mattzzx Publish time 3-11-2022 12:28 PM

Quartararo enggan mengalah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/qr_1667441968.jpg
QUARTARARO (kanan) bersama Bagnaia (tengah) dan Enea Bastianini di Litar Sepang. FOTO Bernama

London: Ketika kemenangan tampak tidak berpihak kepadanya, Fabio Quartararo menegaskan dia enggan terlalu memikirkan mengenai gelaran menjelang MotoGP Valencia hujung minggu ini.

Defisit 23 mata dengan Francesco Bagnaia bermakna juara bertahan Quartararo bukan sahaja memerlukan kemenangan tetapi juga berharap Bagnaia menamatkan kedudukan di tempat ke-15 atau lebih rendah.

Quartararo tidak menang sejak sebelum rehat musim panas di Jerman manakala pelumba Ducati menyapu bersih petak pertama dan podium di Valencia musim lalu yang menggambarkan misi getir dihadapinya.

Namun Quartararo yang kembali menaiki podium di Sepang bertekad berjuang sehingga ke saat akhir.


"Kami mempunyai perlumbaan yang baik di Malaysia. Saya benar-benar menikmatinya dan gembira dapat kembali ke podium," kata pelumba Monster Yamaha itu.

"Menjuarai kejohanan sangat sukar sekarang. Sudah tentu saya akan berikan 100% seperti selalu tapi saya tidak akan menekan sangat gelaran kejohanan.

"Ia perlumbaan terakhir GP musim ini dan saya mahu nikmati dan mengakhirinya dengan keputusan yang baik."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/11/899057/quartararo-enggan-mengalah
Pages: [1]
View full version: Quartararo enggan mengalah


ADVERTISEMENT