpa dengan buah hati akulah. Siapa lagi?” ujar Emrizal sambil tersenyum.
Sejurus mendengar kata-kata sahabatnya itu, Harith ketawa mengekek. Seperti digeletek pula.
Mendengar Harith ketawa begitu, Emrizal bersuara. “Jangan ketawa macam tulah. Seram aku dengar.” Ulas Emrizal.
“Okey! No hal boss! Eh, kali ni dengan buah hati yang mana satu?” pantas Harith bertanya. Dia tahu Emrizal mempunyai ramai teman wanita. Sebut sahaja, semuanya cantik-cantik belaka. Statusnya sebagai anak pengarah syarikat terkenal itu menjadikan dia diminati ramai. Ditambah lagi dengan wajahnya yang berkacukan Sepanyol.
Emrizal tergelak mendengar pertanyaan Harith, dia sudah mengagak Harith akan bertanyakan hal itu. Sengaja dia menyebut nama teman wanita Harith, mahu memancing reaksi sahabatnya. Apa lagi, Harith terus naik angin tahap tidak ingat lagi. Tetapi hakikatnya Harith berpura-pura sahaja. Harith tahu sahabatnya itu tidak akan mengkhianatinya.
“Aku nak keluar dengan Zulia.” beritahu Emrizal ringkas. Dia sendiri tidak tahu hendak berkata apa lagi, tiada subjek untuk dibualkan.
Seperti mengetahui isi hati Emrizal, Harith meminta diri. Dia memberi alasan dia ada kerja lain untuk dilakukan. Hari cuti beginilah masa untuknya berehat. Emrizal menjawab salam dari Harith lantas menutup telefon bimbitnya.
Kereta Lamborghini yang berwarna kelabu itu memecut laju ke bandar Kuala Lumpur dengan kelajuan sederhana. Emrizal mencapai spek matanya yang berjenama Armani. Dengan perasaan yang tenang, dia melihat suasana bandar pada waktu malam yang indah dihiasi dengan lampu-lampu yang bergemerlapan.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:15 PM

ELYA KAMELIA membuka pintu rumahnya dan mendapati sahabatnya, Azwani sedang tidur di atas sofa. Sampah bertaburan di sana-sini. Bau durian menusuk kehidung, dia jadi tidak keruan. Lantas dia melangkah ke dapur dan mengambil sebiji durian yang diletakkan oleh Azwani di atas meja.
‘Ish sedapnya. Dari pagi tadi aku tahan. Takut nanti kat pejabat bau durian pulak.’ Elya Kamelia berkata di dalam hati, sambil menjamah durian yang telah dibukanya. Bau durian yang kuat itu membuatkan Azwani terjaga dari lena. Pantas sahaja pelupuk matanya dibuka.
“Elya! Bila kau balik? Tak kejut aku pun. Yang paling penting, kenapa tak ajak aku makan durian tu sekali?” bebel Azwani lantas bangun dari sofa, lalu melangkah menuju ke dapur.
Elya Kamelia menelan liur, kuat benar deria bau sahabatnya itu. Dia makan di dapur pun sudah membuatkan Azwani terjaga. Dasar hantu durian! Eh, aku pun sama! Kata Elya Kamelia di dalam hati sambil tersenyum sumbing.
Azwani mengambil sebiji lagi durian di atas meja sambil membukanya pantas. Bau durian yang harum itu menusuk ke dalam hidungnya.Hampir saja air liurnya menitik, tidak tahan dengan aroma durian yang dibawa oleh Elya Kamelia dari kampung itu. Pantas Elya Kamelia menepuk tangan Azwani.
“Gelojoh betul. Dah berapa biji kau makan? Kejap lagi badan kau panas aku jugak yang susah. Merengek suruh aku kipaskan kau,” bebel Elya Kamelia, tegas. Dia bimbang jika Azwani demam. Maklum, Azwani tidak boleh makan durian terlalu banyak. Mudah sahaja badannya panas. Oleh sebab itu dia menegah Azwanidari memakan durian terlalu banyak.
Tetapi Azwani memang tidak mendengar kata, kata-kata Elya Kamelia hanya masuk telinga kanan, kadang-kala keluar ke hidung. Tidak makan nasihat. Itulah anggapannya. Elya Kamelia mencubit pipi Azwani setelah dilihatnya Azwani galak membuka durian tersebut dan mengabaikan kata-katanya.
Azwani menarik muncung. “Kedekut betul. Tahulah durian ni dari kampung kau. Janganlah kedekut sangat. Kesian aku, tadi aku mimpi aku kena langgar dengan lori durian sebab tak dapat makan durian ni. Kau tak kesian ke kalau mimpi aku tu jadi kenyataan? Tragis weh!” Azwani membuat muka kasihan.
Elya Kamelia ketawa mengekek mendengar kata-kata Azwani itu. Sungguh tidak masuk akal. “Jangan nak buat cerita Awan. Macam aku tak tahu kau menipu. Kau nak menipu orang yang kuat menipu. Memang tak jadilah beb.” Kata Elya sambil ketawa. Dia memanggil Azwani dengan nama panggilan Awan, kerana sahabatnya itu suka melukis corak awan di dalam nota-notanya.
Azwani masih belum mengalah, masih memujuk Elya Kamelia agar memberikannya peluang. “Tolong. Please. Aku tak boleh tidur kalau kau tak beri.” Pinta Azwani bersungguh-sungguh. Ada riak sedih di wajahnya.
Elya Kamelia memikirkan dua kali, hendak tak hendak? Kalau beri nanti dia nak lebih-lebih. Kalau tak beri nanti dia meroyan macam pocong lepas tali. Akhirnya Elya Kamelia memutuskan juga, memberi Azwani makan tetapi sedikit sahaja.
Azwani bersorak riang, seperti kanak-kanak yang baru sahaja mendapat gula-gula.
“Bilalah kau nak berubah ni Awan. Boleh tahan pulak boyfriend kau dengan perangai kau yang macam kanak-kanak Sunquick ni.” Kutuk Elya Kamelia selamba. Air mineral di dalam jag dituang ke dalam gelas, lantas diteguk. Dia berbeza dengan Azwani, dia boleh makan durian melebihi yang sepatutnya. Badannya tidak akan panas.
Azwani masih ralit dengan durian yang berada di hadapannya. “Aku tak ada boyfriend. Aku tak kisah pun. Ada boyfriend hanya menyusahkan hidup aku aje. Nak kena topup lagi, nak kena tekan telefon lagi. Lebih baik aku single aje. Lebih ceria hidup aku bersama dengan durian.” Kata Azwani pula.
Elya Kamelia tertawa mendengar kata-kata Azwani. Sempoi sekali jawapannya. “Aku setuju. Eh, kau masak apa?” soal Elya Kamelia ingin tahu. Azwani hanya menjungkitkan kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
Elya menepuk dahinya. “Ya Allah, maknanya kau belum masak lagi la ni? Aku mati-mati ingat kau dah masak. Sebab tu aku tak makan dekat luar. Hampeh punya member.” Elya Kamelia mengeluh. Geram dengan sikap Azwani. Tahulah dia kenapa Azwani tidak masak malam ini, pasti kerana terlajak tidur. Itu belum ditanya jika dia sudah solat atau belum.
Azwani masih tersengih bagaikan kerang busuk.
“Tak payah nak senyum. Aku baling kulit durian ni dekat kau baru tahu. Makan tahu, masak tak tahu. Tidur mengalahkan datin.” Bebel Elya Kamelia lagi, tidak berpuas hati. Sudahlah perutnya berbunyi-bunyi. Hanya durian dan air mineral yang ada di hadapannya.
Elya Kamelia pantas menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Beberapa ketika kemudian, dia turun semula dengan memakai baju yang lain. Badannya masih lagi terasa penat, hari ini dia sangat sibuk menguruskan pelajar-pelajar di sekolahnya. Elya Kamelia menutup televisyen dan menutup semua lampu di dalam rumahnya. Azwani terpinga-pinga.
“Eh, nak pergi mana tu?” soal Azwani.
“Nak pergi makan la. Takkan kau nak mencekik durian tu sampai besok? Aku dah lapar ni.” Ujar Elya Kamelia pula. Azwani mengangguk-angguk dan meminta Elya Kamelia menunggunya kerana dia mahu mengambil tudungnya dahulu.
Elya Kamelia menunggu di luar rumah, sambil memanaskan enjin kereta terlebih dahulu. Beberapa minit kemudian, barulah dia ternampak kelibat Azwani yang terjengul di muka pintu. Elya Kamelia masuk ke dalam keretanya, begitu juga dengan Azwani. Kereta milik Elya menderu laju keluar ke arah utara.
“Kita makan di KFC aje. Malas aku nak pergi warung. Tak tahan dah perut aku ni.” Kata Elya Kamelia sambil memandu kereta. Fokus diberikan sepenuhnya pada pemanduan. Azwani mengangguk, dia hanya menurut. Dia tahu semua ini salahnya. Jadi, dia hanya menurut.
Setiba di KFC, Azwani dan Elya Kamelia melangkah masuk bersama-sama. Kereta milik Elya Kamelia diparkir di bawah sepohon kayu yang rimbun. Mereka memilih meja yang berada di hujung sekali. Anak mata Elya Kamelia melihat sekeliling.
Tidak ramai sangat pelanggan, bagus. Kata Azwani di dalam hati. Dia tidak suka dengan suasana yang hingar.
“Awan, aku pergi beli makanan dahulu . Kau nak makan apa? Hari ni biar aku belanja.” soal Elya Kamelia sambil mempelawa untuk membelanja Azwani.
Azwani tersengih. “Aku nak Colonel Chicken Rice Combo, tambah dengan Mocha Krunch.” Pinta Azwani.
Elya Kamelia mengangguk lantas berlalu ke arah kaunter. Setelah lama menunggu di kaunter, akhirnya Elya Kamelia kembali sambil menatang dulang berisi dua pinggan nasi ayam dan juga air minuman. Elya Kamelia tidak menyedari bahawa gerak gerinya itu diperhatikan oleh seseorang dari jauh.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:15 PM

“Darling, kenapa dengan you ni? Macam tak concentrate aje. You tak suka dengan I ke?” soal Zulia manja. Nadanya kedengaran gedik sekali.
Emrizal mengangguk, kemudian menggeleng.
Zulia menarik muncung sedepa. Pantas tangannya memeluk Emrizal.
“Tak ada apa-apa. I cuma fikir pasal kerja aje. You jangan risau, I put my concentration on you. 100% baby!” ujar Emrizal penuh romantik. Emrizal tersenyum, terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya.
Zulia menjadi semakin tidak keruan, tidak tentu arah melihat senyuman Emrizal yang mengoda hati wanitanya itu. Sememangnya lelaki itu sudah lama bertakhta di hatinya, cuma baru sekarang Emrizal menjadi kekasihnya.
Dia sendiri tahu tentang sikap Emrizal yang tidak pernah kekal pada seseorang perempuan. Tetapi dia tidak kisah. Asalkan Emrizal menjadi miliknya.
Emrizal mengelus rambut Zulia dengan manja. Hidangan di hadapan mereka sedikitpun belum dijamah. Mereka sengaja berjumpa disini kerana restoran ini lebih privasi. Tidak ramai sahabat handai Emrizal yang sudi makan di kawasan ini. Maka tempatlah ini yang sesuai untuk dijadikan tempat pertemuan mereka.
Emrizal memandang dua orang wanita yang duduk tidak jauh darinya. Dia mengenali salah seorang dari wanita itu. Ya! Wanita yang memakai baju uniform itu! Segera minda Emrizal berputar ligat. Peristiwa petang tadi tidak akan dia abadikan sebagai memori indah, sebaliknyasebagai memori yang sangat pahit bagaikan kopi pekat tanpa gula!
Dia dimalukan di hadapan khayalak ramai. Kata-kata wanita itu masih lagi terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Seperti yang sudah dia rancang, dia mahu membalas dendam. Kali ini biar wanita itu tahu bagaimana rasanya dimalukan di hadapan umum.
Emrizal meminta diri dari Zulia dan mengatakan dia mahu memesan sesuatu. Zulia angguk, air yang berada di hadapannya dihirup perlahan. Zulia menjamah sedikit burger yang sudah lama berada di atas meja sejak dari tadi.
Sementelah, Emrizal memesan dua aiskrim sundae berperisa coklat di kaunter. Setelah itu, dia berjalan perlahan menuju ke arah wanita yang sudah mencemarkan maruahnya di hadapan umum petang tadi. Kini gilirannya pula membalas. Ada lori, ada bas, tadi kau lari, sekarang aku balas. Bisik Emrizal di dalam hati sambil ketawa.
Dengan sengaja, Emrizal menuang aiskrim sundae tersebut di atas rambut Elya Kamelia. Tidak ramai yang nampak kejadian itu, hanya beberapa orang sahaja, tetapi tidak pula mereka sibuk mengambil tahu.
Elya Kamelia memegang kepalanya. Dia hairan mengapa kepalanya terasa sejuk, seperti disimbah dengan air batu campur. Elya Kamelia menjerit, Emrizal pula masih berdiri di tepi Elya Kamelia sambil membuat muka tidak bersalah.
“Kau! Mata kau letak kat mana?” tengking Elya Kamelia, kini semua mata yang ada di restoran itu memerhatinya dengan penuh perasaan suspen. Emrizal tidak membalas, dia menunjukkan ke arah lutut. Tanda dia membalas kata-kata Elya Kamelia dengan mengatakan matanya diletakkan di lutut. Makin bengang jadinya Elya Kamelia melihat lelaki itu memperlekehkannya.
“Sorry. Saya tak sengaja. Badan saya ni tiba-tiba sahaja terlanggar kerusi dan terkena awak.” Pura-pura Emrizal memohon maaf, memberi alasan yang langsung tidak masuk akal.
Azwani mengangguk tanda mengerti. Dia sendiri tidak mahu ambil pusing dalam hal ini, malas mahu membesarkan cerita. Hal kecil sahaja.
“Tak sengaja kepala otak kau! Dah sah kau nampak aku kat sini. Yang kau gatal sangat lalu sebelah aku buat apa? Punya luas kawasan restoran ni kau boleh lalu, apasal kau lalu sini jugak?” marah Elya Kamelia lagi. Kasar sekali kata-katanya.
Azwani sudah menutup mukanya tanda malu. Mereka kini jadi bahan tontonan umum.
Zulia tersentak mendengar jeritan Elya Kamelia, dia melihat Emrizal turut berada disitu sambil tersenyum sinis. Mahu sahaja dia ke sana, tetapi dia malu. Tidak mahu dia ditonton oleh orang ramai dalam keadaan memalukan begitu. Tanpa berfikir panjang, Zulia melangkah keluar dari KFC dan menahan teksi.
Elya Kamelia masih memandang Emrizal dengan pandangan yang tajam, seolah-olah mahu menelan lelaki itu hidup-hidup. Emrizal masih lagi dengan gayanya yang selamba, sedikitpun tidak gentar. Tiba-tiba sahaja Emrizal menutup hidungnya.
“Busuknya! Eh, awak ni kentut ke apa?” soal Emrizal dengan suara yang sengaja dikuatkan. Ketawa semua orang yang ada di restoran KFC tersebut, begitu juga dengan pekerja-pekerjanya. Tidak terkecuali, Azwani turut ketawa. Melihat sahaja wajah Elya Kamelia bertukar tegang, Azwani menekup mulutnya.
“Kau memang buat aku angin la. Apa yang kau tak puas hati dengan aku?” teriak Elya Kamelia, kesabarannya sudah hilang. Dia menolak Emrizal sehingga lelaki itu hampir jatuh.
Emrizal mengangguk. “Memang aku tak puas hati dengan kau. Ingat tragedi dekat Giant Hypermarket tadi?” Emrizal mengingatkan.
Elya Kamelia mengetap giginya. Ya! Dia ingat, memang sejak dari tadi dia seperti mengenali wajah lelaki ini. Rupa-rupanya lelaki inilah yang telah disindir olehnya di Giant petang tadi. “Ok fine! Sekarang aku dah dapat balasan aku. Kosong-kosong.” Kata Elya Kamelia tidak ikhlas.
Emrizal ketawa mendengar kata-kata dari Elya Kamelia itu. “Maaf? Senangnya kau cakap minah durian. Kau dah malukan aku, lepas tu barang aku yang jatuh langsung kau tak kutip. Apa punya perempuan la kau ni!” sindir Emrizal lagi. Hatinya masih bengkak kerana peristiwa petang tadi. Momen itu tidak akan dilupakannya. Buat pertama kali dia dimalukan.
“Habis kau nak apa?” pantas Elya Kamelia bertanya. Masing-masing yang ada di KFC masihmenonton drama sebabak antara Elya Kamelia dan Emrizal. Nampak hidup sekali. Jika dicalonkan dalam Anugerah Skrin, pasti menang! Drama terbaik!
“Aku nak kau melutut sekarang perempuan kampung.” Selamba sahaja Emrizal menghina.
Azwani tersentak. Sedikit sebanyak dia tersentak dengan kata-kata Emrizal itu, seperti dilontarkan padanya juga.
“Aku benci kau! Aku benci kau!” jerit Elya Kamelia sembari dia mengalirkan air mata, tanpa membuang masa dia mencapai beg tangannya dan berlalu keluar dari restoran KFC itu, meninggalkan Azwani yang masih termangu.
Emrizal tersentak. Tiba-tiba dia dihambat rasa bersalah, dia berlebihan dalam membalas tindakan wanita itu. Seketika kemudian, Azwani menyerahkan sekeping kertas padanya. Tidak pula dia menolaknya. Malah mengucapkan terima kasih, Azwani mengangguk sambil berlalu pergi, mengekori sahabatnya itu.
Emrizal melihat kertas yang diberi oleh Azwani sebentar tadi. Tertera nama seorang wanita dan juga nombor telefonnya beserta kata-kata. ‘Telefon dan mohon maaf jika awak seorang lelaki yang sejati.’ Itulah kata-kata yang tertulis di atas kertas itu. Emrizal melihat pada mejanya, dilihatnya Zulia sudah tiada.
“Dasar perempuan gedik. Tinggalkan aku macam tu aje.” kutuk Emrizal selamba, dia turut melangkah keluar dari restoran itu. Manusia-manusia yang memandang aksi Emrizal dan Elya Kamelia sedari tadi sudah membuat hal masing-masing.

****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:16 PM

“Elya! Kau okey ke tidak?” soal Azwani di dalam kereta. Elya Kamelia mengesat air matanya sedari tadi turun bagaikan hujan. Azwani memegang bahu Elya Kamelia, memberi semangat pada sahabatnya itu. Elya Kamelia menggeleng, tetapi dia masih dalam keadaan yang stabil.
“Kenapa dia sanggup malukan aku macam tu?” Tanya Elya Kamelia pada Azwani.
Azwani mengangkat kedua bahunya, tanda tidak tahu. Elya Kamelia menghentikan keretanya di tepi jalan. Air matanya masih lagi jatuh membasahi pipinya yang putih itu.
“Aku tak sangka dia sanggup hina aku macam tu sekali. Aku tahu memang salah aku petang tadi. Tapi aku dah minta maaf. Kenapa dia hina aku lagi?” Tanya Elya Kamelia lagi pada Azwani, walaupun dia tahu Azwani tidak akan dapat menjawab soalannya. Azwani mengeluh.
“Biasalah tu Elya. Setiap orang buat kesilapan. Just let it go. Lupakan aje. Anggap benda tu satu pengajaran buat kau. Jangan ulang lagi kesilapan kau tu.” Azwani memberi nasihat.
Entah mengapa Elya Kamelia jadi tenang setelah mendengar kata-kata Azwani itu. Seakan hilang sudah masalahnya yang bertakung di dalam kepala. Dia pantas memeluk Azwani dan menyandarkan kepalanya di atas bahu Azwani.
Azwani tersenyum. Mujur Elya menerima tegurannya. Selalunya Elya Kamelia payah menerima nasihat, malah dia pula dimarahi. Mungkin hari ini dia benar-benar sedih. “Dahlah. Jangan sedih. Tadi kita dapat makan sikit aje. perut aku lapar lagi ni. Dari tadi dia menyanyi aje. Nonstop!” beritahu Azwani, cuba membuat lawak, mahu mengembalikan semula mood sahabatnya.
Elya Kamelia ketawa riang. Pandai sekali Azwani mengembalikan moodnya. “Yalah. Kita pergi kedai mamak yang dekat dengan rumah kita tu. Kali ni kau pulak belanja. Duit aku dah terbang tadi. Boleh tak?” Elya Kamelia bertanya.
Azwani mengangguk. Tiada masalah baginya, asalkan muzik yang berbunyi dalam perutnya sedari tadi dapat dihentikan. Itu yang penting baginya. Duit? Belakang cerita!
Elya Kamelia memandu keretanya semula lantas menghidupkan radio bagi menghilangkan suasana bosan yang kian menyerkup mereka di dalam kereta. Setidak-tidaknya dapatlah mereka mendengar celoteh Dj Ladyjuliet yang bertugas dan lagu-lagu yang diputarkan sebagai halwa telinga.
Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspreksikan dirimu dengan laguku
Satukan mimpimu dengan mimpiku
Ini kisah kita

Lagu Stacy bertajuk Kisah Kita berputar di corong radio, Elya Kamelia turut sama menyanyi. Rasa senang sudah mulai menjalar di seluruh hatinya. Azwani yang duduk mengelamun melayan bait-bait lagu tersebut turut tersenyum gembira. Sememangnya lagu ini dapat menukar kesedihan seseorang kepada rasa gembira.
Sedang mereka asyik melayan lagu dendangan Stacy itu, tiba-tiba sahaja telefon bimbit Elya Kamelia berbunyi. Elya Kamelia pantas mencapai telefon bimbitnya, lalu melihat nama si pemanggil. Tetapi nombor itu tidak dikenalinya. Siapa? Dia memandang Azwani, seperti biasa Azwani akan menaikkan kedua-dua bahunya. Tidak tahu.
‘Hisy! Menyampah, semua tak tahu si Awan ni. Bila cakap pasal makan, tahu pulak dia. Alahai, siapa pulak call aku malam-malam ni, aku tengah syok layan lagu Stacy nilah dia sibuk nak call. Haraplah bukan benda penting, malas aku nak cakap lama-lama.’ Elya Kamelia bermonolog di dalam hati. Butang hijau ditekan.
“Assalamualaikum. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?” soal Elya Kamelia penuh sopan. Tiada reaksi. Elya Kamelia masih menunggu. Elya Kamelia berdehem, mengulangi kembali soalannya. Terus si pemanggil menutup telefon.
“Peliknya. Call aku lepas tu off. Something is not right here.” Elya Kamelia musykil, dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lantas dia memandang Azwani.
“Kau ada beri nombor telefon aku pada sesiapa?” soal Elya Kamelia, curiga.
Azwani menggeleng.
Elya Kamelia mengeluh. Kadangkala sakit hati juga bercakap dengan Azwani, tidak pernah dia ambil tahu dengan semua benda. Jawapannya sama sahaja, tak tahu, tak tahu, tak tahu!
Elya Kamelia malas mengambil pusing lantas memberi tumpuan kembali pada pemanduannya. Setiba di restoran mamak tersebut, mereka memesan makanan masing-masing dan setelah itu mereka pulang ke rumah. Badan Elya Kamelia masih lagi dihimpit dengan rasa malas, dia mengambil keputusan untuk tidur sahaja. Keesokan harinya dia perlu ke sekolah untuk mengajar.
Rutin hariannya sebagai seorang guru banyak mencabar fizikal dan mental, selain menghadapi pelajar yang nakal dan tidak mendengar kata. Mujurlah pelajar-pelajarnya semua takut akannya.
Sikapnya yang dingin pada pelajar-pelajarnya membuatkan semua pelajar tidak berani angkat muka ketika dia mengajar. Berbeza pula dengan Azwani, dia turut mengajar di sekolah yang sama, tetapi sikap Azwani yang lembut itu membuatkan pelajar rapat dengannya sehinggakan malas membuat tugasan yang diberikannya.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:16 PM

“Bangun semua! Selamat pagi Miss Elya!” jerit ketua kelas tingkatan tiga Merpati, Zulfakar Afizi. Serentak itu juga, semua pelajar berdiri tegak bagaikan tugu negara. Mereka sama-sama memberi ucapan selamat pagi pada guru Sains mereka, Miss Elya Kamelia.
Elya Kamelia memulakan sesi pengajaran dan pembelajarannya seperti biasa. Hari ini dia banyak memberi latihan pada pelajarnya.
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi. Dia perlu memastikan semua pelajar-pelajarnya bersedia untuk menjawab peperiksaan yang bakal menentukan aliran mereka pada tahun depan.
Dari satu meja ke satu meja dia beralih, memberikan penerangan pada beberapa orang muridnya yang masih kurang faham dengan tajuk yang diajarnya minggu lepas. Hari ini dia tidak marah-marah seperti biasa.
Terasa bersalah pula kerana memarahi pelajarnya setiap hari, mereka juga manusia. Sepanjang dia mengajar, Elya Kamelia tidak lepas dari menguntumkan senyuman. Pelajar-pelajarnya juga berasa senang dengan sikapnyahari ini, terutama Aliesha Kirana. Pelajar yang sentiasa murung ketika waktu Elya Kamelia mengajar.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:16 PM

Emrizal menunggu adiknya di luar sekolah, cuaca yang agak panas membuatkan dia tidak senang diam. Dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri. Seperti cacing kepanasan dia menunggu di luar sekolah. Beberapa minit kemudian loceng berdentang nyaring tanda tamat sesi pembelajaran di sekolah untuk hari ini. Pelajar-pelajar kelihatan berpusu-pusu untuk keluar dari sekolah, setelah seharian mereka berada di sekolah. Dari jauh Emrizal sudah melihat kelibat adik perempuannya yang berkulit putih dan iras-iras sepertinya.
“Lama abang tunggu?” soal adik perempuannya, Emrizal mengangguk sambil masuk ke dalam kereta. Air-cond di dalam kereta dikuatkan, menghilangkan rasa panas yang kian memuncak.
“Sorrylah bang. Cikgu tu lepaskan kami lambat sikit hari ni. Ada banyak latihan dia beri.” Beritahu adik perempuan Emrizal lagi. Emrizal tidak membalas. Sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Adiknya pula kembali diam setelah lama melihat Emrizal tidak mengendahkan kata-katanya.
“So, macam mana persiapan nak exam Aliesha?” soal Emrizal secara tiba-tiba.
Adik perempuannya yang bernama Aliesha Kirana itu tersenyum seraya melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta. Setelah itu, baru dia menjawab. “So far, semua okey bang! Harini Aliesha happy sangat sebab cikgu yang ajar subjek Sains tu baik dengan Aliesha.” Beritahu Aliesha Kirana lagi dengan gembira.
Emrizal rasa senang melihat senyuman adiknya itu. Selalu juga adiknya itu mengadu kerana tidak faham dengan subjek Sains dan sikap dingin gurunya itu. Namun dia malas hendak ambil tahu.
“Baguslah tu. Siapa nama cikgu Aliesha?” soal Emrizal tiba-tiba. Seperti berminat pula.
Aliesha Kirana memandang abangnya dengan rasa curiga.
Emrizal menyedari pandangan adiknya itu, lantas dia memandang arah lain.
“Aik, kenapa abang macam berminat aje dengan cikgu Aliesha ni? Tak takut Kak Zulia marah ke?” sindir Aliesha Kirana, tahu benar dia dengan perangai kekasih abangnya itu, Zulia. Sikap Zulia yang gedik itu menjengkelkan hati kecil Aliesha Kirana.
Emrizal menggeleng-gelengkan kepalanya.
Aliesha Kirana jadi hairan.
“Abang dah break dengan dia.” Kata Emrizal dengan hambar. Kadangkala adiknya itu menjadi tempat dia melepas segala masalahnya. Memandangkan mereka hanya dua beradik sahaja dalam keluarganya, maka Aliesha Kiranalah tempat Emrizal meluahkan masalahnya.
Aliesha Kirana mengangguk tanda mengerti. Dalam hatinya dia bersyukur. ‘Bagus! Tak suka aku dengan perempuan gedik tu! Tak layak jadi kakak ipar aku! Dia ingat dia cantik dia boleh jadi kakak ipar aku? Boleh blahlah!’ Aliesha Kirana berkata di dalam hati sambil tersenyum sendiri.
“Ni dah kenapa tetiba senyum ni Aliesha? Sukalah tu abang putus dengan perempuan tu?” tebak Emrizal, dia tahu adiknya tidak pernah suka dengan Zulia, oleh sebab itulah dia sengaja menggantikan nama bekas teman wanitanya itu dengan gelaran ‘perempuan’.
Aliesha Kirana tertunduk malu. Tidak sangka abangnya itu dapat membaca hatinya tika ini. “Taklah. Mana ada. Sebab apa abang boleh putus dengan dia?” soal Aliesha Kirana.
“Adalah. Peribadi. Yang penting, dia hipokrit. Syukur pada perempuan yang abang pernah sakitkan hati dia dulu. Sebab perempuan tulah abang dapat mengenal hati sebenar Zulia dan perangai sebenarnya.” Emrizal bercerita dengan tenang. Dia sudah menerima hakikat.
Ketika kejadian di KFC tempoh hari, dia terserempak Zulia berpelukan dengan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya. Hatinya rasa terbakar. Dia kenal dengan lelaki itu, lelaki itu ialah sahabatnya sendiri! Harith Qayyum! Dia tidak mahu memikirkan hal itu lagi, biarlah semua itu berlalu. Biarkan dia mengambilnya sebagai satu iktibar. Jangan mudah percaya pada seseorang.
Hubungan persahabatannya dengan Harith juga telah berakhir disitu juga. Dia tidak mahu berkawan dengan orang yang sudah menikamnya dari belakang. Dia tahu dia juga salah dalam hal ini. Emrizal sangat berterima kasih pada wanita yang pernah dia hina di KFC tempoh hari. Ternyata ada hikmah di sebaliknya.
“Eh, dah! Siapa nama cikgu Aliesha tu?” soal Emrizal kembali, mahu tahu. Aliesha Kirana pernah bercerita dengannya tentang guru yang paling menawan di sekolahnya. Oleh itu, Emrizal mahu bertanya.
“Miss Elya Kamelia.” Kata Aliesha Kirana dengan yakin.
Emrizal terdiam sebentar. Terasa senang mendengar nama itu. “Elya Kamelia, sedapnya nama dia dik. Mesti cantikkan?” soal Emrizal pula.
Aliesha Kirana mengangguk. Setelah itu, Emrizal menyambung kembali kata-katanya. “Kenalkan abang dengan dia please. Mana tahu boleh sangkut ke. Dapat jugak Aliesha kakak ipar cikgu.” Emrizal sudah mula berangan.
Aliesha Kirana tertawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut abangnya itu.
“Okey, nanti Aliesha kenalkan. Tapi dia baru aje nak berbual Aliesha. Nanti Aliesha tunjuk abang, yang mana satu Miss Elya tu.” Kata Aliesha Kirana dengan yakin. Dalam hatinya dia turut berasa gembira. Kalaulah kata-kata abangnya itu menjadi kenyataan! Sukar digambarkan!
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:16 PM

“Awan, kita keluar sekejap pergi beli barang dapur jom. Aku tengok barang-barang di dapur tu macam dah kering.” Ajak Elya Kamelia.
Azwani menggeleng. Sebetulnya Azwani malas untuk keluar rumah hari ini. Cuaca begitu panas, di tambah dengan cerita kegemarannya sedang bersiaran di kaca televisyen.
Elya Kamelia mendengus kasar. “Tak nak sudah. Biar aku pergi seorang, duduklah kau dekat rumah ni. Semalam aku mimpi sesuatu kau tak tahu.” Ugut Elya Kamelia.
Azwani memandangnya. “Betul ke Elya?” soal Azwani.
Elya Kamelia mengangguk. Serta merta televisyen ditutup. Azwani bingkas bangun dan keluar dari rumah. Tiba-tiba sahaja dia terasa takut walaupun hari masih siang.
Elya Kamelia ketawa mengekek. Mudah sekali dia mempermainkan sahabatnya itu.
****
Sebelum kelas beransur tamat, Elya Kamelia membuat satu pengumuman pada semua murid-muridnya. Kesemua pelajar tekun mendengar.
“Ini semua report card kamu, kesemua keputusan untuk peperiksaan pertengahan tahun kamu telah siap dan ada di dalam report card ini. Tapi cikgu hendak kamu berikan surat jemputan mengambil report card ini dan berikan kepada ibu bapa atau penjaga kamu. “ arah Elya Kamelia dengan panjang lebar.
Semua murid-murid kelasnya bertanya sesama sendiri dan memandang antara satu sama lain. Mungkin ada yang risau dengan keputusan mereka. Aliesha Kirana selaku ketua kelas diarahkan olehElya Kamelia untuk memberikan surat itu kepada semua rakan sekelasnya.
Aliesha Kirana menghampiri Elya Kamelia yang sedang sibuk menyusun maklumat pelajar dan kad-kad headcount pelajarnya.
“Teacher, mama dan papa saya tak ada dalam Malaysia, dah seminggu mereka kat luar negara, lagi dua minggu mereka balik sini. Tapi hari terbuka ini kan sabtu ni, macam mana. Boleh abang saya datang tak?” soal Aliesha Kirana berhati-hati. Menyusun perkataannya satu persatu.
Elya Kamelia tersenyum sambil mengangguk kepalanya kepada pelajar pintar di hadapannya itu.
“Terima kasih cikgu! Cikgu mesti suka dengan abang saya kalau abang saya datang esok!” ucap Aliesha Kirana tiba-tiba.
Serta merta Elya Kamelia tersentak seraya mengangkatkan wajahnya. “Erkkk… awak mengusik saya ya?”
Aliesha Kirana tergelak mendengar kata-kata gurunya itu.
Elya Kamelia mengelengkan kepalanya. Dalam hatinya dia sempat berkata. ‘Merapu betul budak ni!’
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:17 PM

Hari yang dinanti telahpun menjelma. Elya Kamelia bergegas ke kelas yang dijaganya itu, mahu melihat persiapan dan keadaan dalam kelas. Dia tidak mahu ada komen berkenaan dengan kelas kotor atau keadaan persekitaran kelas yang tidak menyenangkan.
Kalau ada komplen, matilah hendak menjawab dengan pengetua yang ting tong tu! Sudahlah ting tong… kalau mood tak baik, akibatnya dengan cikgu-cikgu kena lari satu padang!
“Cikgu semua dah beres!” ujar Aliesha Kirana sambil tersenyum.
“Baik! Semua duduk di tempat masing-masing dan please behave yourself, everybody! Saya tak mahu ada yang bising sewaktu ibu bapa atau penjaga mengambil report card ini.”
Semuanya mengangguk tanda faham. Tidak susah bagi Elya Kamelia untuk menjaga pelajarnya kerana mereka semua budak-budak cerdik dan faham bahasa.
Tepat jam pukul 9.00 pagi, ibu bapa dan penjaga murid-murid sudah pun beratur menunggu giliran untuk mengambil report card anak masing-masing. Ada yang tersenyum gembira, ada yang meraung melihat keputusan, ada yang kena marah dengan ibu bapa on the spot dan pelbagai ragam!
Aliesha Kirana gelisah. ‘Mana abang ni? Sekarang dah pukul berapa? Tak sampai-sampai lagi! Dah nak tamat waktu dah ni!”
“Aliesha… mana abang awak? Tinggal awak seorang sahaja ni.”
“Saya pun tak tahulah cikgu.”
“Nah awak pakai phone saya, call abang awak.” Kata Elya Kamelia kepada Aliesha Kirana, spontan.
“Baik cikgu!” Aliesha Kirana bersetuju. Pantas Aliesha Kirana mengambil telefon bimbit milik Elya Kamelia dan mendail nombor telefon abangnya.Setelah5 minit berbual di telefon, Aliesha menyerahkan kembali telefon bimbit gurunya itu.
“Dapat?” soal Elya Kamelia.
“Dah, dia tengah parking kereta.” Jawab Aliesha Kirana sambil tersenyum manis. Elya Kamelia mengangguk.
“Tak apalah, kita tunggu abang awak sekejap.”
“Okay.” Ringkas Aliesha Kirana membalas.
Beberapa minit kemudian, satu sosok tubuh masuk ke dalam kelas, termonyeh-monyeh.
“Abang!” Jerit Aliesha Kirana. Kemudian menarik tangan abangnya dan membawa kepada Elya Kamelia.
Elya Kamelia masih lagi tekun menyemak fail-fail pelajarnya.
“Maaf cikgu, saya terlambat. Traffic jammed! Hushh… susah betul. Sudahlah panas terik!” beritahu Emrizal dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak melihat lagi wajah gurunya Aliesha Kirana kerana Elya Kamelia sedang tekun menyemak buku di hadapannya. Sejurus mendengar suara itu, Elya Kamelia memandang pemilik suara itu. Dia terkejut.
“Awakkk??” soal Elya Kamelia tidak percaya.
“Hah! Awakkk!!” seperti Elya Kamelia juga, Emrizal juga berkata hal yang sama.
Aliesha Kirana hanya tergamam melihat dua insan di hadapannya itu. Wajah Elya Kamelia merona merah. Serta merta nafasnya turun naik menahan marah. Tanpa membuang masa dia terus memarahi lelaki di hadapannya itu.
Emrizal juga tidak mahu mengalah. Tercetuslah pertengkaran di antara mereka di dalam kelas tersebut.
Aliesha Kirana menjadi panik, lantas dia berlari ke bilik pengetua dan memberitahu hal pertengkaran antara abangnya serta guru kelasnya kepada pengetua sekolahnya yang dikenali dengan sikapnya yang garang itu.Pengetua sekolahnya, Puan Syamnuriezmil menyuruh Aliesha Kirana memanggil kedua-duanya masuk ke dalam pejabatnya.
Dia tidak mahu kredibiliti sekolahnya jatuh hanya kerana perkara yang kecil. Aliesha Kirana tidak banyak membantah dan lantas memaklumkan hal tersebut kepada abang dan gurunya yang masih gamat bertengkar di dalam kelas. Semakin ramai guru-guru yang lain memerhati mereka berdua. Aliesha Kirana pula yang menjadi malu.
Emrizal dan Elya Kamelia tidak membantah setelah Aliesha Kirana memberitahu bahawa Puan Syamnuriezmil mahu berjumpa mereka berdua. Mereka hanya mengekori Aliesha Kirana. Elya Kamelia menarik muncung sedepa. Dia pasti dia akan dimarahi oleh Puan Syamnuriezmil kerana memalukan sekolah. Dia sudah pasrah. Sesekali dia menjeling pada Emrizal yang berlagak tenang.
‘Benci! Konon cool sangatlah tu!’ Elya Kamelia membebel di dalam hati.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:17 PM

Setiba di bilik pengetua, mereka masing-masing tidak mahu mengalah. Masih menyalahkan antara satu sama lain. Puas Aliesha Kirana menyabarkan kedua-dua mereka, namun tidak berhasil.
Puan Syamnuriezmil menggelengkan kepalanya.
“Sudah!” jerit Puan Syamnuriezmil, menghentak meja. Serentak itu dia bangun dari kerusinya.
Serta merta Emrizal dan Elya Kamelia tersentak. Terkejut mendengar jeritan dari Puan Syamnuriezmil barangkali.
“Apa masalah awak berdua ni?” soal Puan Syamnuriezmil dengan nada yang tinggi. Sengaja dia berpura-pura marah. Wajah Elya Kamelia sudah bertukar pucat.
‘Ha! Ambil kau! Tahu takut. Ni baru aku showoff sikit.’ Puan Syamnuriezmil ketawa mengekek di dalam hati. Wajah Emrizal juga kelihatan pucat.
“Tahu pun diam! Saya ingat awak berdua tak reti nak diam sampai saya panggil tok kadi datang sini.” Kata Puan Syamnuriezmil, selamba. Elya Kamelia dan Emrizal terpinga-pinga. Serentak mereka berdua bertanya.
“Tok kadi?”
“Yalah! Tok kadi, kahwinkan kamu berdua. Senang.” Tutur Puan Syamnuriezmil sambil mengukir senyuman. Aliesha Kirana menaikkan kedua-dua ibu jarinya tanda bagus. Puan Syamnuriezmil memandang kedua-dua insan di hadapannya.
“So, sekarang saya nak tahu siapa yang salah.” Puan Syamnuriezmil bertanya.
Diam.
Sekali lagi Puan Syamnuriezmil bertanya, kali ini tegas nadanya.
Barulah Elya menjawab. Dia menudingkan jarinya kepada Emrizal. Emrizal terkejut.
“Dia yang salah!” Elya menuduh. Emrizal tidak mahu mengalah.
“Awak.” Emrizal menuduh Elya Kamelia.
“Awak.”
“Awak.”
“Saya.” Emrizal memancing. Pantas Elya Kamelia menjawab.
“Saya.” Umpan mengena. Elya Kamelia mengaku juga. Emrizal ketawa puas.
Aliesha Kirana dan Puan Syamnuriezmil turut serta ketawa. Elya Kamelia menarik muncung sedepa. “Sudah! Sekarang minta maaf pada Encik Emrizal, cik Elya Kamelia.” Arah Puan Syamnuriezmil serta merta.
Elya Kamelia menggelengkan kepalanya, tanda tidak mahu.Puan Syamnuriezmil mendesaknya. Elya Kamelia tetap dengan keputusannya. Degil. Tiba-tiba sahaja Emrizal bersuara, Elya Kamelia terkejut.
“Saya minta maaf cik Elya.” Emrizal mengalah. Dia tahu dalam hal ini, pasti wanita di sebelahnya itu tidak mahu mengaku salah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengalah.
Puan Syamnuriezmil tersenyum.
“Bagus. Selepas ini saya harap awak berdua berbaik-baiklah ya?” pinta Puan Syamnuriezmil penuh mengharap. Elya Kamelia mengangguk, tidak ikhlas. Emrizal tersenyum lantas meminta diri untuk pulang.
Aliesha Kirana menyalami kedua-dua gurunya dan berlalu keluar. Manakala Elya Kamelia masih berdiri tegak di dalam bilik pengetua dengan wajah masam mencuka.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:18 PM

“Adik, berikan buah durian ni dekat cikgu adik boleh?” pinta Emrizal. Aliesha Kirana memandang abangnya, hairan.
‘Buang tabiat ke apa abang aku ni? Tiba-tiba suruh aku bagi durian pada cikgu pagi-pagi buta ni.’ Aliesha Kirana menyoal dirinya sendiri.
Emrizal tersengih melihat wajah adiknya yang hairan itu.
“Tapi untuk apa ya bang?” Aliesha Kirana menyoal, curiga.
“Tak ada apa. Sebagai tanda abang minta maaf dengan dia.” Jawab Emrizal.
Aliesha Kirana mengangguk. Kemudian sekali lagi dia menyoal. “Tapi kenapa abang beri buah durian? Ini buah kegemaran dia ke?” Aliesha Kirana menyoal lagi.
Emrizal memandang adiknya, melebih-lebih pula soalan yang ditanya adiknya itu. Namun, dia tetap menjawab. “Sebab masa tu abang ada nampak banyak buah durian dekat bonet kereta dia. So abang anggap dia suka buah durian la.” Beritahu Emrizal.
“Oh, tapi sanggup abang belikan untuk dia ya? Setahu Aliesha abang anti buah durian.” Kata Aliesha sambil tertawa. Emrizal turut tertawa.
“Terpaksalah. Abang beli pun sebiji aje tu. Tak tahan bau dia. Haraplah dia sudi maafkan abang. Boleh tak adik bagi dia ni?” Emrizal menyoal kembali.
“Boleh. Tapi tak akan Aliesha nak bawak sebiji macam ni? Matilah semua kawan-kawan ketawakan Aliesha.” Kata Aliesha Kirana. Hanya sebiji buah durian sahaja yang diberi oleh abangnya itu untuk diserahkan kepada Elya Kamelia.
Emrizal berfikir sejenak. Betul juga apa yang dikatakan oleh adiknya itu. Dia masuk ke dalam rumah kembali dan menyuruh adiknya menunggu di dalam kereta. Setelah itu, Emrizal kembali dengan membawa beg kecil berjenama Levis dan menyerahkan kepada Aliesha Kirana.
“Nah! Masukkan durian tu dalam beg ni.” Emrizal menyerahkan beg yang dipegangnya kepada Aliesha Kirana.
Aliesha Kirana mengangguk.“Tak koyak ke bang?” soal Aliesha Kirana pula.
Emrizal menggelengkan kepalanya.“Kalau koyak abang saman orang kat butik Levis tu.” Kata Emrizal separuh berjenaka. Serentak itu, dia menghidupkan enjin keretanya dan menderu laju menuju ke sekolah adiknya.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:18 PM

“Cikgu, nah! Ini abang saya beri.” Aliesha Kirana menyerahkan beg yang dipegangnya kepada Elya Kamelia. Elya Kamelia pelik. Lantas dia mengambil beg tersebut dan melihat isi dalamnya.
“Durian?” Aliesha Kirana mengangguk.
Elya Kamelia ketawa.
“Kenapa cikgu ketawa?” soal Aliesha Kirana, tidak mengerti.
“Kenapa abang awak bagi saya ni?” soalan dari Aliesha Kirana diabaikannya, lantas dia pula memberi soalan pada muridnya itu.
“Kata abang saya, ini tanda dia minta maaf pada cikgu.” Ujar Aliesha Kirana.
Elya Kamelia mengangguk. Dia berfikir sejenak. Sebetulnya dia sudah memaafkan lelaki itu beberapa hari yang lalu. Dia sudah tidak menyimpan dendam lagi.
“Okeylah cikgu. Saya minta diri dulu. Ada kelas Ustazah Asrar, nanti dia marah kalau lewat masuk kelas dia.” Aliesha Kirana meminta diri. Dia pasti Ustazah Asrar, guru Bahasa Arabnya sudah menunggu di dalam kelas.
Elya Kamelia mengangguk-angguk. ‘Aku nak beri dia buah juga. Tapi… buah apa yang dia suka?’ Elya Kamelia berfikir sendiri. Setelah lama berfikir akhirnya dia teringat peristiwa pertama yang menyebabkan dia kenal dengan Emrizal.
Barulah Elya Kamelia teringat dia pernah melanggar Emrizal yang ketika itu sedang memegang buah epal di pasaraya pada beberapa minggu lepas. Epal! Itulah buah yang terlintas di kepalanya ketika ini. Elya Kamelia tersenyum.
****
Elya Kamelia menjerit memanggil nama Aliesha Kirana yang laju keluar dari kelasnya. Sejurus mendengar seseorang memanggil namanya, Aliesha Kirana berpaling. Dia mendapati gurunya, Elya Kamelia sedang memegang satu kotak hadiah. Pantas dia mendekati gurunya itu.
“Awak beri hadiah ni pada abang awak. Katakan pada dia yang ini tanda saya minta maaf pada dia.” Ucap Elya Kamelia sambil menyerahkan kotak hadiah yang dipegangnya kepada Aliesha Kirana.
Aliesha Kirana mengangguk. “Jadi posgirl yang tak berbayar pulak saya harini.” Ujar Aliesha Kirana dengan nada berjenaka.
Elya Kamelia tertawa.“Tak apa, lain kali cikgu belanja awak makan pizza. Nak? Tak pun cikgu naikkan markah Sains?” Elya Kamelia memancing.
Aliesha Kirana menggelengkan kepalanya. “Tak naklah cikgu. Itu dah kira menipu. Saya tak nak. Saya tolong ikhlas ni. Doakan saya berjaya aje dalam PMR okey?” pinta Aliesha Kirana.
“Mestilah cikgu doakan. Semua pelajar cikgu, cikgu doakan. Dahlah, abang awak dah tunggu rasanya tu. Kirim salam pada dia.” Kata Elya Kamelia. Aliesha Kirana menyalam gurunya dan lantas keluar dari sekolah.
****
Emrizal memandang siling rumahnya. Sesekali dia tersenyum sendiri memandang epal pemberian Elya Kamelia. Dia belum menjamahnya walau sedikitpun. Terasa sayang pula untuk memakan buah itu walaupun itu buah kesukaannya. Telefon bimbitnya di capai.
Dia mempunyai nombor telefon Elya Kamelia, Azwani pernah memberinya nombor telefon milik Elya Kamelia di KFC sewaktu mereka bertengkar dahulu. Emrizal pernah menelefon Elya Kamelia dahulu, tetapi dia tidak berkata apa-apa. Kali ini baru timbul keberaniannya. Laju sahaja dia menekan nombor telefon Elya Kamelia. Beberapa saat kemudian, panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum.” Sapa satu suara di corong telefon. Emrizal membalas salam yang diberikan. Dia pasti suara itu milik Elya Kamelia. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Cik Elya…” ucap Emrizal dengan perlahan.
“Ya saya? Boleh saya tahu awak siapa? Mana awak dapat nombor telefon saya?” bertubi-tubi Elya Kamelia menyoal.
“Maafkan saya cik Elya. Saya dapat nombor cik dari kawan cik. Nama saya Emrizal Affarel.” Tutur Emrizal berhati-hati.
“Emrizal?” soal Elya Kamelia.
“Oh lupa. Saya abang kepada Aliesha Kirana.” Beritahu Emrizal yakin.
Bagaikan kilat yang menyambar tiang, Elya Kamelia terkejut bukan kepalang. Dia tidak menyangka lelaki itu akan menelefonnya. Elya Kamelia berpura-pura tenang walaupun hakikatnya dia sudah gugup bagai mahu gugur jantungnya.
“Oh, Encik Emrizal. Ada apa telefon saya ni?” soal Elya Kamelia, dadanya berdebar-debar mendengar suara lelaki itu.
“Tak ada apa. Saya nak ucapkan terima kasih sebab berikan epal pada saya.” Tutur Emrizal dengan tenang.
“Sama-sama. Saya pun nak ucapkan terima kasih sebab beri saya buah durian. Manis. Kat mana awak beli?” soal Elya Kamelia.
Emrizal tertawa mendengar soalan Elya Kamelia. “Adalah satu tempat tu. Rahsia. Awak nak tahu ke kat mana?”
“Mestilah nak.” Bersungguh-sungguh Elya Kamelia menjawab.
“Kahwin dengan saya dulu.” Selamba Emrizal berkata.
Elya Kamelia tersentak mendengar kata-kata itu. Jawapan yang spontan yang keluar dari mulut Emrizal itu benar-benar membuatkannya terkejut.
Yang sebenarnya Emrizal sudah jatuh hati pada Elya Kamelia setelah dia menghendap wanita itu di luar sekolah beberapa hari lepas. Sikap Elya Kamelia yang prihatin sedikit sebanyak telah mencuit hati lelakinya. Berbeza dengan sikap Zulia Zafira yang anti pada kanak-kanak. Elya Kamelia pula telah membelanja beberapa orang kanak-kanak miskin di luar sekolahnya beberapa hari lepas. Perkara itu telah dilihat oleh Emrizal dari jauh.
“Awak gila ke?” soal Elya Kamelia.
Emrizal ketawa lagi mendengar soalan dari Elya Kamelia itu. Hatinya rasa senang kerana Elya Kamelia sudi melayannya ketika ini. “Memang. Saya gilakan awak.” Ujar Emrizal lagi.
Sekali lagi Elya Kamelia merasakan dirinya disambar petir.
“Sedap tak buah epal yang saya beri awak tu?” Elya Kamelia sengaja menukar topik.
“Saya belum makan lagi.”
“Kenapa?”
“Saya nak makan bila kita dah kahwin nanti.” Buat kali ketiga Elya Kamelia terasa. Seolah mahu pitam. Dia tidak menyangka Emrizal akan berkata begitu.
“Jangan bergurau dengan saya. Saya penat ni.” Ujar Elya Kamelia, serius.
Emrizal tidak menghiraukan kata-kata Elya Kamelia. “Saya tak bergurau. Saya serius.” Habis sahaja Emrizal berkata-kata, talian telefon dimatikan oleh Elya Kamelia. Emrizal tertawa.
‘Kuat betul sentap perempuan ni. Nampak macam brutal. Aduh.’ Emrizal berkata di dalam hati.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:18 PM

“Elya! Siapa bagi buah durian ni? Sampai tiga bakul sekali. Kau ada order dengan siapa-siapa ke?” soal Azwani terkejut. Mananya dia tidak terkejut, buka-buka sahaja pintu (rumah) sudah ada tiga bakul durian. Jatuh dari langitkah?
“Betul ke Awan? Ke mata kau salah tengok. Kadang-kadang landak kau kata durian.” Jerit Elya Kamelia dari tingkat atas.
Pantas Elya Kamelia berlari turun dari tangga. Dia dapati Azwani sudah tergamam melihat buah durian di luar rumah mereka.
“Betullah! Siapa yang beri Awan?” Elya Kamelia menyoal Azwani kembali. Azwani menaikkan kedua-dua bahunya, tidak tahu. Jawapan yang biasa Azwani berikan.
“Aku tanya kau, kau tanya aku. Baguslah tu.” Kata Azwani.
Elya Kamelia tersengih. Lantas dia menyuruh Azwani membantunya mengangkat bakul durian tersebut. Dia terpandang sekeping kad yang terselit di celah salah satu bakul.
Semoga awak akan ingat saya bila awak makan buah durian ni. Ingat, ni bukan durian biasa. Durian ni saya dah suntik dengan rasa cinta saya pada awak. Makan elok-elok. Jangan tamak-tamak.
Encik Apple.
Hati Elya Kamelia tersentuh kala membaca ucapan tersebut. Berbeza sekali sikap Emrizal dengan lelaki lain. Jika sebelum ini kebanyakkan lelaki yang mahu menguratnya akan memberinya bunga dan coklat. Tetapi tidak pula pada Emrizal, durian jadi pengganti. Aneh, tetapi Elya Kamelia menyukainya. Elya Kamelia tersenyum sendiri. Telefon bimbitnya di dalam kocek diseluk. Laju sahaja dia menaip mesej.
‘Thanks for the durian! I love it!’ itu mesej yang dihantar oleh Elya Kamelia kepada Emrizal. Beberapa saat kemudian, mesejnya dibalas.
‘Welcome, Miss Durian. Always remember me!’itu pula mesej dari Emrizal. Elya Kamelia tersenyum gembira. Tiba-tiba sahaja hatinya seperti berbunga riang walhal musim bunga belum tiba. Elya Kamelia terasa dirinya berada di awang-awangan sambil lagu Today Was A Fairytale dendangan Taylor Swift berkumandang. Sah! Elya Kamelia sudah jatuh cinta.
****
“Adik! Cakap dengan cikgu adik yang abang nak jumpa dia. Boleh?” pinta Emrizal pada adiknya. Aliesha Kirana memandang wajah abangnya. Tumpuannya pada buku latihan Matematik lari buat seketika.
“Kenapa abang nak jumpa dia?” soal Aliesha Kirana.
Emrizal membisikkan sesuatu di telinga adiknya itu. Aliesha Kirana tersenyum. Setelah itu dia mengangguk.
“Baik! Nanti adik paksa dia!” yakin sekali Aliesha Kirana berkata.
“Cakap abang nak jumpa dekat Ixora Garden. Ahad, pukul lima petang.” Laju Emrizal memberitahu. Aliesha Kirana mengangguk.
****

ShahGraphixer Publish time 17-10-2010 08:18 PM

Hari Ahad yang dinanti menjelang tiba, Elya Kamelia terasa berdebar-debar pula untuk berjumpa dengan Emrizal. Kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu pada bulan lepas sewaktu hari terbuka. Pertemuan mereka diakhiri dengan pertengkaran di pejabat Puan Syamnuriezmil. Elya Kamelia tergelak sendiri. Dia tidak sangka dia boleh menerima ajakan Aliesha Kirana dengan mudahnya. Betulkah dia menyukai abang kepada salah seorang pelajarnya itu? Tak mungkin.
Elya Kamelia melangkah masuk ke dalam Ixora Garden dengan tenang. Hari ini dia mengenakan baju kurung Pahang berwarna light coral dan dia memakai rantai bebola kristal berwarna hitam. Matanya mencari-cari kelibat Emrizal.
Di suatu tempat, Elya Kamelia mendengar lagu dari Taylor Swift bertajuk Speak Now berkumandang di taman bunga tersebut. Hairan juga Elya Kamelia kerana tiada pengunjung yang bertandang ke taman itu ketika ini. Adakah Emrizal mahu mengenakannya? Siapa yang memainkan lagu Speak Now?
Elya Kamelia mencari-cari arah lagu itu dan dia ternampak beberapa biji buah durian yang disusun menjadi bentuk hati. Kemudian muncul Emrizal di belakang pokok yang besar dengan memakai tuksedo berwarna kelabu dengan seulas senyuman yang manis. Hati Elya Kamelia terasa dijentik seketika.
Emrizal melangkah ke arah Elya Kamelia yang masih diam seribu bahasa, berdiri tegak seperti tiang. Kelu. Sekejap sahaja Emrizal sudah berada di hadapan Elya Kamelia. Emrizal melutut.
“Saya tahu saya bertindak terlalu cepat. Saya tahu saya terburu-buru. Saya tahu saya terlalu ikutkan hati. Tapi saya tak nak awak dikebas orang. Sebab tu saya bertindak cepat. Saya tahu awak tak sedia. Tapi satu benda yang saya nak awak tahu. Saya nak awak tahu yang saya sudah jatuh hati pada awak. Terimalah cinta saya Miss Durian.” Panjang sekali Emrizal berkata. Elya masih tergamam. Tanpa disedarinya, air matanya jatuh menitis.
Begitu bersungguh-sungguh sekali Emrizal cuba memenangi hatinya, walau sudah banyak kali dia tidak mengendahkan lelaki itu.
Beberapa saat kemudian, Emrizal mengeluarkan cincin dari poketnya. “Saya nak lamar awak jadi teman hidup dan mati saya.” Ucap Emrizal penuh romantik.
Elya Kamelia seperti tidak percaya. “Awak tak perlulah buat macam ni sekali.” Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Elya Kamelia.
Emrizal tersenyum. “Untuk awak, apapun boleh.” Ucap Emrizal lagi.
Elya Kamelia menangis terharu, dia mengangguk tanda setuju menerima lamaran Emrizal. Dari jauh Azwani, Puan Syamnuriezmil dan Aliesha Kirana sudah melompat kegembiraan melihat Emrizal dan Elya Kamelia.
Tiba-tiba sahaja Puan Syamnuriezmil melangkah ke arah Emrizal sambil diikuti oleh Aliesha Kirana dan Azwani.
“Selamat pengantin baru, selamat berbahagia. Selamat ke anak cucu, selamat sejahtera.” Nyanyi Puan Syamnuriezmil dengan gembira. Elya Kamelia menjadi malu seketika.
“Apa ni Puan. Kami belum kahwin pun.” Kata Emrizal pula, menghakis rasa malu Elya Kamelia. Mereka semua ketawa kecuali Elya Kamelia.
“Menjadi juga rancangan saya. Betulkan kata saya Emrizal? Si Elya ni suka buah durian?” kata Puan Syamnuriezmil. Dialah yang memberitahu semua maklumat tentang Elya Kamelia kepada Emrizal. Emrizal mengangguk.
“Puan memang pengetua paling best yang pernah saya jumpa!” puji Emrizal lagi.
Elya Kamelia sudah tersipu-sipu di tepi Emrizal.
“Well. Tengok kakilah. Jangan malu-malu Elya. Tak lama lagi Emrizal ni jadi suami awak dah!” usik Puan Syamnuriezmil lagi, semakin merah wajah Elya Kamelia menahan malu.
“Sudahlah tu. Mari kita semua balik.” Ajak Aliesha Kirana.
“Balik? Mana boleh! Durian tu siapa nak makan?” sampuk Azwani tiba-tiba. Serentak itu pecah ketawa antara mereka semua.
****
Akhirnya perkahwinan antara Emrizal dan Elya Kamelia telah selamat dijalankan setelah Aliesha Kirana tamat menjawab soalan peperiksaan PMR. Aliesha Kiranalah yang paling banyak tersenyum sepanjang majlis berlangsung. Sesekali Datin Syafiqah dan Dato’ Hafiz tersenyum melihat anak dan menantunya di atas pelamin.
Setelah majlis selesai, Elya Kamelia dan Emrizal duduk berbual di dalam bilik. Mereka menceritakan detik-detik pertemuan mereka. Kadangkala mereka berdua ketawa mengingati kisah-kisah pertengkaran mereka. Tiba-tiba sahaja Emrizal membuka almarinya dan mengeluarkan sebuah kotak. Kotak itu dibuka.
“Inilah epal yang sayang beri pada abang dulu. Ingat?” Emrizal mengingatkan. Elya Kamelia mengangguk sambil tersenyum bahagia.
“Abang pernah janji akan makan buah ni bila kita selamat kahwin. So, sekarang abang nak tunaikan.” Ucap Emrizal. Epal tersebut tidak busuk kerana dia menyimpan epal tersebut di dalam peti ais, baru petang tadi dia menyimpan semula epal tersebut ke dalam almarinya.
“Abang…” ucap Elya Kamelia.
“Ya?”
“Elya nak ucapkan terima kasih sebab sudi menjadi peneman hidup Elya.” Elya Kamelia berkata sambil memeluk suaminya itu.
Emrizal mengangguk.
“Terima kasih jugak sebab sudi terima lamaran abang.” Kata Emrizal pula sambil mengucup dahi isterinya.
Mereka sama-sama berkongsi buah epal yang diberi oleh Elya Kamelia dahulu, sesekali mereka ketawa bahagia. Elya Kamelia berdoa semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Walau apa dugaan yang melanda, dia akan cuba mempertahankan rumah tangganya sehabis boleh.
‘Buat Emrizal, aku menyayangi dirimu walau habis nyawaku.’ Elya Kamelia berdoa di dalam hati.
-Tamat-
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Cerpen saya!! Encik Apple vs Miss Durian


ADVERTISEMENT