zvicmorrow Publish time 16-10-2010 02:37 PM

Ahmadinejad terima hadiah raifal tentera israel..

sedikit petikan dari utusan malaysia..

""

BEIRUT 15 Okt. - Pemimpin pergerakan Hizbullah, Hassan Nasrallah menghadiahkan selaras raifal yang dirampas daripada seorang askar Israel, kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada akhir lawatan beliau ke Lebanon.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di Kedutaan Iran di Beirut lewat semalam pada akhir lawatan dua hari Ahmadinejad ke negara ini.
Semasa lawatan itu, Ahmadinejad mengunjungi kawasan selatan Lebanon yang bersempadan dengan Israel dalam langkah yang dilihat sebagai mencabar rejim Zionis itu.
Hizbullah dalam kenyataannya berkata, Ahmadinejad dan Nasrallah telah membincangkan lawatan 'bersejarah' pemimpin Iran itu.
Sebagai tanda penghargaan dan kesetiaan, Nasrallah menghadiahkan selaras raifal yang dirampas daripada seorang askar Israel semasa perang Hizbullah dengan tentera rejim Yahudi itu pada 2006.
Lawatan Ahmadinejad menunjukkan pengaruh luas yang dimainkan oleh Iran di Lebanon menerusi proksinya, Hizbullah, iaitu kuasa tentera dan politik terbesar di negara ini.
Namun, lawatan itu dikecam oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel serta blok pro-Barat di Parlimen Lebanon yang menyifatkannya sebagai satu provokasi dan percubaan untuk menggambarkan Lebanon sebagai 'pangkalan Iran di Mediterranean'. - AFP

http://www.utusan.com.my/pix/2010/1016/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_05.1.jpg

kawan jarang dengar senjata buatan israel selain yg terkenal tu...UZI..
apa nama raifal yg dimaksudkan dlm gambar diatas?..http://content.sweetim.com/sim/cpie/emoticons/0002014F.gif

jazim Publish time 17-10-2010 11:23 AM

namapk mcm FN FAL je - tapi IDF dah lama hentikan penggunaannya.....:re:

rastablank Publish time 17-10-2010 02:32 PM

Aku tak faham Lebanon nih, bukan diorg sekular ke? Kenapa baik dengan Iran plak? Ke Lebanaon Utara yang sekular tu? Ke Lebanaon Selatan yang pro Hezbollah tu?

lipans Publish time 17-10-2010 04:53 PM

sekular ada... sunnah ada... syiah ada.... kristian pun ada...

kat selatan yg mengadap israel mainly dikuasai syiah.

zvicmorrow Publish time 17-10-2010 07:47 PM

biasanya senapang tempur tentera israel bukan ke pakai model M-4

raxief Publish time 18-10-2010 01:31 AM

kalo main counter-strike, ada rifle IDF Defender.. tp gambar tu mcm bukan Defender

alphawolf Publish time 18-10-2010 07:52 AM

Rifel Israel tahun 60an FN FAL lepas tu depa pakai M16 kot? Tapi lepas2 tu pakai Galil. La ni Tavor. Tapi macam jazim cakap le tu macam FN FAL...

Apa barang kasi senjata api...hulur2 le merkava ke...hahaha

gede-bab Publish time 18-10-2010 12:38 PM

apa pun senjata tu ..simboliknya senjata dapat dirampasdari askar yahud..:lol:

d'zeck Publish time 19-10-2010 04:30 PM

nampak macam raifal galil..

pemberian yg amat simbolik kepada ahmadinejad..

memang hizbullah berhak diiktiraf sebagai
sebuah organisasi yg ampuh dan digeruni
berdasarkan kejayaan menewaskan israel
dalam konflik tahun 2006 itu..

raxief Publish time 20-10-2010 05:04 PM

israel suda refute itu hezbollah punye claim. diorg ckp itu raifal suda lama tarak guna, suda obsolete..

alphawolf Publish time 25-10-2010 11:20 AM

macam aku kata la...just a rifle, bukan takde askar yahudi kiok masa 1967 atau 1973 atau 1982.......

jazim Publish time 26-10-2010 02:11 PM

Lupa pulak Galil ni ada versi 7.62mm....aisey

HangPC2 Publish time 26-10-2010 06:41 PM

Simbolik.................
Pages: [1]
View full version: Ahmadinejad terima hadiah raifal tentera israel..


ADVERTISEMENT